anak baca al-Quran

Impian semua mak ayah paling indah tapi tak mudah, nak bentuk anak yang suka baca al-Quran setiap hari tanpa disuruh. Betul ke tidak?

Kalau betul, mak ayah kena mulakan perlahan-lahan rentak yang dikongsikan oleh Puan Siti Aminah Sulaiman ini…

Ajar Anak Suka Baca Al-Quran

Saya masih teringat lagi kejadian beberapa tahun yang lepas..

Ketika tu saya begitu ‘sibuk’ mengajar kedua anak saya membaca dan menghafaz al Quran..

Pagi, petang dan malam saya peruntukan masa untuk ajar mereka..

Hingga pada satu hari anak lelaki saya tegur saya :

“Kenapa Mak tak pernah baca Quran pun..?”

Soalan anak lelaki saya ibarat satu tamparan pada muka saya..saya tiada jawapan

Saya rasa nak marah..tapi tiada perkataan yang dapat keluar dari mulut saya..

Soalan anak lelaki saya buat saya berfikir lama..

Dalam hati sy mula berbicara
“benar sekali..dah lama aku tak baca Quran..Ya Allah..aku begitu sibuk ajar anak hingga aku sendiri tak sempat baca Quran..”

Itulah TURNING POINT dalam hidup saya

IKLAN

Dari detik itulah saya mula berjinak-jinak semula dengan Al Quran

Lepas Maghrib saya tidak berganjak dari sejadah..
saya mulakan dengan hanya baca setengah muka Al Quran..itupun cukup seksa nak habiskan baca setengah muka!

Seminggu itu saya hanya baca setengah muka saja setiap kali lepas solat Maghrib

Saya mula dapat rentak..perasaan seksa bertukar jadi seronok pula

Saya tambah bacaan Al Quran hingga habis satu muka.

Rupanya saya sedang diperhatikan oleh seseorang..

Anak lelaki saya yang mulanya hanya sekadar pemerhati
mula tarik rehal dan baca Quran bersama saya,

IKLAN

Allahuakbar..indah sekali perasaan ketika itu
Nikmat yang Allah beri apabila kita ingin kembali semula pada Dia..

Rupanya inilah RAHSIA untuk dapat anak Cinta Quran..
saya dulu perlu berubah menjadi Pencinta Al Quran

Tiada SHORTCUT!

Hantar tahfiz ke atau mana-mana madrasah pun, tapi bila anak pulang rumah dan lihat kita tak pernah sentuh Quran.

Memang mustahil untuk lahirkan anak yang cinta Al Quran!

Pahit tapi inilah hakikat..

Anak perlukan SURI TAULADAN untuk mereka ikut..
dan ibu bapa adalah model yang paling hampir untuk mereka belajar sesuatu

Sejak saya mula membaca Al Quran, anak-anak juga jadi lebih mudah untuk diajak mengaji bersama.

IKLAN

Saya reflect semula Teori Modelling dari Prof Albert Bandura iaitu bila kita nak anak belajar MENIRU perbuatan kita.

Ada 4 peringkat yang penting iaitu:

1) Anak mesti NAMPAK apa yang kita buat.

Kerana itu sy suka mengaji diruang tamu supaya anak-anak nampak dan mereka boleh tiru.
Biarkan anak bermain sekeliling kita. Jangan lari jauh dari anak-anak!

2) Peringkat seterusnya ialah perbuatan itu mesti diulang-ulang supaya anak INGAT.

Jadikan membaca al Quran sebagai rutin harian. Baca setiap hari.
Kalau kita hanya ‘kadang-kadang’ saja baca Quran,
anak sukar nak tiru perbuatan kita kerana mereka akan lupa.

3) Seterusnya anak akan cuba TIRU perbuatan tu.

Bila anak selalu lihat mak atau ayah baca Quran, mereka cuba nak TIRU.
Peringkat ini anak mula tunjukkan perubahan dalam bentuk TINGKAHLAKU.
Ibu ayah akan rasa sangat bahagia pada saat ini,
tetapi perlu ingat bahawa anak perlukan MOTIVASI supaya dia dapat berterusan kekalkan perbuataan baik dia.

4) Beri Positive Reinforcement seperti pujian pada usaha anak.

Baru anak sedar bahawa mereka sedang buat perkara yang baik.
Dengan MOTIVASI ini, anak akan berusaha untuk kekalkan habit baru mereka.

Inilah 4 peringkat yang saya amalkan untuk buat anak-anak saya ‘rajin’ baca Quran. Tak perlu lagi reward material atau marah-marah bila ajar Quran.

Saya sentiasa ingatkan diri saya jika saya mahu anak suka baca Al Quran,
saya dulu perlu selalu baca Al Quran.

Kenangan baca Quran bersama ini yang akan saya tinggalkan untuk anak-anak saya akan datang nanti sebagai memori terindah mereka.
Terima kasih Ya Allah atas peringatan ini..

Silakan SHARE jika anda rasakan perkongsiaan ini bermanfaat buat sahabat yang lain dan TAG pasangan untuk lebih faham RAHSIA lahirkan anak CINTA Al Quran.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI