Sos cili boleh dikatakan salah satu keperluan barang dapur wajib beli setiap bulan, sebagai sos pencicah untuk keropok lekor, keropok goreng, ayam goreng,nugget, sosej, mee hoon dan sebagainya. Sebenarnya, kita juga boleh buat sos cili untuk kegunaan sendiri di rumah, malah boleh juga dikomersialkan untuk dijual.
Namun kena tahu formula sukatan untuk hasilkan sos cili sendiri, boleh cuba panduan yang dikongsikan oleh Chef Azry Ahmad ini sebagai rujukan.
Ada beberapa produk makanan komersial yang boleh dihasilkan diperingkat awal hanya dengan peralatan asas di dapur. Yela kurang-kurang senduk dengan kuali mesti ada khennn? Takkan nak tunggu geran.
Disertakan formula kadar sukatan dalam penghasilan sos cili.
KAEDAH :
1. 50% air dari sukatan digunakan untuk kisar cili baki 50% dicampur dengan semua bahan lain.
2. Campur cili kisar dengan semua bahan dalam kuali. Kacau sebati kemudian buka api… Biar hingga mendidih.
3.Sedia untuk dibotolkan.
Selamat mencuba.
Kalau dah jadi tokey sos besok jangan lupa amik saya jadi menantu..
“Kamulah yang paling layak menjaga anak papa dan mewarisi rangkaian bisnes papa”…
-Papa Semenggah Holdings
Ads
Info Ekstra!
Kanji tu tepung jagung.
Kanji, acid dan sodium ada dijual di sesetengah kedai bahan kek. Kalau takde kena cari kedai yang jual food Chemical.
Asid Asetik menghadirkan rasa masam, tu la yang orang kita panggil sebagai ibu cuka. Nak mudah beli Di sini : https://invol.co/cl5qgqr
Mingguan Wanita :Menariknya! mak-mak boleh cuba buat sendiri sos cili di rumah, tak perlu beli lagi. Lebih menjimatkan, malah terjamin kebersihannya. Ikut formula sukatan yang dikongsikan ini, boleh juga dibuat jual selain untuk kegunaan sendiri.
Rupanya simpan cili besar dalam botol mineral, salah satu cara supaya ia kekal segar dan tahan lama. Bukan apa, cili antara sayuran yang cepat lembik dan busuk jika salah cara penyimpanannya. Ikut tip ini ia dapat bertahan lama berbulan-bulan dan tak cepat rosak.
Ini pengalaman dan cara simpan cili yang dikongsikan oleh Puan Has Linda sebagai panduan.
Jiran berkebun tuai berkilo kilo cili besar.Dia beri saya cili bulan Januari. Saya letak dalam botol mineral dan simpan dalam peti sejuk. Sekarang dah hampir 8 bulan, semuanya masih segar. Tips untuk simpan cili besar agar tahan lama.
Lepas cuci cili, toskan dulu bagi kering baru masuk dalam botol bertutup.
Tak perlu letak air dan letak ruangan ‘chiller’ sahaja ruangan sayuran. Bukan dalam sejuk beku (freezer).
Selain cili besar,boleh simpan cili api juga.
Info Ekstra!
Satu lagi cara simpan cili dengan 2,3 ulas bawang putih dalam bekas. Kemudian tutup dengan tisu dapur. Ia mampu tahan lama dan tak mudah rosak.
Cari bekas yang kedap udara, sayuran lain pun akan tahan lama.
Halia, bawang pun boleh simpan begini. Dijamin masih segar dan cukup jimat belanja dapur.
Mingguan Wanita:Bolehlah cuba tip simpan cili dalam botol mineral ni nanti. Memang elok kekal segar, tahan berbulan-bulan.Jimat belanja dapur, tak rosak atau lembik.
Membeli barang basah dengan makanan dalam tin memang banyak bezanya. Bezanya, makanan dalam tin hanya perlu panaskan, kalau nak sedap makmak boleh tambah bahan perencah lain. Kalau makanan basah, kena bersihkan dan sediakan bahan-bahan yang ingin dijadikan hidangan pula.
Dalam keadaan sekarang ini, pilihan makanan dalam tin, mungkin jadi keutamaan mak-mak. Lebih-lebih lagi, bila perlu kejar masa, mak-mak main capai je apa yang ada di depan mata tanpa melihat dengan teliti makanan dalam tin yang diambil.
Balik ke rumah, barulah perasan, barang yang dibeli ada kemek sedikit, tarik luput yang tak jelas dan sebagainya.
Mahu tukar balik, macam buang masa sahaja. nak tak nak pakai ajelah. Bagi mak-mak yang begitu teliti dan prihatin tentang kesihatan, jalan terbaik, buang. Inikan dah satu lagi kerugian.
Ada beberapa perkara atau tip yang boleh mak-mak perhatikan betul-betul tentang makanan dalam tin. Bukan sahaja melihat ketelitian keadaan barangan ini tetapi kena teliti daripada semua aspek.
Semasa membeli, mak-mak kena perhatikan label pada pembungkus makanan. Walaupun kadang-kadang mak-mak hanya melihat senarai yang sudah siap ditulis dari rumah tetapi ada juga nafsu keinginan untuk mencuba produk lain. Sudahnya, mak-mak kena lihat dulu mutu barangan tersebut dan tarikh akhir yang tertera.
Roti, susu, coklat, minyak masak adalah makanan yang wajib ada. Jadi, semasa membeli ada beberapa panduan yang mak-mak kena tahu.
*Baca bahan yang terkandung dalam pembungkus makanan untuk memastikan tahap kolesterol, karbohidrat, lemak, gula dan garam.
Elakkan membeli makanan dalam tin yang berkarak, kemek atau menggelembung.
Pastikan makanan yang mak-mak beli dalam keadaan baik dan belum tarikh akhir yang ditertera.
Jangan sesekali membeli makanan yang tamat tempoh walaupun dijual pada harga yang lebih murah. Bimbang makanan itu sudah rosak dan boleh membahayakan kesihatan keluarga.
Akhir sekali, baca dengan teliti arahan cara menyimpan yang telah tertera pada label. Ini untuk mengelakkan makanan jadi rosak sebelum tamat tarikh akhir.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pernah tak kita atau ahli keluarga tiba-tiba sakit sebaik balik bercuti? Tahu tak selain faktor cuaca,tabiat kita di tempat percutian juga boleh menjemput penyakit atau ‘benda mengikut’?
Saya teringat pertemuan dengan Dr. Anitawaty Mukhtar, pengasas Kastury Anticeptic pada Ramadan lalu. Sempat juga kami bercerita topik hot di kalangan mak mak tak lain tak bukan tentulah soal kesihatan ketika bercuti.
Sambil membelek-belek penyembur antiseptik Kastury, saya teruja bila beliau memaklumkan bahawa ia dihasilkan daripada bahan-bahan yang Rasulullah SAW sarankan iaitu yang masam dan masin. Masam seperti air limau dan masin seperti air garam.
Kombinasi limau kasturi dan pati ros ini telah dibawa ke makmal untuk kajian dan memang terbukti membunuh pelbagai kuman berbahaya! Baunya pun segar, jadi memang sesuai sangat dijadikan aromaterapi dan menghilangkan bau hapak secara semula jadi.
Sebagai Pakar Pergigian Rohani Islam dan ibu kepada 3 cahaya mata, Dr. Anitawaty turut menyampaikan 4 tip sihat kala bercuti ini kepada followers Mingguan Wanita. Rasanya mak mak memang patut pegang tip ini supaya musim raya lebih menyeronokkan.
Tip Dr. Anitawaty
(1) Kalau sakit jangan berubat dengan pawang
Nak berurut pun jangan sembarangan lebih-lebih lagi kalau si pengurut terkenal pandai sembuhkan itu ini. Dikhuatiri ilmu mereka itu melibatkan perantara. Lebih baik berurut sendiri atau mintak suami tolong urutkan.
(2) Kalau bercuti di tempat peranginan, cuba elakkan mandi di pantai dan sungai.
Selain bahaya, anak-anak gerenti pulang dengan demam, batuk atau selesema. Dalam Islam, ada adab kalau nak mandi di tempat-tempat begini, contohnya kita azan dan sembur asid formik. Jangan bawa balik apa-apa dari situ walaupun cantik, contohnya batu atau kerang-kerangan.
(3) Jangan beli pakaian bundle.
Ada kemungkinan jin ‘mengikut’. Malah kita pun tak tahu siapa pemakainya, tahap kebersihan dan kesihatannya, cara basuhannya juga meragukan. Lebih baik beli saja baju baru yang murah. Lebih terjamin macam tu.
(4) Kalau bercuti di tempat eksotik, jangan beli cenderahati di sana.
Kebanyakannya berjampi. Cara nak detect, simptomnya kita tengok sesuatu barang tu cantik sangat walhal biasa-biasa saja. Kalau suka sangat, berhati-hati dan jangan beli.
Saya rasa kebanyakan daripada kita memang tak tahu kesan-kesan di atas boleh memudaratkan diri. Semoga dengan pesanan ini, semua lebih berhati-hati di tempat percutian dan jangan teruja sangat bersuka ria!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ibu ayah risau keselamatan di sekolah. Susulan kejadian pagi tadi tiada siapa menyangka hari persekolahan biasa itu akan berakhir dengan tragedi yang meragut nyawa...