Dipanggil makcik & tak moden kerana labuhkan tudung, Mia Ahmad akui pandangan Allah lebih penting. Pelakon Mia Ahmad memaklumkan, penggenaan tudung labuh yang kini di praktikkannya memaklumkan dirinya istiqomah menutup aurat sebagaimana dituntut dalam syariat agama.

Jelasnya, ada orang bercakap bila mengenakan tudung labuh dirinya akan kelihatan seperti makcik-makcik dan tak moden.

Namun jelasnya, dia tidak kisah dengan teguran itu sebaliknya memaklumkan, kalau pun bergaya ia hanyalah untuk pandangan Allah, bukan mata manusia.

“Sorry, I dress for Allah…” jelasnya.

Dalam pada itu, Mia Ahmad memaklumkan ada berkata bahawa dirinya tidak akan mampu bertahan dengan gaya tudung labuhnya itu bahkan dilihat tidak sesuai dengan populariti dirinya sebagai selebriti ditambah suaminya sendiri pemain bola yang dikenali.

Kongsinya, ada yang cakap I takkan istiqomah. Ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah. I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik.

Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.

Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra, kongsinya di instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d)

 BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI:- “Kami Mula Dari Iqra, Masih Merangkak-Rangkak Membaca” Mia Ahmad Kongsi Momen Belajar Quran Bersama Suami

IKLAN

Masih Dalam Berpantang & Emosi Tak Stabil, Pelakon Mia Ahmad Bukan Mahu Meraih Perhatian

Di dalam al-Quran, Allah telah berfirman dalam Surah al-Nur, ayat 31 yang menyebut: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan dadanya dengan khumur”.

Para mufassir bersepakat bahawa Istilah khumur yang disebut di dalam ayat tersebut adalah merujuk kepada kain yang dipakai di atas kepala wanita.

Istilah ‘jalabib’ atau ‘jilbab’ yang disebut dalam Surah al-Ahzab, ayat 59 menjadikan hijab atau tudung sebagai sebuah tuntutan untuk memelihara kehormatan wanita.
Allah berfirman: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.”

Jelas menutup aurat itu wajib bagi wanita ketika mencapai usia baligh.

IKLAN

JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL

Dipanggil Makcik & Tak Moden Kerana Labuhkan Tudung, Mia Ahmad Akui Pandangan Allah Lebih PentingJom daftar sekarang!!! KELAS JAHITAN KREATIF

Klik link untuk daftar: https://toko.ideaktiv.com/product/kelas-jahitan-kreatif/

Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.

Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.

IKLAN

Projek 1: Denim Tote Bag

Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.

Projek 2: Shopping Bag

Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.

Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.

#kelasjahitankreatif

#sewingworldgallery

Komen Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI