Ibu dan ayah, Nor Farhana Ahmad, 27 memang orang berniaga. Dari situlah ‘darah berniaga’ mengalir dalam dirinya. Lepas tamat belajar, dia menjual dahulu pelbagai jenis produk milik orang lain selama setahun. 

“Tidak mahu hanya menjual produk orang lain, saya mencari idea untuk mengeluarkan produk sendiri. Lebih kurang setahun saya membuat kajian tentang produk ini sehinggalah terhasilnya Pegaga Cocoa,” ceritanya yang merupakan Co Founder, Syarikat AF Life Water. 

Dari raut wajahnya, sudah tahu dia seorang yang sangat pentingkan kesihatan dan kecantikan. Malah, Nor Farhana akuinya. 

“Saya memilih perniagaan ini kerana saya seorang yang sangat sukakan kesihatan dan kecantikan. Paling penting, saya suka makan ulam daun pegaga. Jadi, tidak salah rasanya saya hasilkan produk berasaskan ekstrak buah-buahan dan sayur-sayuran.

“Lagi pun bahan-bahan ini mempunyai khasiat tersendiri. Terus saya gabungkan khasiat tersebut menjadi satu produk,’ katanya tentang produk keluarannya. 

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nak Rezeki Bisnes Masuk Mencurah, Penjual Jangan Kedekut Dengan Pelanggan

Isteri Sibuk Buat Bisnes Kat Rumah, Keluarga Jangan Terabai Pula

Info Lebih Menarik DI SINI

Berniaga – Cabar Diri  Ada Bisnes Sendiri

Walaupun baru setahun jagung dengan produk sendiri tetapi Nor Farhana tidak terkecuali menghadapi cabaran dalam perniagaan ini. 

IKLAN

“Sebenarnya, cabaran memang banyak dan salah satunya adalah menangani pesaing dalam perniagaan yang sama. Sementelah saya masih baru berbanding dengan syarikat yang sudah lama bertapak. Jadi, saya cabar diri saya untuk berjaya sama dengan mereka yang lain,” kata Nor Farhana dengan yakin. 

Apa yang boleh Nor Farhana katakan dalam memberi kepercayaan kepada pengguna adalah dengan mengguna sendiri produknya terlebih dahulu. Apabila nampak keberkesanannya, barulah dia berani untuk menjual kepada orang lain. 

“Dalam sesuatu perniagaan, kita kena jujur dan jangan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata. Apa yang menyakinkan saya adalah bahan-bahan yang saya gunakan dalam produk adalah 100 peratus semula jadi dan tiada kandungan gula, tiada kesan sampingan dan harganya lebih murah,” tambah Nor Farhana lagi. 

Dari Kecil Tengok Ayah Berniaga, Setahun Habis Belajar Ada Bisnes Sendiri

 

Rezeki Tak Pernah Salah Alamat

Sudah semestinya dalam setiap peniaga akan ada rasa down terutamanya dalam menaikkan produk yang dihasilkan. Begitu juga apa yang dialami oleh Nor Farhana. 

IKLAN

“Cara saya untuk mendapatkan kembali semangat itu dengan cara ‘bercerita’ kepadaNya. Malah, yang membuatkan saya kembali bersemangat apabila melihat wajah anak-anak. Apa yang saya buat hari ini adalah untuk mereka pada masa akan datang dan orang-orang sekeliling saya,” katanya yang mempunyai dua orang anak, Nur Afifa, Fitiya, 4 tahun dan Nur Afrina Faiha, 2 tahun, hasil perkahwinan dengan Shahazlan Ruslan, 35 tahun. 

Dalam perniagaan, Nor Farhana yakin dengan rezeki yang Allah berikan atas usaha yang kita lakukan. 

“Rezeki tidak pernah salah alamat, kita telah usaha dan tawakal, selebihnya ditentukan oleh Dia. Apa pun, kita kena jujur, tulus dalam mencari rezeki dan memberi manfaat kepada orang lain.

”Jangan pentingkan diri sendiri dan permudahkan urusan orang lain, akan datang Dia akan mempermudahkan urusan kita,” katanya yang merancang untuk mengeluarkan satu lagi produk selepas ini. 

Produknya Dah Sampai Pasaran Brunei

Setiap usahawan tidak berhenti dan bergantung pada keuntungan semata-mata tetapi sebenarnya turut mempunyai perancangan yang lebih jauh ke hadapan. Bagi Nor Farhana, dengan mengeluarkan produk ini, dia ingin melahirkan ramai usahawan di bawah naungan produknya. 

IKLAN

“Saya mencari wanita, suri rumah dan pelajar yang ingin menjana pendapatan sampingan. Sudi-sudilah melayari IG @pegagacocoahq,” katanya yang sudah menembusi pasaran Brunei dan mencuba untuk menembusi pasaran Singapura serta Indonesia pula. 

Dari Kecil Tengok Ayah Berniaga, Setahun Habis Belajar Ada Bisnes Sendiri

 

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI