Eina Azman bersyukur suami sudah pulang selepas 12 hari berada di hospital. Selebriti popular Datin Paduka Eina Azman panjatkan rasa bersyukur apabila suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet yang dijangkiti Covid-19 tahap empat sudah dibenarkan keluar hospital selepas 12 hari dirawat.
Eina Azman Bersyukur Suami Sudah Pulang
Ibu kepada dua cahaya mata ini menerusi hantaran di Instagram berkata, dia cukup berdebar sepanjang tempoh suaminya dirawat di hospital.
“Assalamualaikum
“Syukur alhamdullilah selepas 12 hari yang cukup mendebarkan buat diri saya dan keluarga bila memikir kan keadaan suami saya yang kena covid Stage 4 dan paru-paru pun dah merebak 30 peratus dengan oksigen yang turun naik dan doktor pun ada cakap kalau dalam masa dua atau tiga hari oksigen tak OK suami kena masuk icu.
“Kalau boleh saya memang tak nak suami saya di masuk ke icu. Ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana perasaan ketika itu.
“Hanya Allah saja yang tahu perasaan saya yang tak senang duduk. Memikirkan apa patut saya buat. Dan saya dah cuba ikhtiar pelbagai cara untuk cuba sembuhkan suami saya.
“Di sini saya ingin ucap kan terima kasih banyak-banyak kepada keluarga kawan-kawan dan semua followers saya yang tak henti-henti mendoa kan dan bagi saya mcm-macam barang dan tips untuk cuba sembuh kan suami saya.
Hanya Mampu Ucapkan Terima Kasih Atas Segala Doa
“Saya tak mampu nak balas semua whatsapp dan dm. Saya hanya mampu ucap kan terima kasih sekali lagi atas segala doa-doa yang baik untuk diri saya suami, dan bibik-bibik.
“Dan sekarang ini suami saya pulang ke rumah mungkin juga dari doa-doa you all yang Allah makbulkan. Syukur Alhamdullilah aminnnn aminnnn aminnn,” luah Eina.
Seperti yang diketahui umum, sebelum ini pada 31 Ogos serentak dengan sambutan ulangtahun ketujuh perkahwinan mereka, Eina memaklumkan dia dan suami bersama dua pembantu rumah mereka disahkan positif.
Bagaimanapun anak-anak mereka Arianna Aubrey dan Karl Kareef yang berusia lima tahun serta kakak aktres terbabit, Wenny Azman pula negatif Covid-19.
Ads
Namun sehari kemudian Eina mendedahkan suaminya terpaksa dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah pernafasan.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Eina Azman
Mingguan Wanita : Alhamdulillah, semoga Eina dan suami dipermudahkan segala urusan. Disembuhkan penyakit.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Ads
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Pengorbanan seorang mak sewaktu melahirkan anak amatlah tidak ternilai. Berdepan dengan pelbagai risiko dan komplikasi lain sehingga nyawa yang menjadi taruhan. Tak dapat digambarkan dengan perasaan apabila terpisah dan tidak dapat langsung bertemu dengan anak sendiri selepas melahirkannya akibat masalah kesihatan yang dialami.
Akibat Komplikasi Beranak
Seorang ibu yang koma selama 138 hari akibat komplikasi semasa beranak hanya mampu mengalirkan air mata melihat anak lelaki sulungnya buat kali pertama semalam di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).
Perasaan Norfadilla Che Par, 28, yang gembira bercampur sebak melihat bayinya, Muhamad Syahmi Mohd. Saiful yang dilahirkannya itu kini sudah hampir memasuki usia lima bulan.
Wanita itu koma selepas menjalani pembedahan untuk bersalin dan mengalami tekanan darah rendah, degupan jantungnya turut berhenti selama 10 minit mengakibatkan oksigen tidak sampai ke otak. Bayi itu bagaimanapun selamat dilahirkan dengan berat 3.7 kilogram serta dalam keadaan sihat.
Menangis Teresak-Esak
Sepanjang dua jam pertemuan itu, Norfaidilla yang masih tidak mampu bercakap dilihat menangis teresak-esak sehingga mengeluarkan suara kerana terlalu gembira apabila anak yang dilahirkannya pada November lalu diletakkan di pangkuannya buat kali pertama.
Biarpun Norfaidilla tidak dapat bergerak, dia dilihat berusaha untuk mencium anak sulungnya itu sambil dibantu oleh suaminya Mohd Saiful Sudin, 30. Muhamad Syahmi yang pada mulanya tersenyum, turut menangis seolah-olah mengerti perasaan ibunya itu.
Beransur Pulih 80 Peratus
Mohd Saiful berkata, sebelum ini, dia sudah beberapa kali meminta kebenaran daripada pihak hospital untuk mengatur pertemuan itu, namun terpaksa ditangguhkan dengan mengambil kira keadaan isteri.
Katanya, bagaimanapun beberapa hari lalu, dia mendapat khabar gembira apabila doktor memberi kebenaran selepas isterinya beransur pulih 80 peratus.
“Pertemuan dibuat di luar wad untuk mengelakkan bayi kami terkena jangkitan di wad. Saya dan ahli keluarga lain turut sebak melihat isteri menangis teresak-esak apabila anak diletakkan di pangkuannya buat kali pertama.
“Selama tempoh dua jam itu, isteri menangis tidak berhenti-henti kerana sebelum ini saya hanya mampu menunjukkan gambar anak kepadanya sahaja.
“Semalam adalah kali pertama isteri dapat menyentuh anak selepas 138 hari koma di hospital,” katanya
Perkembangan Positif
Menurutnya, isterinya mula menunjukkan perkembangan positif sejak Januari lalu.
“Dua bulan selepas koma, doktor terpaksa membuat pembedahan memasukkan tiub di leher isteri untuk pernafasan dan selepas hampir dua minggu isteri mula memberi tindak balas.
“Apabila namanya dipanggil, dia sudah boleh memalingkan muka dan doktor pun maklum yang isteri sudah sedar daripada koma, namun masih memerlukan pemantauan rapi,” katanya.
Mohd Saiful berkata, dia bersyukur sejak berita mengenai penderitaan isterinya dipaparkan, ramai pihak tampil menghulurkan bantuan.
“Saya turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang dapat membantu meringankan beban kami sekeluarga selepas saya bercuti tanpa gaji untuk menjaga isteri.
“Terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan kesihatan isteri, hanya tuhan yang dapat membalasnya,” katanya.
MW: Alhamdulillah, semoga kesihatan wanita ini kembali pulih dan segera sembuh seperti sedia kala serta dapat berada disamping anak dan keluarganya secepat mungkin.Buat para suami, hargailah pengorbanan isteri yang berkorban melahirkan anak sehingga nyawa menjadi taruhan.
Selagi hidup kita tak akan terlepas daripada berdepan dengan ujian. Hakikatnya Allah uji seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsianya yang tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
Semua wanita yang bergelar isteri pasti mengharapkan suami yang dapat memahami dirinya dengan baik. Dia mengharapkan suaminya dapat belai dia selalu. Ada di sisi bila diperlukan.
Rupanya ramai isteri mula kecewa dan menyesal berkahwin dengan suaminya, sebab apa yang diharapkan tidak kesampaian. Bahagia yang diharap dukacita yang dapat. Inilah dilema yang banyak ditempuhi oleh ramai isteri.
Banyak yang mengadu perkara ini pada saya, tapi secara rumusan yang teman boleh buat, kebanyakannya berpunca dari isu yang kecil, akhirnya semakin besar, dan berjangkit-jangkit dengan isu lain pula.
Kebanyakan isteri penat disebabkan oleh mental dan emosi, tak sama bagi suami. Suami kebanyakannya penat fizikal, tidak pada emosi. Oleh kerana itu, para isteri akan melupakan kebaikan suami yang banyak dengan memfokuskan pada satu kesilapan suami, sebab wanita fokus pada kelemahan suami dengan 1000 emosi. Lenyaplah segala kelebihan dan kebaikan yang ada pada suaminya.
Bersabar Dengan Suami
Bukan bermaksud saya memihak kepada suami semata-mata, tapi ini sebagai peringatan buat para isteri. Nabi SAW pernah sebut antara sebab kenapa wanita paling ramai menjerumuskan diri ke neraka, antaranya kerana di saat berdepan dengan satu keburukan suami, si isteri boleh lupa kebaikan suaminya yang lain.
Jadi apa nak buat bagi para isteri? Bila terlihat satu kesilapan suami, cepat-cepat alihkan emosi benci, menyampah, meluat dengan suami kepada melihat kebaikan suami sebelum-sebelum ini pada kita. Jangan hanya fokus pada 1 kelemahan, tapi fokuslah pada 10 kebaikan suami, paling tidak ia akan menyeimbangkan emosi dan mental seorang isteri.
Bila belanja isteri jangan harapkan apa-apa balasan sebaliknya hanya hanya doa isteri agar urusan suami dipermudahkan saban hari untuk mencari rezeki untuk keluarga.
Kebiasaannya tidak kiralah isteri yang bekerja atau ergelar surirumah mereka kerap kali mengutamakan keperluan suami dan anak-anak berbanding diri sendiri.
Lebih-lebih lagi yang bergelar surirumah yang hanya bergantung kepada pendapatan suami sudah tentu mereka berat mulut meminta itu dan ini. Oleh itu sebagai suami, sekali-sekali kalau ada duit lebih belanjalah isteri, bahagiakan dia.
Kira punya kira, tolak itu ini, ada duit lebih lagi… Saya tanya wife, nak tak blender baru… Jenis pegang dekat tangan saja itu… Oklah kalau setakat nak buat sambal, tak payah susah-susah telangkup macam blender yang ada sekarang ni… User friendly sikit…
Dia tak nak, dia kata belikan dia blaus…
No problem, blouse lagi murah daripada blender… Saya suruh dia cari, dia kata sudah cari…
Eh, kejap betul, baru saja offer dua saat, preparation sudah buat… Rupanya dia sudah mark blaus yang dia berkenan dalam facebook, cuma tak suarakan saja lagi dekat suami dia…
Tiga blaus, 68 ringgit…
Bila Belanja Isteri
Bajet ada lebih lagi ini… Saya offer microwave pula… Tak pun upgrade oven jadi besar sedikit… Dia tak nak juga… Alamak, sudah kenapa…
Dia kata pakai setahun sekali saja, buat apa nak bazir… Makan ruang dapur saja nak letak…
Ok-ok… Kita beli air fryer, macam mana?
Dia tak mahu juga… Katanya tak pandai guna, makanan rasa lain… Aahh sudah… lepas itu nak apa?
Dia tunjuk stokin dengan handsock… Nak yang ini, itu cara-cara nak bayar ada dekat gambar… Eh, bila cari ini…
Saya terus tanya, apa lagi yang dia dah mark, target nak beli… Dia tanya balik, duit ada lebih lagi ke? Kalau ada lebih lagi, nak beli beg pula…
Insyallah ada lagi duit, boleh saja nak beli beg…
Rupanya, dia ada keinginan untuk beli barang-barang dia, cuma dia tak cakap, tak luahkan, tak nak beritahu sebab dia tengok bulan-bulan duit cukup-cukup saja… Dia berkenan, tapi dia buat diam… Bila kita offer saja nak belanja, macam-macam yang keluar…
Tiap-tiap bulan tanya nak beli apa, jawapannya sama, “Tak ada apa-apa”… Semuanya sebab dia sudah tengok sudah bajet yang ditulis suami dia… Baki duit itu, tak berapa nak banyak untuk dia nak guna, maka dia utamakan keperluan dapur dan anak-anak…
Bila Belanja, Minta Doa Isteri
Bila kita belanja isteri, jangan harapkan apa-apa pulangan melainkan doa dari dia untuk kita dipermudahkan urusan harian, dimurahkan rezeki, diberikan kekuatan dan kesihatan serta dipanjangkan umur untuk terus keluar mencari rezeki untuk keluarga tercinta…
Doa isteri tu penting untuk suami… kegembiraan isteri dan anak-anak penghilang kepenatan dan kesusahan suami…
Nota kaki : Total yang dia nak cumalah RM 68 (blouse) + RM49 (Handsock & Stokin) = RM117…pakcik masih untung…
MW: Lumrah seorang isteri tidak kiralah yang bekerja arau surirumah, pasti keperluan suami dan anak-anak diutamakan. Keperluan dan kehendak dia jatuh yang terakhir, perkara paling membahagiakan isteri apabila suami dan anak-anak nampak terjaga rapi.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...