Dikala khidmat dan bakti bpara barisan hadapan (frontliners) diperlukan ketika penularan wabak COVID-19 ini, berita yang cukup menyedihkan apabila berlaku kemalangan maut yang melibatkan “team” petugas perubatan dari Hospital Kuala Krai.

Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang, yang mengorbankan Pegawai Perubatan O&G, Dr. Nooranisah Bt Mohd Razali meninggal dunia di tempat kejadian bersama bayi beliau. Di samping 5 orang pegawai perubatan yang lain dan pemandu dilaporkan selamat.Mereka dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Doktor & Bayi Maut

Dua beranak termasuk bayi lelaki berusia sembilan bulan maut manakala tujuh yang lain cedera apabila van dinaiki terbabas di Kilometer 11 Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru, Gua Musang, hari ini.

Dalam kejadian 10.35 pagi, mangsa yang maut dikenali sebagai Dr Nooranisah Mohd Razali, 31, bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai dan bayinya Mohammad Fitri Yusof Muhammad Hafiz Zulhilmi.

Mangsa lain yang cedera ialah pemandu van, Mohd Lazim Abdullah, 56, Dr Siti Salwa Mohamad Shokri, 38, Syahirah Muhamad Razali, 20, Dr Norazma Mohamad, 34, Dr Linda Laili Ibrahim Shukri, 29, Dr Suzuanhafizan Omar, 32, dan Dr Hazirah Sazali, 33.

COVID-19: Team Petugas Perubatan Kemalangan, Seorang Doktor & Bayi Meninggal

IKLAN

Dalam Perjalanan Ke Hospital Gua Musang

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kemalangan berlaku ketika mereka menaiki van Toyota Hiace dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang.

Menurutnya, van dari Hospital Kuala Krai itu dipercayai dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang (HGM) bagi menjalankan tugas rawatan berikutan penularan wabak Covid-19.

Katanya, sebaik sampai ke lokasi, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum seorang mangsa tercampak keluar dari van berkenaan.

IKLAN

“Dr Nooranisah meninggal dunia di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan, manakala bayinya meninggal dunia pada 11.02 pagi di HGM akibat kecederaan dalaman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, tujuh mangsa lain yang cedera bertugas di Hospital Sultan Ismail Petra menerima rawatan di HGM dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Katanya, mayat dua beranak itu dihantar ke Bilik Forensik HGM untuk bedah siasat.

IKLAN

“Saya bagi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan rasa sedih di atas kejadian itu kerana mangsa pergi ke HGM untuk menjalankan tugasnya,” katanya.

COVID-19: Team Petugas Perubatan Kemalangan, Seorang Doktor & Bayi Meninggal

MW: Salam takziah buat keluarga mangsa.Terkorban dalam perjalanan untuk melakukan tugas yang mulia, semoga ganjaran syurga hendaknya. Didoakan juga semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Sumber: Hmetro

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI