Allahuakbar. Seorang gadis penghantar makanan telah disamun, tangan kanan tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong.
Berat sungguh ujian gadis ini, bukan sahaja disamun, malahan turut kehilangan tangan kanan kerana kecederaan yang dialaminya teruk.
Gadis Penghantar Makanan DiSamun
Tangan kanan seorang gadis berusia 17 tahun yang menjadi mangsa samun di Jalan Kuching menghala pusat bandar Khamis lalu terpaksa dipotong sehingga paras bahu kerana cedera parah dan mulai membiru.
Ketika kejadian, Siti Nur Azizah Syafriadi bersama teman lelakinya menaiki motosikal Y15ZR dari arah Jalan Kuching menghala ke Jinjang telah dikejar oleh tiga orang lelaki menaiki dua motosikal kira-kira pukul 12.10 tengah malam.
Tiga lelaki terbabit menendang sebuah motosikal dinaiki pasangan itu sebelum menyamun mereka. Nur Azizah cedera di bahu kanan, manakala teman lelakinya cedera di muka dan badan dipercayai dipukul oleh suspek.
Tangan Kanan Tidak Dapat Diselamatkan Terpaksa Dipotong
Menurut ahli keluarga Nur Azizah, doktor tidak dapat dapat menyelamatkan tangan kanannya yang sudah tidak boleh lagi berfungsi walaupun saluran darah utama sudah dijahit.
“Doktor buang tangan kanan dia (Nur Azizah) sampai paras bahu, masa masuk kecemasan doktor sudah jahit saluran darah utama.
“Tetapi pagi semalam (Jumaat) doktor tengok tangan dia dah membiru, sudah tidak boleh berfungsi jadi doktor telefon waris nak minta kebenaran potong tangan,” jelas abang saudara mangsa.
Nur Azizah yang kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) merupakan anak sulung kepada lima orang adik beradik.
Tangan kanan Siti Nur Azizah yang terpaksa dipotong, kemudiannya ditanam di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda semalam.
Menurut abang saudara mangsa, selepas bapanya meninggal dunia, Nur Azizah yang tinggal di PPR Beringin Jinjang mengambil tanggungjawab membantu menambah pendapatan keluarga dengan menjual dan membuat perkhidmatan menghantar makanan.
“Dia anak sulung cari rezeki siang malam hantar makanan, tapi dia dianiaya sampai kudung tangannya, dia merupakan anak yatim dan dia disamun ketika sedang keluar cari rezeki,” katanya.
Tambahnya lagi, selaku abang saudara mangsa, dia sangat berharap agar tiga suspek berkenaan berjaya ditangkap dan mendapat hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. “Kepada penyamun ingat ya… dia ada abang saudara yang masih hidup, mak saudara yang masih hidup, kami akan pastikan ketiga-tiga suspek mendapat hukuman setimpal dengan undang undang di Malaysia,” katanya.
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan atau sumbangan bolehlah menghubungi ibunya.
Polis Giat Mengesan Suspek
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai berkata, Polis kini giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.
Beh meminta agar saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482206.
Ads
Mingguan Wanita : Semoga gadis ini mendapat pembelaan yang sewajarnya dan pesalah dapat ditangkap secepat mungkin serta mendapat balasan yang setimpal.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Ads
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
‘Jangan terlalu cepat mendewasakan kanak-kanak, ajar anak seiring dengan umur’. Itu pendirian yang dipegang oleh Farah Lee,28 dalam mendidik anaknya Mariam Esabel,3. Penjelasan ini dinyatakan didalam laman instagram Farah Lee sendiri apabila ada yang mempertikaikan pakaian yang dipakai oleh anaknya tidak mengikut syariat, sejurus beliau memuat naik gambar anaknya di laman sosial tersebut, baru-baru ini.
Farah Lee pernah berkahwin dengan selebriti dan Pengacara TV, Ally Iskandar pada 2012.Namun, jodoh tidak panjang mereka mengambil keputusan berpisah tahun lalu. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu Maream Esabel, 3 tahun.
Bergelar ibu tunggal pada usia yang muda bukan perkara yang mudah, ada sahaja yang dipertikaikan termasuklah cara berpakaian yang dikenakan oleh Maream. Ada yang berpendapat, Maream tidak memakai pakaian mengikut syariat.
Berikut penjelasan oleh Farah Lee;
“Ada yang tanya kenapa tak ajar anak pakai ikut syariat?
Bila kena kecam tak pakaikan anak kecil ikut syariat be like, Hiks
Gambar semalam ada few tanya kenapa tak ajar Maream pakai ikut syariat. Tersentap juga mak Maream ni 3 tahun rasanya umur dia, bukan 13, apatah 30 #ommasarcastickasar hehe..
“Jangan terlalu cepat mendewasakan kanak-kanak. Kita perlu akur yang kanak-kanak bawah umur tak perlu pakai ikut syariat lagi kan? Tapi taklah sampai terlalu mendedahkan. Tambah kanak-kanak kuat bermain dan berpeluh, tutup litup, mereka takkan selesa. Kita juga sebenarnya banyak tak selesa, tapi sebab dah besar dan faham jadi kita teruskan.”
Ajar Anak Seiring Dengan Umur
Bagi saya, ajar anak seiring dengan umur
Saya ada kawan pakai tutup litup dari kecil tapi bila besar buka semula dan lagi bukan main. Saya ada kawan yang sebaliknya. Bagi saya, ajar anak seiring dengan umur. Praktikal tidak bermakna jika tidak diiringi dengan pemahaman.
“Waktu sekarang, bantu penuhkan perkembangan EQ mereka dahulu, bila besar, EQ stabil, senang faham dan rasional, jadi masa tu, mereka akan tahu bila perlu menjaga aurat dengan rela, bukan pakai kerana terpaksa. Buat sesuatu kerana faham, supaya kemudian tidak mudah terpengaruh orang.”
Itu pendapat saya lah. Saya tiada masalah dengan orang yang pakaikan pakaian muslimah pada anak-anak sejak kecil, kerana itu pilihan mereka :)”
Apa kata kita belajar terima preference orang yang berbeza-beza, selagi ia tidak melanggar batas agama? Life is short, learn to tolerate, spread positivity and be nice. Kita enjoy k? Sambil ingat Tuhan – Gambar sekadar hiasan hehs
Shima Anuar berasa sangat bersyukur tatkala memaklumkan dia sudah bebas daripada jangkitan virus Covid-19 selepas menjalani ujian calitan kedua pada Jumaat lalu.
Menerusi hantaran sebuah video di akaun Instagramnya, Shima berasa sangat lega apabila memperoleh keputusan pada Sabtu selepas seminggu menjalani kuarantin di rumah.
Shima Anuar Gembira Keputusan Negatif, Syukur Alhamdulillah
Menambah lagi perasaan lega dan syukur, Shima menerangkan keluarganya iaitu suami dan dua anaknya bebas virus pandemik itu.
Ujian calitan terhadap suaminya, Mohd Solih Toha dan dua orang anaknya, Mariam Sophia dan Mikhael Imaan didapati negatif.
“Selepas hampir seminggu disahkan positif, saya ada baca jika CT value tinggi maknanya virus tak kuat jadi saya terus buat swab test lagi.
“Hari ini (Sabtu) keluar keputusan negatif, Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram.
Pesan Amalkan Pengambilan Vitamin C & Minum Air Panas Bersama Lemon
Shima juga turut berpesan kepada mereka yang masih positif agar sentiasa bersabar dan mengamalkan pengambilan vitamin C serta minum air panas bersama lemon.
“Terima kasih kepada yang mendoakan… Kepada yang baru sahaja dijangkiti Covid-19 atau masih dijangkiti, banyakkan bersabar, bertenang.
“Makan vitamin C, minum air panas bersama lemon banyak-banyak. Cuba untuk kuatkan imunisasi badan. Insya-ALLAH semuanya baik-baik nanti.
“Saya juga doakan pesakit Covid lain cepat sembuh seperti sedia kala,” luahnya.
Jalani Ujian Selepas Alami Kesukaran Bernafas & Sakit Kepala
Sebelum ini, Shima memaklumkan dia membuat keputusan untuk membuat swab test setelah mengalami kesukaran bernafas dan sakit kepala.
Biarpun tidak mempunyai kontak rapat dengan mana-mana individu yang positif Covid-19, dia bagaimanapun disahkan dijangkiti virus itu sehari selepas membuat ujian.
Fatin Afeefa minta bekas suami bertanggungjawab. Pelakon yang kini sedang hidup bahagia dengan suami tercinta Aliff Awang berasakan tidak adil jika suaminya terpaksa menanggung perbelanjaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia, 9.
Walaupun Aliff menganggap Ivy seperti anaknya sendiri namun Fatin berasakan tidak adil buat suaminya menanggung anak perempuannya Ivy sedangkan Ivy merupakan anak hasil perkongsian dirinya dan bekas suami, Adam Shahz.
Fatin Afeefa Minta Bekas Suami Bertanggungjawab
Seperti mana dipetik menerusi mStar Online, Fatin memberitahu bekas suaminya menjalankan tanggungjawab sebagai bapa kepada anak perempuan mereka dengan sempurna.
“Adam tak culas bayar nafkah anak setakat ini cuma saya geram apabila dia enggan membayar yuran sekolah anak.
“Dia cuma beri RM100 untuk beli baju koperasi dan yuran lain saya bayar sendiri sebanyak RM3,500.
“Memandangkan perkara ini sedang dalam perbicaraan (tuntutan nafkah) dia kata biar pihak mahkamah tentukan,” ungkap Fatin.
Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.