Dato Alha Dedah Cerita Wang Hantaran, Tunang Cuma Minta Senaskah Al Quran

Jurusolek terkenal Dato Alha Alfa yang juga pengasas kosmetik berjaya berkongsi cerita tentang wang hantaran tunangnya, Noor Azlin Ismail, 22 dan permintaan ibu Azlin ketika dia mahu merisik wanita itu.

Kongsi Dato Alha atau nama sebenarnya, Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil, ketika bertanyakan tentang wang hantaran kepada keluarga bakal tunangnya (ketika itu) ibu Azlin tak meletakkan sejumlah wang hantaran pun. Malah minta dia berbincang pula dengan anaknya.

Bila ditanyakan pada Azlin, jawabnya “tak perlu beri dia apa-apa. Senaskah Al Quran pun dah cukup.”

Ketika ada yang meletakkan wang hantaran seakan tak masuk dek akal, kisah tunang Dato Alha ini wajar dicontohi. Lagipun, selepas mendirikan rumah tangga, kos belanja selepas perkahwinan itulah yang paling penting sekali.

Dengar baik-baik pesan Dato Alha ini,

Time Kenal Tu, Memang Hidup Tunggang Langgang

Teringat mula-mula kenal beliau dulu. Time tu duit memang cukup pakai je. Simpan duit simpan duit nak buat product. Yela buat makeup gaji berapa sangat. Nak buat product harga ratus ribu.

Boleh dapat sebijik rumah. Time tu pulak berkenalan dengan beliau melalui kelas makeup. Bila ada kelas makeup, ada la duit lebih sikit nak simpan. Kira time kenal tu, memang hidup tunggang langgang. Gi sana gi sini.. selagi boleh ada kerja, boleh simpan.

IKLAN

Beliau benyak bagi support. Faham kesibukan. Selalu bagi semangat jangan down. Walaupun muda tapi cara fikir, cara cakap dan cara bertindak sangat matang.

Alhamdulillah ALLAH temukan dengan beliau yang memahami situasi orang business dan kerja sendiri ni.

Katanya, Nak Minta Senaskah Al Quran Pun Cukup

Detik paling merisaukan bila call mak beliau. Nak minta izin untuk lebih serius dan nak masuk meminang aritu. Call nak tanya berapa wang hantaran?

Masha allah~~ mak beliau cakap “Alha nak amik anak dia pun makcik bersyukur sangat dah. Nak bagi berapa-berapa pun tak apa. Suruh bincang dengan beliau.”

Bila tanya beliau pulak, ”U terima I pun I dah bersyukur. Tak yah bagi pun tak pe.”

IKLAN

Allahuu.. syukurnyaaa.. masih ada rupanya insan yang ikhlas. Katanya nak minta senaskah Al Quran pun cukup. Time tu saja tanya dia. Nanti kahwin nak pakai baju sape? dengan gelak-gelak dan bergurau, “@rizalman71“ katanya.

Sambil gelak-gelak dan I tau U guraw-guraw. Yela sape tanak kan..huhuhu.. Time tu macam tertelan bijik nangka. Tapi dah tekad simpan duit.. simpan duit.

Kalau panjang jodoh, ada rezeki lebih, Alha akan sedaya upaya usahakan. So semalam senyap-senyao Alha pun bawa dia ke sini jumpa Dato Rizalman. Syukuurrr.. semuanya berjalan lancar.

 

IKLAN

Dato Alha Dedah Cerita Wang Hantaran, Tunang Cuma Minta Senaskah Al Quran

Wanita Ikhlas, Takyah Wang Hantaran Pun Lelaki Akan Usahakan

Bg Alha, kalau wanita ikhlas, takyah hantaran pun laki akan usahakan yang termampu. Kalau hantaran tinggi-tinggi pun ok jugak kalau dua pihak mampu dari keturunan kaya-kaya. Ramai je kawan-kawan Alha yang nak kahwin, stuck sebab hantaran tinggi.

Depa struggle nak menyimpan untuk nak kahwin dan lepas kahwin akan datang masalah sebab duit simpanan habis. Patutnya lepas kahwin kite happy-happy.

Kalau hantaran lepas untuk kenduri, makan minum pun dah ok. Kalau ukuran hantaran diukur melalui degree ke, master ke, tak semua mampu.

Sudahnya ramai lelaki-lelaki takut nak kahwin dengan perempuan bijak sebab takut hantaran tinggi. Sedangkan lepas kahwin nanti lagi banyak duit akan digunakan untuk kehidupan bersama kan?

MW : Banyak betulnya kata Dato Alha tu..

Sumber/Foto : Alha Alfa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI