Memang cukup membimbangkan, apabila kes baharu dalam negara hari ini melonjak kepada 5,725 kes, sekali gus merupakan angka tertinggi dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 203,933 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang memuat naik statistik itu di media sosial, berkata kes kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 203,933.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,268 kes adalah penularan tempatan.
Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 45,478 kes.
Ads
“Sebanyak 16 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 733 kes.
“Selain itu, terdapat 3,423 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 157,722 kes,” katanya.
Ads
16 Kes Kematian
Ujarnya lagi, sebanyak 301 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 16 kes kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 733 kematian setakat ini.
Pada masa sama, sebanyak 3,423 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus.
Trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Sebelum ini diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.
MW: Memang risau kes semakin meningkat, walaupun pelbagai usaha bagi mengekang penularan virus ini telah dilaksanakan. Apa yang penting kita usaha untuk menjaga diri sendiri, patuhi SOP yang ditetapkan, jaga kebersihan diri dan elakkan berada di tempat sesak mahupun ramai.
Luah Ummi Nazeera di laman sosial, Twitter, “Dan anda semua, tolonglah bertimbang rasa. Kesianlah dekat frontliners. Diaorang (mereka) pun ada family”.
Peningkatan semula kes virus pandemik Covid-19 sejak Oktober lalu sememangnya menimbulkan kebimbangan bagi sesetengah rakyat Malaysia.
Bukan itu sahaja, peningkatan itu secara tidak langsung memberi tekanan semula kepada frontliners terutamanya yang berkhidmat sebagai doktor dan jururawat apabila perlu bekerja dalam tempoh yang lebih panjang bagi merawat pesakit Covid-19 yang terus meningkat.
Salah seorang yang turut merasakan kesannya adalah pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera.
Suami Ummi, Dr Mohd Izzar merupakan frontliner yang bertugas di sebuah hospital.
Menurut Ummi, 30, dia begitu merindui suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dan berharap Covid-19 lenyap secepat mungkin.
Seperti mana yang diluahkan Ummi menerusi akaun Twitternya;
“Saya berdoa agar Covid-19 lenyap secepat mungkin. Tidak sabar menanti vaksin di bawa masuk ke sini.
“Kesian frontliners bekerja siang dan malam termasuk suami saya. Tolonglah, kami mahu pasangan kami pulang semula.
“Dan anda semua, tolonglah bertimbang rasa. Kesianlah dekat frontliners. Diaorang (mereka) pun ada family”.
Ia juga memberi kesan kepada keluarga frontliners kerana sukar untuk bertemu seperti biasa.
Malah difahamkan juga, ramai yang bersetuju dengan luahan Ummi dan marah dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih keluar bercuti dan bersesak biarpun dalam situasi seperti ini.
Sumber / Sumber Foto : Twitter & Instagram Ummi Nazeera
Sejak seminggu lalu, nama pelakon yang membintangi filem Chermin, Natasha Hudson menggelegak dek penularan busana putih salju yang kelihatan seperti mendedahkan bahu selain betisnya usai majlis pelancaran produk kecantikan.
Kisah kontroversi ini bertambah apabila pereka busana berkenaan, Rizman Ruzaini meluahkan rasa kecewa apabila ia disarung oleh selebriti bertudung (Natasha) sedangkan rekaan berkenaan untuk wanita tidak bertudung.
Sejurus kenyataan pereka fesyen itu menjadi bualan, rakan kongsi yang juga orang kuat produk terbabit, Nor Shahlina Abu juga bingkas mempertahankan pandangannya.
Nor Shahlina mengakui terkilan dengan duo pereka fesyen itu kerana tidak patut melatah dengan menghentam balik waima siapa pun pemakainya. Hakikatnya busana itu dibeli dan bukannya ditaja.
Natasha yang sejak isu itu hangat bersifat neutral dan memilih untuk tidak melatah, akhirnya bangkit berkongsi hujahnya.
“Selepas diamati kenyataan pereka fesyen itu saya lihat ia berbaur peribadi dan berat sebelah. Mungkin kenyataan itu dibuatnya kerana tidak tahu siapa pembeli busana terbabit pada awalnya.
“Mungkin juga kenyataan itu dibuat kerana saya bukanlah artis gred A yang sering bekerjasama dengannya. Tapi dalam apa sudut sekalipun, perasaan pelanggan atau pembeli sepatutnya dihormati mereka. Baju itu dibeli dengan promosi potongan harga dan bukan ditaja mereka.
“Sekalipun pembeli dan pelanggan mengenakan tudung dan meminati sesebuah rekaan yang bertentangan dengan imejnya, adakah mereka akan menjualnya? Saya pasti mereka akan menjualnya demi keuntungan tanpa mempersoalkan hasrat yang ingin membeli,” katanya.
Natasha yang dilantik sebagai wajah wakilan produk itu juga agak terkejut dengan reaksi duo pereka itu.
“Saya bukan tidak mengenali mereka. Begitu juga sebaliknya. Saya pernah menggayakan rekaan mereka suatu ketika dulu.
“Bukan mereka tidak boleh bertanya situasi sebenar atau selidik kepada saya sebelum mengeluarkan kenyataan balas yang disifatkan seperti menghentam.
“Saya berasakan komen mereka yang busana itu tidak sesuai untuk orang berhijab tak tepat. Sedangkan kalau kita ‘google’ busana rekaan mereka sebelum ini untuk selebriti bertudung kelas A ada yang mengenakan turban dan menampakkan leher ataupun menampakkan potongan badan.
“Apa pula pendirian mereka terhadap situasi sebegitu. Tepuk dada tanya hati,” katanya.
Ibu tunggal kepada tiga anak itu bagaimanapun mengakui khilafnya saat mengenakan busana berkenaan.
“Ikutkan busana yang saya sarung itu boleh saja digayakan sesiapa pun mengikut cita rasa dan olahan gaya masing masing. Ya, saya ambil mudah melalui cara pemakaiannya.
“Jujur saya tak sangka ia akan mencetuskan kontroversi. Malah harus saya tegaskan ia juga bukan kontroversi terancang untuk melariskan produk Crystal C White,” katanya.
Malah Natasha juga turut berpandangan pereka fesyen itu harus memohon maaf kepada Nor Shahlina Abu.
“Kenyataan mereka mengguris hati Nor Shahlina iaitu rakan kongsi kepada Datin Reena Zach yang selama ini menjadi antara klien dan penyokong jenamanya
“Cara mereka memberi jawapan tidak tahu siapa pembeli, baju itu dibeli dengan potongan harga 90 peratus juga dilihat tidak matang dan tidak sesuai disebut. Apakah satu dosa membeli baju yang dilelong dengan diskaun rendah?
“Ia seperti membuka pekung sendiri seolah olah baju yang dibuat tidak laris sebelum potongan harga. Ingat istilah ‘customer is always right’. Sewajarnya mereka memohon maaf kepada Nor Shahlina. Dalam hal ini juga saya hanya pemakai dan ambil tanggungjawab menggalasnya biarpun diberi beberapa pilihan busana lain,” sambungnya lagi.
Tahniah diucapkan buat Leez Rosli yang kini sedang hamil lima bulan. Berita ini merupakan mukadimah terbaik tahun 2021.
Aepul dan Leez telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2014 dan dikurniakan cahaya mata Nur Safiyya Alisha, yang kini berusia tiga tahun.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh pelakon dan penyanyi Leez Rosli yang juga isteri kepada Aepul Vokalis Drama Band menerusi akaun Instagramnya.
“Hello 2021! Salam jumaat yang penuh barakah. “Alhamdulillah, we’re pregnant! cc @aepul.roza Allah maha hebat. “ 2020 yg lepas adalah tahun paling mencabar dan Allah uji tanda dia sayang. Moga 2021 yang baik-baik sahaja buat kami sekeluarga dan anda semua juga. “ Bismillah! Ya, Alisha nak dapat adik!! #21weeks #5monthspregnant by Alisha,” tulis Leez.
Tahniah diucapkan buat Leez dan suami yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
Baru-baru ini pasangan bahagia ini juga telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang keenam.
“A husband and wife may disagree on many things, but they must absolutely on this ; to never, ever give up on each other and forgiveness of mistakes.. so i close my eyes to his flaws, to his imperfections. Because I know he did the same.
“Jangan mencari kesempurnaan dan mengharap yang keterlaluan dalam berpasangan,dan sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik.
“Baby, kita tak boleh bosan dengan each other. Sebab forever tu lama tau. Please say what do you want from me dan kami pun akan buat benda yg sama.
“Demi Allah, I love you more than you’ll ever know. Happy Anniversary My Husband. 6 years married and more to come! @aepul.roza,” kongsi Leez.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.