Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail atau Emma Maembong, 29, dan suaminya, Muhammad Shazli Azhar telah disahkan positif Covid-19, manakala bayi mereka yang baru berusia dua bulan negatif dari jangkitan virus berkenaan.
Dia dan suami hanya mengetahui positif virus itu setelah menjalani ujian calitan di rumahnya baru-baru ini dan kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya.
Emma Maembong Beruntung Shariq Gabriel Dijaga Rapi
Menerusi sesi soal jawab melalui Instagram Stories, Emma telah merungkai beberapa persoalan yang sememangnya menjadi tanda tanya peminat setianya. Ikuti jawapan bagi soalan-soalan tersebut.
Siapa Jaga Baby Emma?
“Kakak saya, Coddy Maembong tolong jagakan baby dan Beby Maembong pula jadi ibu susuan Gabriel. Alhamdulillah saya rasa bersyukur ada kakak yang boleh tolong jagakan baby.
Baby Emma Negatif?
“Baby negatif, namun saya dan suami pula positif. Doktor kata kalau saya positif tak boleh pisahkan ibu dan anak sebab anak masih menyusu badan. Tetapi saya risau dan rasa tak selamat dan suruh kakak jagakan baby.
Buat swab test?
“Buat swab test di rumah bersama Kumpulan Megaklinik Zahran. Sangat bagus dan profesional. Mereka datang ke rumah kami dan buat ujian, Saya tiada sebarang simptom tetapi keputusan ujian yang diperoleh selepas itu menunjukkan saya positif.
Ads
Maaf nak tanya, tak kena admit dekat hospital ke?
“Ramai yang bertanya kenapa KKM tak datang ambil Emma dan suami, kenapa kami kuarantin di rumah? Untuk pengetahuan anda, sekarang ini Emma positif tapi baru stage satu. Tak ada symptom. Saya sihat, tak demam, tak gatal tekak dan masih boleh bernafas seperti biasa.
“Jadi jika kita tak ada symptom-simptom itu, boleh bergerak sendiri dan ambil ubat sendiri. Jadi tak perlulah kita susahkan frontliners. Kita alu-alukan mereka yang betul-betul memerlukan saja ke hospital. Yang tak boleh bernafas dan sakit stage 5.
“Kalau setakat stage 1 yang manja-manja, setakat peningpening kepala sikit, demam sehari dah elok. Jadi eloklah jangan kacau frontline kita dan berilah peluang kepada mereka yang betul-betul sakit dan memerlukan.
“Macam saya yang macam sihat (walaupun positif) duduklah rumah jagalah diri. Kita sama-samalah kita jaga kita. Janganlah sakit sikit nak frontliners jaga.
“Alhamdulillah setakat ini saya sihat. Cuma pening sikit setakat ini OK.
Ads
Tak bagi baby susu, tak bengkak susu ke?
“Emma teruskan pam dan susu yang dipam akan dibuang. Pada saya baik beri susu direct pada baby dan tak perlu simpan.
Ada alami Simptom Covid?
“Sebelum ini taka da, saya sihat Cuma pada hari keempat saya hilang deria rasa dan bau.
Kongsikan Tip Pemakanan Yang Diamalkan Sepanjang Kuarantin?
“Biasanya lepas sarapan saya akan makan Vitamin C, buah-buahan dan makanan-makanan yang sihat.
Nasihat Emma?
“Pada anda diluar sana jika anda demam, sakit tekak. Tolonglah teruslah buat swab test tak rugi dan tak payah takut sekurang-kurangnya kita tahu diri positif. Jadi kita akan selamatkan banyak lagi nyawa. Daripada kita positif kemudian kita jumpa orang lagi teruk.
Ads
“Esok adalah hari terakhir (7 jam lalu) kitorg akan buat swab test. InsyaAllah negatif. Tapi sampai sekarang saya masih tak ada rasa dan bau,”jawab Emma yang turut menerangkan menjalani kuarantin kendiri bersama suami dan pembantu peribadinya yang juga positif Covid-19.
Banyak kelebihan yang dimiliki oleh orang yang bertangan kidal ni.Antarannya memiliki IQ yang tinggi dan dikatakan lebih bijak. Jom semak fakta berikut;
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan,logik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.
Fakta Ringkas:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.
2.Orang kidal tidak semestinya mempunyai ibu bapa yang juga kidal.
3.Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendifinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenal pasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.
4.Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.
5.Perlu tahu lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan.
6.Orang kidal kebiasaannya mengunyah makan sebelah kiri dan orang tangan kanan kunyah disebelah kanan.
7.Orang Kidal lebih cepat marah.Kebanyakan orang kidal menunjukkan proses emosional yang tidak seimbang antara otak kanan dan kiri mereka, ini salah satu punca mereka sering bad mood.
8.Untungnya orang kidal terbukti jauh lebih cerdas dan bijak daripada yang bertangan kanan.Menurut kajian dari St.Lawrence University,kebanyakkan orang kidal memiliki IQ lebih dari 140.Buktinya, Da Vinci, Michelangelo, Einstein, dan Newton adalah orang-orang kidal.
9. Dari segi kesihatan, orang kidal lebih cenderung mempunyai alahan, mudah mendapat migrain serta lebih cenderung menjadi penderita insomnia.
10.Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan dan mahir bidang komputer, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas. Juara dunia tenis Rafael Nadal merupakan seorang pemain bertangan kidal manakala 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.
11. Antara personaliti terkenal yang kidal adalah Napoleon Bonaparte, Bill Gates, Oprah Winfrey, Barack Obama, Bill Clinton , Ronald Reagan ,Jimi Hendrix, Angelina Jolie, Tom Cruise, Park Shin Hye, Kim So Hyun, Justin Bieber dan ramai lagi.
“Saya Berharap Hari Ini Akan Bermula Buku Baharu Dalam Hidup,” Puteri Sarah. Kemelut krisis rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof hampir menemui titik nokhtahnya. Hari ini kes perceraian yang telah difailkan sebelum ini, akan dimuktamadkan keputusannya di mahkamah.
“Saya sudah lama reda.”
Demikian kata pelakon Puteri Sarah ketika ditanya perasaan dirinya yang bakal berdepan kes perceraian dengan suami juga pengarah terkenal Syamsul Yusof, di Mahkamah Syariah, di sini, pagi ini.
Lebih Tenang & Mendapat Sokongan Keluarga
Puteri Sarah, 38, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia juga lebih tenang selain mendapat sokongan daripada keluarga dan ibu bapa mentua.
“Hari ini saya berpuasa dan sebelum keluar rumah tunaikan solat sunat dua rakaat. Saya berharap hari ini akan bermula buku baharu dalam hidup saya.
“Kalau nak ditanya soal perasaan, sejujurnya hari ini saya lebih tenang. Saya percaya Allah sudah tulis dan aturkan yang terbaik buat saya dan anak-anak. Apa pun yang terjadi hari ini, ia adalah ketentuan Allah SWT.
“Kedua ibu bapa saya tak datang hari ini begitu juga kedua mentua. Saya tahu mereka sedih. Tapi, jauh di sudut hati mereka tetap mahukan saya gembira dan membahagiakan diri sendiri,” katanya.
Lebih Setahun Tak Jumpa Suami
Ditanya apakah perasaan untuk berjumpa Syamsul hari ini, Puteri Sarah berkata dia biasa-biasa saja.
“Sejujurnya, saya sudah lebih setahun tak berjumpa dengannya,” katanya ringkas.
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu apabila tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua pada awal tahun ini.
Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.
Mingguan Wanita: Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan keputusan terbaik pada hari ini setelah sekian lama bersabar. Semoga dapat membuka lembaran baru dan kehidupan lebih baik hendaknya.
Siapa kata barangan Malaysia tak ada ‘kelas’. Malah ada yang memandang rendah pada kualiti barangan tempatan sehingga sanggup mengagungkan barangan import.
Jangan pandang sebelah mata dengan barangan Malaysia kerana ia begitu mendapat sambutan yang cukup luar biasa di kalangan rakyat tempatan.
Semua ini terbukti melalui kempen Beli Barangan Buatan Malaysia (KBBM) yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan telah pun mencapai kejayaan luar biasa di karnival dan ekspo sebelum ini.
Kempen Beli Barangan Malaysia Yakinkan Pengguna
Apa yang perlu kita tahu, Kempen Beli Barangan Malaysia adalah untuk menggalakkan orang ramai untuk membeli barangan buatan Malaysia. Secara tak langsung, kita turut menyokong dan membantu pengusaha tempatan serta memberi kesedaran tentang kualiti barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan ini setaraf dengan piawaian antarabangsa.
Jadi, tidak hairanlah dalam memeriahkan kempen beli barangan tempatan ini terdapat ekspo dan karnival yang dapat membuka mata masyarakat tentang kehebatan produk tempatan.
Jom Ke Karnival Jualan Di Dataran Cenang
Sehubungan itu, salah satu program terdekat yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) adalah karnival jualan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBMM).
Karnival jualan ini berlangsung di Dataran Cenang, Pulau Langkawi yang bermula pada 11 hingga 14 November ini.
Sudah pastinya perlbagai program yang menarik menanti pengunjung di sana dan pastinya, YB Dato’ Rosol Wahid, Timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan merasmikan majlis pelancaran itu nanti.
Apa yang menarik lagi sepanjang 4 hari itu, pelbagai produk dan jenama Malaysia ditawarkan pada harga berpatutan. Selain itu, pengunjung jangan lepaskan peluang untuk melihat pameran dan demontrasi penghasilan produk tempatan sepanjang berlangsungnya karnival itu.
Tidak ketinggalan, setiap pengunjung yang datang pada karnival ini akan berpeluang untuk menyertai peraduan istimewa yang akan disediakan dan pelbagai aktiviti yang menarik lain.
Inilah masanya untuk anda, rakyat Malaysia terokai produk tempatan dan pastinya anda terus ‘jatuh cinta’ dengan keunikan produk Malaysia.
Jumpa di sana!!!
#barang baik, barang kita!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.