Air rendaman rumput fatimah ini ada baik dan buruknya untuk kesihatan wanita. Ramai yang beranggapan bahawa air rendaman rumput fatimah boleh mempermudahkan proses wanita untuk bersalin. Namun sebenarnya, wanita hamil perlu faham, jika salah pengambilan air rendaman rumput fatimah ini diminum terlalu awal boleh membahayakan diri dan bayi dalam kandungan.

Perkara ini dijelaskan oleh Bonda Rozita Ibrahim, yang juga pengasas produk Jamu Ratu Malaya (JRM), yang banyak berkongsi berkenaan ilmu herba, perawatan tradisonal serta penjagaan dalaman wanita menerusi laman instagram miliknya.

Menurut Bonda Rozita, rumput fatimah ini mempunyai kebaikan yang sama seperti pokok kacip fatimah tinggi. Ia tinggi hormon estrogen dan Oxytocin. Ia bagus untuk pemuliharaan otot vagina dan menegangkan payudara, terutamanya diamalkan selepas bersalin.

Namun bagi wanita yang sedang mengandung 7 bulan, dilarang sama sekali untuk minum air rendaman rumput fatimah ini. Ia boleh menyebabkan kontraksi awal, mengakibatkan pembuluh darah pecah dan pendarahan selepas bersalin.

Bonda Rozita Terangkan Baik Buruk Air Rendaman Rumput Fatimah Buat Wanita!
Rumput Fatimah

Berikut antara perkongsian tersebut;

“Rumput fatimah ada baik dan buruknya untuk menfaat wanita. Mudahan sebagai panduan jaga anak atau menantu kita kedepan hari. Dulu-dulu nenek saya suruh direndam dan diminum airnya setiap malam bila wanita hamil 7 bulan keatas dikatakn mudah bersalin!!.”

IKLAN

“Tak semua wanita akan kasi tindak balas buruk makan ni tapi saya cakap sebagai langkah berjaga-jaga..Rumput kuff mariam ni Jika direndam dengan air panas ia akan hasilkan hormon Oxytocin yang baik untuk minda dan badan wanita.”

“Tapi ada kasi buruk pada bayi, kerana ia buat kontraksi awal dan boleh buat pendarahan lepas bersalin atau semasa kehamilan yang sangat berbahaya pada janin!!”

“Kontraksi tu menyebabkan sakit nak bersalin sedangkan tak berlaku pembukaan pun..!! Boleh bersalin pramatang (ingat jangan amalkan masa hamil ya bahaya untuk ibu dan bayinya)”

IKLAN

“Tapi ia sangat elok diambil masa bukaan 5 ke 6cm lepas disahkan oleh nurse atau doktor 6cm saja..!! Ia akan cepatkan kepada 10 ..!! Dan mengurangkan kadar sakit masa kontraksi..!! Ibu akan lebih tenang. Insya Allah.”

“Kalau nak senang bersalin tiada rumput fatimah ni pun boleh ialah dengan buat air selusur dibacakan dek suami..!! Ada ayatnya sebab suami saya selalu ajar pada orang dan terbukti senang melahirkan dan tak jadi bedah (Saya buat ni pada Ida bersalin. Ida bersalinkan Amar Ahyan, kalau tak Ida dibedah terlalu lama sangat sakit bersalin).

IKLAN

“Ada pengalaman ilmu yang bagus tentang bersalin sejak usia saya muda sampai lah dah bercucu melihat kawan-kawan..menantu dan anak-anak bersalin dapat saya kongsikan amalan baik memudahkan bersalin.”

View this post on Instagram

Rumput fatimah ada baik dn buruknya utk menafaat wanita Mudahan sebagai panduan jaga anak atau menantu kita kedepan hari ..dulu2 nenek sy suruh direndam dn diminum airnya setiap malam bila wanita hamil 7 bulan keatas dikatakn mudah bersalin ..!! . . Tak semua wanita akn kasi tindak balas buruk makan ni tp sy cakap sebagai langkah berjaga2..Rumput kuff mariam ni Jika direndam dgn air panas ia akn hasilkan hormon oxitosin yg baik utk minda dn badan wanita . . tp ada kasi buruk pd bayi ,kerana ia buat kontraksi awal dan boleh buat pendarahan lepas bersalin atau semasa kehamilan yg sgt berbahaya pd janin ..!! . . . Kontraksi tu menyebabkn sakit nak bersalin sedangkan xberlaku pembukaan pun..!! Boleh bersalin pramatang ( ingat jgn amalkan masa hamil ya bahaya utk ibu dan bayinya) . . tapi ia Sangat elok diambil masa bukaan 5 ke 6cm lepas disahkan oleh nurse atau doktor 6cm saja ..!! Ia akn cepatkan kpd 10 ..!! Dan mengurangkan kadar sakit masa kontraksi..!! Ibu akan lbh tenang insya Allah . . Kalau nak senang bersalin xsa rumput fatimah ni pun boleh ialah dgn buat air selusur dibacakan dek suami..!! Ada ayatnya sbb suami sy selalu ajar pd orang dn terbukti senang melahirkan dn x jadi bedah ( Sy buat ni pd Ida bersalin ida bersalinkan Amar Ahyan , kalu x Ida dibedah terlalu lama sgt sakit bersalin ) . . Ada pengalaman ilmu yg bagus ttg bersalin sejak usia sy muda sampai lah dh bercucu melihat kawan2..menantu dn anak2 bersalin dapat sy kongsikan amalan baik memudahkan bersalin . .

A post shared by ROZITA JRM OFFICIAL (@bondarozitaibrahim) on

MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat para wanita yang ingin mencuba air rendaman rumput fatimah ini, sila fahamkan dulu cara penggunaannya.Kerana jika sembarangan amalkan, boleh beri kesan mudarat pada diri mahupun bayi dalam kandungan.

Sumber:bondarozitaibrahim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI