
Isi Kandungan
ToggleSekarang ni katanya Roti Awan atau ‘Cloud Bread’ yang nampak gebu gebas ni sedang viral di ‘Tik Tok’. Menariknya resipi ni cukup mudah dan senang nak buat hanya guna 3 bahan. Rasanya manis dan walaupun namanya ‘roti’ tapi tekturnya gebu macam pavlova dan ada rasa lebih kurang macam marshmallow.
Baca Lagi Di Sini:
Buat Sendiri Rotiboy Di Rumah, Tak Payah Beli Dekat Kedai
Resipi Roti Puri Tak Menang Tangan, Laku Keras Dibuat Niaga!
Nak tahu lebih lanjut macam mana resipi ‘Cloud Bread’ ni boleh ikut cara yang dikongsikan oleh MiRä MödëRnö ini sebagai panduan;
“Hari ni try buat ‘Cloud Bread’ saya tak tau siapa punya resepi asal. Sebab mudah sangat caranya saya pun teringin nak buat. Saya sertakan sekali gambar dan resepi pada sesiapa yang sudi boleh la try nanti ye”
Bahan-Bahan:
1/4 cawan gula (tak suka manis boleh kurangkan gula)
2 sudu kecil tepung jagung
3 biji putih telur
Cara Membuat:
1. Pukul Telur dengan mixer sampai kembang/ kental.
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan gula, mix lagi sampai sebati.
3. Letak pewarna (jika suka) saya letak warna biru sebab awan mendung kat sini.hihi. Kalau tak nak letak, warna asalnya warna putih.Saya letak juga almond slice untuk hiasan.
4. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
Siap!!

MW: Jadi buat mak-mak yang nak rasa sendiri macam mana ‘cloud bread’ ni, boleh buat sendiri di rumah. Mudah je, guna 3 bahan. Anak-anak pun mesti suka nanti.
Sumber: MiRä MödëRnö
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Oren Bukan Sekadar Buat Jus, Macam-Macam Boleh Dimasak

Isi Kandungan
ToggleBuah oren yang masam manis punya peminat tersendiri dan warnanya juga cantik dan menyerlah. Selain dimakan mentah atau dijadikan jus, terdapat pelbagai juadah yang boleh menggunakan buah oren sebagai bahan utama.
Buah ini yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan untuk mencecah penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Zat yang terkandung
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Selalunya ia dimakan begitu saja atau dibuat jus. Tapi sebenarnya macam-macam boleh dimasak mengunakan oren. Jom cuba!
KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
- Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
- Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
- Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk. Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar.
- Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
- Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Lagi resipi di sini:
Roti Goreng Berinti Super Sedap, Boleh Buat Bekal Anak Ke Sekolah
Roti Nak Tamat Tempoh, Boleh Buat Roti Kering, Sedap Cecah Kopi O!
https://www.instagram.com/mingguanwanita/
SCONE OREN DAN MARMALADE OREN
BAHAN-BAHAN ORANGE MARMALADE:
10 biji oren | ambil jus
2 biji lemon | ambil jusnya

2.5kg gula pasir
2.5ml air
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat orange marmalade; Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
- Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seranya tadi sehingga selesai.
- Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem. Simpan di tempat yang sejuk dan redup. Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehnigga tutup botol jem dibuka.
BAHAN UNTUK SCONE OREN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
- Untuk membuat scone; Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi.
- Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
- Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
- Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
- Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
- Enak dimakan bersama Scone oren.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hanya 4 Bahan Buat Cek Mek Molek Kelate, Sedap Make Panas-Panas Gula Tubik Meleleh!

Isi Kandungan
ToggleTak sangka mudah je nak buat kuih tradisional Cek Mek Molek ni. Rasanya lemak manis sesuai sangat mak-mak boleh sediakan untuk hidangan minum petang waktu anak-anak cuti sekolah nanti. Hanya perlukan 4 bahan utama, makan panas-panas memang sedap!
Ikut cara buat kuih tradisional Cek Mek Molek oleh SYa-hAn Farhan Ghani ini.
“Cek mek kelate in the house. Simple tapi sedap.Perut bunyi sokmo time hujan, tak tahu nok make gapo buat jerrr kuih hok paling sene ngan mudoh.Sedap make panas-panas dengan gula meleleh tubik”.
Bahan-Bahan:
4 biji Ubi stelo/keledek kuning oren sederhana besar
Secawan tepung gandum
gula pasir
1 sudu kecil baking powder
Cara Membuat:
1.Rebus ubi keledek sampai empuk letak sedikit garam. Saya guna ubi kuning sebab manis.
2.Lenyek dengan batu lesung sambal mudah kan.
3.Bubuh tepung gandum + 1 sudu kecik baking powder.Tepung agak-agak jer jangan lebih nanti keras waktu sejuk.
4.Uli sampai tak melekit dekat tangan.
5.Minyak untuk mudahkan time nak menggentel dan sedikit gula bubuh dalam kuih cek mek.
6.Haaa gini. Leperkan doh, letak gula 1 sudu kecil.
7.Pastu bentuk bujur gitewww.
8.Goreng laaa dulu cek mek sampai keperangan dan baru boleh makan.

Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Masa nak leperkan doh (kuih) jangan nipis sangat dan agak-agak muat dengan kuantiti gula yang diletak. Gentel perlahan-lahan dan goreng dalam minyak panas macam biasa. Dah kuning agak-agak perang dah boleh angkat.
MW: Mak-mak kena cuba buat sendiri kuih cek mek molek ni di rumah.Sesuai sangat buat musim cuti sekolah nanti, anak-anak ada di rumah perut pun selalu lapar. Nak buat pun mudah je, hanya guna 4 bahan.
Sumber: SYa-hAn Farhan Ghani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Puding Triffle CANTIK, Sangat Sedap & Senang Nak Buatnya!

Isi Kandungan
TogglePuding Triffle ni rupanya bukan sahaja cantik, malah sangat sedap dan senang nak buatnya. Meskipun ada 4 lapisan iaitu kek span gulung, kastard, buah-buahan dan agar-agar namun cukup mudah disediakan dan sesuai dinikmati sebagai pencuci mulut. Apatah lagi dimakan sewaktu sejuk-sejuk.
Boleh cuba resipi Puding Triffle sedap yang dikongsikan oleh Puan Norrishah Durrah Shaari ini.
My adik request nak Puding Trifle ni. So, as a sister kita buatkanlah. Ada penggemar Puding Triffle ni tak? Senang jer buat dia. Ada resepi dekat setiap gambar, cara sayalah. Bagi kawan-kawan yang belum pernah buat boleh try buat.
Bahan-Bahan:
Lapisan Pertama:
Kek Span Gulung
Lapisan Kedua (Kastard):
1 tin susu cair
1 tin Air (Guna tin tadi)
3 Sudu besar tepung kastard
3 sudu gula
Lapisan Ketiga (Buah-Buahan):
Buah Segar (potong kecil)
cocktail fruit dalam tin
Lapisan Keempat (Agar-Agar):
1/4 peket agar-agar tali
2 cawan air
2 sudu gula
Cara Membuat:
1.Beli kek gulung dekat kedai dan potong-potong dia bagi sama saiz tau. Kemudian susun dalam mangkuk macam ni.
2. Kemudian kita buat layer yang kedua. Campurkan semua bahan-bahan dan kacau sampai pekat.Bila dah keluar macam letupan kecil, terus tutup api. Kacau sebati kemudian curahkan ke dalam bekas kek kita tadi.
3. Ratakan dengan kemas.
4.Ni buah-buahan yang saya guna plus dengan cocktail fruit tadi. Tak habiskan 1 tin tu pun sikit je ambil.
5.Kemudian kita susun, tekan sikit buah-buahan tu. Biar masuk ke dalam supaya bila kita letak agar-agar nanti tak timbul buah-buah tu.
6.Nilah ghupenya..close up.
7. Lapisan terakhir yang atas sekali kita curahkan agar-agar.Cara buat agar-agar tu terpulang pada anda. Ada yang suka guna agar-agar serbuk tapi saya guna agar-agar tali je lebih buat agar-agar hari tu. Tak perlu guna banyak, saya kerat agar-agar tali tu jadi pendek dalam 1/4 peket macam tu. Didihkan air, masukkan agar-agar tadi dan letak sikit gula dalam 2 sudu. Kacau agar-agar sampai larut, selepas itu tapis dan curahkan agar-agar tu ke atas buah-buahan tadi.

8.Biarkan sejuk sekejap dekat luar, kemudian masukkn dalam peti ais. Siap!
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Bukan Kek Batik Tapi Puding Biskut Marie Sedap, Wanita Ini Kongsikan Resipinya!
Cara Buat Puding Karamel Agar Jadi Licin, Lembut & Sedap, Pasti Jadi!
MW: Semoga perkongsian resipi Puding Triffle ini bermanfaat. Memang senang sangat nak buatnya. Boleh cuba di rumah nanti.
Sumber: Norrishah Durrah Shaari
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI