Datuk Yusof & isteri titip doa buat Puteri Sarah. Seperti yang diketahui umum, menerusi prosiding pagi tadi, Syamsul enggan melepaskan isterinya.
Dan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur juga mengarahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).
Sebelum itu, Puteri Sarah mengemukakan bukti baharu yang mendakwa pernah dipukul suaminya itu sekitar 2020, namun tidak membuat laporan polis kerana ketika itu masih sayang.
Datuk Yusof & Isteri Titip Doa Buat Puteri Sarah
Menerusi perkongsian laporan portal berita, ibu kepada dua cahaya mata, Puteri Sarah memberitahu bapa mentuanya Datuk Yusof Haslam dan ibu mentua Datin Patimah Ismail bakal menjadi pencelah dan saksi membabitkan krisis rumah tangga anak mereka Syamsul Yusof.
Ads
Bercerita kepada media, Puteri Sarah memberitahu Datin Patimah menghubunginya pagi tadi bagi memaklumkan sokongan yang akan diberikan kepada dirinya.
“Mak dan bapa mentua saya baru hubungi pagi tadi maklumkan mereka ingin mencelah dan menjadi saksi apabila berhadapan dengan orang ketiga dan Syamsul.
“Mereka sanggup nak beri keterangan kerana mereka sentiasa dengan saya, mereka nampak apa yang berlaku.
“Malah mereka turut titipkan doa untuk saya hari ini,” kongsi Puteri Sarah.
Ads
Perasaan Sayang Sudah Tidak Ada
Pada waktu yang sama, Puteri Sarah turut meluahkan sudah lama perasaan sayang terhadap suaminya tidak wujud.
Persoalan media, adakah masih menyimpan rasa sayang terhadap suaminya? Terus dinafikan Puteri Sarah.
“Tolong lepaskan saya. Perasaan sayang sudah tiada,” tegas Puteri Sarah.
Perjalanan hidup wanita ini, Sri Hanni Borhan sarat pengajaran. Pernah satu ketika diuji dengan rasa bongkak dan sombong dengan Allah. Sampailah satu hari, Allah tiupkan rasa rindu nak bersolat, berdhuha dan bertahajud.
Sayangnya, proses penyerahan jiwa kepada Yang Esa, tidak semudah hambaNya yang lain. Dia tak boleh berdhuha mahupun tahajud. Kerana, pada tahun 2016, wanita ini pernah melakukan satu kesilapan kepada Yang Maha Pemberi Rezeki.
Nak Murah Rezeki Jadi Jutawan, Jangan Blok Hati Bergantunglah Pada Allah
Lalok rupanya minum air gula ni ya?
Dah tidur, bangun, makan, tidur, bangun, ketawa mudah terhibur.
Huh! dahsyat penangan air gula.
Mak ayah,
Saya nak share satu je dalam perjalanan hidup ini. Kalau boleh jangan buatlah. Kalau ada pilihan elakkan.
Suka saya nak sampaikan pada mak ayah.
Nak murah rezeki ni, nak jadi jutawan, saya syorkan jangan blok hati. Diri kita ni baik ke, nakal ke, tutup aurat ke, tidak ke. Satu je pesan saya. Jangan sebab ada duit pergi cari bomoh buat pendinding ke, pelaris ke, kebal ke, pengasih ke, semua tu tak payah.
Perjalanan saya sehingga jadi juta-jutawan, saya sedikit tiada pergantungan dengan bomoh. Bila sudah berjaya, sudah betol-betul kaya, saya terikut-ikut kata orang untuk kebal.
Pendinding kerana takut orang cuba gagalkan saya, buat saya sakit, dan tidak mahu dicantas atau disailang.
Perjalanan selama setahun, saya mengenali guru-guru hebat ni, hidup saya tidak tenang walaupun kaya.
Sehingga saya buang balik, baru saya sihat dan relevan. Tiada kebocoran wang dan hati sangat tenang walaupun melalui proses pembuangan tu saya mengalami konflik emosi yang maksimum sehingga cenderung membunuh diri sendiri.
Confius terhadap Allah, itulah dugaan-dugaan yang kita terima tanpa fikir akibat.
Tahun 2015 Adalah Proses Saya Mengumpul Kesesatan
Sayang-sayang jangan pernah takut akan rezeki Allah. Proven saya jutawan, adalah sepenuhnya pergantungan kepada Allah dari tahun 2005 sehingga 2015.
Tahun 2015 adalah proses saya mengumpul kesesatan dengan bomoh-bomoh ni.
Dan tahun 2016 saya sudah jadi orang yang bongkak dan terlalu sombong dengan kekebalan, kekuatan tanpa sakit.
Sehingga ada satu hari Allah meniupkan rasa kerinduan setiap hari untuk saya bersolat, buat dhuha kembali. Malangnya.. Bila bersolat tahajud, berdhuha seperti biasa, lagi banyak bayangan hantu muncul di sana sini, emosi jadi tidak tenang mudah marah dan naik angin.
Kesombongan saya terlalu tinggi sehingga saya rasa itu bukan diri saya.
Jika saya demam atau sakit, bila masuk hospital, doktor mempunyai masalah cucuk jarum ke any part of my body. Jarum akan bengkok dan rosak. Kalau nak bagi saya tidur, mereka akan guna high dos.
Setiap Kali Mendekati Allah, Itulah Emosi Dan Fikiran Jadi Celaru
Sepanjang tahun 2017 saya melalui proses penyingkiran berperingkat termasuk pergi umrah dua kali.
Dan setiap kali kita mendekati Allah, setiap kali tulah emosi, fikiran kita akan bercelaru tahap nak pecah otak tentang kompiusnya hidup ini.
Alhamdulillah..
Sekarang kita semua berada di penghujung tahun 2018.
Saya rasa bersyukur, saya dah boleh kembali mengaji, solat dengan hati yang lapang, tenang dan sejuk tanpa kompius.
Dan saya juga rasa, kebocoran rezeki sudah tiada sejak awal tahun 2018.
Jelas sangat, Allah tahu rezeki tu kita minta ke dia atau tak.
Aku Rindu Diriku Sendiri, Kenapa Allah Tak Beri
Mak ayah nak tahu, rezeki yang saya wakafkan, agihkan beras-beras, susu-susu tu semua adalah penghasilan sebelum saya terjebak dengan perkara tu. Itulah penghasilan terkumpul untuk dana wakaf dan sedekah (infak).
Bila start 2015, bila saya terjebak perkara tu, tabung infak kita tak terisi. Malah kita berinfak selama 2 tahun kebelakangan ni dari rezeki kita kumpul pada peringkat awal-awal tahun 2010 hingga 2015 (berkatnya rezeki tu kita ada lagi sampai hari ini untuk diagih-agihkan lagi. Can you imagine keberkatan rezeki yang Allah beri).
Bila saya tengok tabung infak tak terisi dari keuntungan syarikat pertengahan 2015, saya terfikir-fikir hebatnya jualan berbelas juta, tapi dimana penghasilannya yang saya dah janji untuk berkongsi.
Saya muhasabah diri, ‘Oh! mungkin aku lupa diri, mungkin aku mungkir janji. Lalu… Selalu saya update ‘Aku rindu diriku sendiri’ Kenapa Allah tak beri?
Hari ni, bila saya nak siapkan workbook, forecast 2019. Saya kaji perjalanan financial, kehidupan saya 2018.
Ya Allah.. Tanpa saya sedar hidup saya jauh lebih baik, jauh lebih tenang walaupun rumahtangga berkocak sekali sekala. Saya syukur sangat.
Tiada kesempurnaan tu datang semua, takut – takut kita lupa meminta pada yang Maha Pemberi. Saya senyum lagi.. tak tahu kepuasan apa yang sedang menguasai diri ini, rasa bersyukur sangat.
Dan Saya bersyukur saya dapat lalui 2017 dengan kuat. Saya bersyukur saya berjaya harungi ombak besar 2018. Ya, saya bersyukur sangat, untuk 2019 saya tahu.. Bukan ada ketenangan dalam hidup pun, dan saya sentiasa bersedia.
Dan saya sentiasa menyusun setiap strategi, setiap jadual kerja saya, perancangan yang teliti, plan by plan.. Back up by back up things.
Mak ayah kena paham satu je,
“Kejayaan bermula dengan persediaan”
Bukan kita minta saja atau tunggu saja.
Pesan hani: Facebook tempat menulis, bukan realiti kehidupan.
Baru-baru ini, dunia digemparkan dengan rampasan pesawat Biman Airlines milik negara Bangladesh, hinggakan ia terpaksa mendarat cemas. Tak sangka rampasan pesawat tersebut hanya berpunca daripada isu pergaduhan suami isteri dalam rumahtangga.
Gaduh Dengan Isteri
Seorang perampas yang mati ditembak oleh pasukan komando Bangladesh didapati membawa pistol mainan dan memberitahu perunding bahawa dia mahu mengambil alih pesawat menuju ke Dubai tersebut kerana bergaduh dengan isterinya, kata beberapa pegawai semalam.
Lelaki berumur 25 itu mati akibat cedera parah ditembak selepas menjadikan serang anak kapal Biman Airlines sebagai tebusan, memaksa pesawat tersebut mendarat cemas di Lapangan Terbang Chittagong lewat kelmarin.
Kira-kira 134 penumpang dan 14 kru penerbangan itu dibebaskan tanpa sebarang kecederaan selepas operasi pasukan komando yang mengambil masa tidak sampai 10 minit.
Kecelaruan Mental
Pengurus Lapangan Terbang Chittagong, Sarwar-e-Jaman berkata, perampas itu mengalami ‘kecelaruan mental’.
“Punca dia merampas pesawat adalah kerana dia mempunyai masalah dengan isterinya dan dia mahu bercakap dengan Perdana Menteri, Sheikh Hasina,” kata Sarwar kepada agensi berita AFP.
Penerbangan BG147 berlepas dari Dhaka ke Dubai melalui Chittagong apabila insiden rampasan berlaku.
Lelaki itu yang hanya dinamakan sebagai Mahadi, dilaporkan membawa sepucuk senjata api di dalam kabin pesawat dan cuba menyerbu kokpit, memaksa juruterbang melakukan pendaratan cemas.
MW: Pesanan buat suami isteri, jika ada sebarang masalah dalam rumahtangga, kawallah emosi dan selesaikanlah dengan baik.Tak perlulah sehingga melibatkan malah menyusahkan orang lain pula.
“Biar apa pun terjadi, saya tetap bersama sayang.” Setia isteri hingga hujung nyawa. Rumah tangga yang tidak diuji, pasang surut dalam hubungan suami isteri itu lumrah.
Diuji sakit bukanlah ujian yang mudah, apatah lagi ketua keluarga yang sepatutnya menjadi tempat bergantung harap, sakit terlantar tak berdaya. Harap pasangan ini tabah berdepan ujian ini.
Setia Isteri Hingga Hujung Nyawa
Bagi pasangan suami isteri ini, kemanisan dalam melayari bahtera rumah tangga sejak 12 tahun lalu bagaikan diragut apabila ketua keluarga mereka diuji masalah kesihatan.
11 Julai lalu merupakan Tarikh keramat dan bakal diingati sampai bila-bila. Tarikh ini menjadi satu memori yang tidak dapat dilupakan Nurain Rozman, 28, apabila suaminya, Sabri Mohamed Khairi, 36, disahkan menghidap strok.
Jelas Nurain yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak, suaminya mula jatuh sakit ketika dia mahu mandi waktu tengah hari untuk solat zuhur.
Suami Diserang Strok
“Ketika kejadian, saya baru tiga bulan melahirkan anak keempat kami yang lahir pada Mei lalu. Masa itu suami nak mandi, dia keluar dari bilik air tiba-tiba tak boleh bercakap.
“Dia minta nak minum air tetapi menggunakan isyarat tangan, mulut sudah tidak dapat keluar kata-kata sebelum rebah dan pengsan,” katanya.
Panik dengan apa yang berlaku ke atas suami, Nurain dengan bantuan jiran dan ibunya membawa Sabri ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Menurut ibu empat cahaya mata itu, doktor menasihatkan agar suaminya dibedah dengan kadar segera selepas didapati berlaku pendarahan di dalam kepalanya.
“Biar Apa Pun Terjadi, Saya Tetap Bersama Sayang.”
“Sebelum masuk dewan bedah, suami sudah kritikal dan saya bisik di telinganya, biar apa pun terjadi, saya akan tetap bersama sayang (suami) sampai hujung nyawa,” katanya.
Nurain berkata, selepas selesai dibedah, suaminya koma selama lima hari sebelum hari keenam doktor memohon kebenaran untuk menebuk leher bagi memasang alat bantuan pernafasan serta tiub untuk susu.
“Sebelum ini suami kerja sebagai operator sebuah kilang sebelum memilih untuk berhenti kerja selepas sering mengambil cuti sakit sebab sakit kepala dan masa itu juga saya turut kerja operator, tetapi Rabu lalu tarikh akhir saya bekerja,” katanya.
Katanya, sekarang dirinya buntu memikir nasib keluarganya pada masa akan datang terutamanya melibatkan kewangan apabila kos untuk menguruskan suaminya sahaja sudah mencecah RM2,000 tanpa mengambil kira makan minum anak-anak.
Kepada mereka yang ingin membantu keluarga Nurain boleh menghubunginya di talian 014-2271 536 atau melalui akaun Bank Simpanan Nasional 0110-7411-0003-1412.
Mingguan Wanita : Semoga Nurain sekeluarga kuat berdepan dengan ujian ini dan suaminya kembali pulih seperti sediakala. Pasti ada hikmah di setiap apa yang berlaku.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...