Daripada Marah Baik Doakan Anak, Mak Bertenang Akan Tarik Energi Bahagia

Ibu ini, Faoziyah Paru berkongsi tip. Mengapa marah-marah anak akan tarik energi negatif dalam diri mak-mak sebenarnya. Energi negetif itu macam stress, kecewa, salahkan diri sendiri, dendam dan sebagainya.

Kerana setiap anak ragamnya bermacam, ada yang mudah diurus, ada yang bikin mak sakit kepala. Cakap berkali tetap tidak mahu dengar kata. Sudahnya, panjang bebelan mak.. marah-marah dengan setiap tindakan anak.

Malah, dikongsikan juga doa nabi Ibrahim untuk mak ayah bacakan untuk anak-anak yang menguji kesabaran hati itu ya.

Baca sini : Sebelum anak lelaki jadi remaja, penting ajar 5 perkara ini.

Anak Nombor Berapa Paling Panjang Akalnya?

Tadi kawan kakg share poll dari group,
Anak Sepah Apa Hari ini?”

Admin tu tanya, anak nombor berapa paling panjang akal? Majority jawab nombor 2.

Tapi seriuslah, anak kakg, soib paling banyak kerja dan cabaran setakat ni.
Dengan baby dia macam belum boleh terima dia ada adik. Dengan kakak, dia buli je. Mentang-mentang kakak saiz kecik.

Nak jadikan cerita, malam tadi Soib terkencing malam. Kalau ikutkan memang wajar geram atau marah kat dia. Dah tengah malam, baru nak rehat, kencing pula. Gitu lah.

IKLAN

Alhamdulillah Allah izinkan teringat baru je belajar ilmu dalam zoom Aura Rezeki, ayatnya macam ni, “Orang yang hidup pada masa lalu, dia akan stress. Orang yang hidup pada masa depan, dia akan bimbang

Apa yang kakg faham, anak dah terkencing, tilam dah basah – masa lalu yang tak boleh ubah dah.

Kalau kakg pilih marah, aku pun akan stress. Dok mikir nape anak aku ni macam ni eh? Aku tak pandai ajar anak ke?

Kalau fikir masa akan datang pula, macam mana nak bersihkan toto ni eh? Kalau aku bersihkan nanti, jiran nampak, agak agak malu tak ek kalau jiran tau anak dah dekat 6 tahun masih kencing malam? (emosi bimbang)

Sifat Marah, Tarik Energi Negatif

Marah tu energy negatif. Dia menarik energy negatif yang lain macam stress, kecewa, salahkan diri sendiri, dendam dan seterusnya.

IKLAN

Beza kalau kita mampu hadapi dengan rileks, akan tarik energy kebahagiaan, ketenangan, kesyukuran,

Oh, anak aku kencing. Tak pelah, tukar je lah toto dulu. Esok pagi settlekan
Oh, anak aku kencing, tak pelah. Nak buat macam mana, marah pun bukan boleh kering semula benda ni
Oh anak aku kencing, tak pelah. Syukur dia masih boleh kencing. ada org lain tak dapat macam ni

Sabar Hadap Kerenah Anak, Bacakan Doa Ini Untuknya

Bawak jelah anak pi toilet. Sambil dalam hati banyakkan doa,
RABBI HABLI MINASSOLIHIN
رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ
Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” (QS. As-Saffat 37: Ayat 100)

Kalau time jirus air garam untuk mandikan anak tu pun boleh baca jugalah ayat ni. InshaaAllah molekul air jadi cantik, serap kat tubuh badan anak melalui liang roma dia. InshaaAllah perkara perkara baik yang akan datang nanti.

IKLAN

Ni doa Nabi Ibrahim As, Nabi yang paling ramai keturunannya jadi Nabi dan Rasul. (orang orang soleh)

Mak-mak Daripada Marah, Baik Doakan Anak

Daripada marah-marah, baiknya kita doakan. Semoga anak ini jadi anak yang soleh. Banyak cabaran masa jaga dia nak membesar tak pelah. Sabar sikit je.

Orang kata yang jenis masa kecik tak mudah handle, dah besar nanti dialah yang paling membahagiakan.

InshaaAllah.

(Gambar top image dari group Anak Sepah Apa Hari Ni? Jangan lupa mandi garam ye maknya. Hahaha)
Anak korang yang nombor berapa paling panjang akal?

MW : Sungguh, anak-anak itu adalah ujian untuk mak ayah. Semakin bersabar, semakin tenanglah nanti jiwa mak ayah.

Sumber/Foto : Faoziyah Faru

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI