Namun demikian, bukan semua orang faham dan yakin nak buat penukaran kad debit secara online. Jika nak guna cepat, boleh terus dapat kad, boleh cuba cara mudah, terus sahaja ke kiosk penukarankan kad debit di lokasi yang terpilih.
Begini caranya;
1. Hadir ke mana-mana cawangan Maybank yang mempunyai Kiosk Kad Debit (rujuk senarai di bawah).
2. Pergi ke Kiosk di bahagian ATM bank dan pilih Bahasa.
3. Masukkan kad debit yang ingin ditukar dan masukkan no. pin.
Ads
4. Pilih jenis / corak kad baharu yang diinginkan.
5. Letakkan Kad Pengenalan (MyKad) ke dalam mesin. Selepas itu imbas cap jari di mesin kiosk tersebut. (Jangan angkat sebelum diarahkan di skrin).
6. Tunggu seketika untuk mesin memproses maklumat.
7. Sila ambil kad debit baharu yang akan dikeluarkan dan telah diaktifkan (sedia diguna). Pengguna boleh juga memilih untuk mencetak resit bagi transaksi.
Mingguan Wanita:Jadi buat yang nak cepat dan mudah, dan boleh terus dapat, boleh tukar kad debit terus di kiosk berdekatan. Tak perlu tunggu bank hantar ke rumah memakan masa yang agak lama.
Ads
Sumber:Mysumber
Ini pesanan Raja Azura, jangan malu bergelar janda.
Setiap kali bagi kampung atau bercuti ke mana-mana destinasi, ada caranya untuk travel bersama si ‘anak bulus’. Bukan apa ia bagi memudahkan urusan dan dan dapat mengelakkan kucing daripada rasa ‘stress’ sepanjang perjalanan tersebut. Lebih-lebih lagi jika berlakunya kesesakan di jalan raya dan mengambil tempoh yang lama untuk sampai ke destinasi yang dituju.
Ramai bawak kucing balik kampung kan nanti, Jadi ni ialah video Tips Travel Bersama Kucing dari Johan. Semoga membantu untuk memudahkan perjalanan bersama anak bulus okay.
Pastikan Carrier kucing sesuai dengan saiz kucing untuk memberi keselesaan sepanjang perjalanan.
Bagi kucing makan siap-siap, kemudian puasakan dia selama 8 jam sebelum memulakan perjalanan, supaya kucing tak mabuk. Air boleh kecualikan.
Penting alaskan carrier dengan potty pad bagi memudahkan, jika kucing terbuang air semasa perjalanan.Jangan lupa bawa potty pad ekstra untuk gantikan bila dah kotor.
Boleh gunakan Calming Home Spray untuk membantu mengurangkan ‘stress’ kucing di dalam perjalanan dan membantu kucing lebih relaks.
Bawa sekali picagari untuk suap air pada kucing dari masa ke semasa.Bagi memastikan kucing kekal ‘hidrat’ sepanjang perjalanan.
Bila dah sampai ke kampung atau destinasi yang dituju, boleh ‘set up’ travel cage.
Kalau nampak kucing korang terjelir-jelir lidah macam anjing waktu travel tu, tu ialah simptom normal kucing tengah nervous jadi tak perlu panik okay.
Part puasakan kucing, Kalau tiba-tiba jem masa on the way tu, lepas tu dah drag sampai lebih dari 12 jam, boleh alaskan perut kucing dengan treats atau boleh bagi Nutrilick sebab hadam lebih cepat.
Dekat kampung nanti, make sure kucing ada space dia sendiri, boleh bawak cage or macam dalam video last skali johan tunjuk Pet Tent yang senang nak bawak ke mana-mana.
Sebab bila dia dekat environment baru kucing perlu masa untuk settle down. Jadi dia perlu rasa selamat dengan space dia. Bila kucing takde space sendiri and tak biasa environment tu boleh jadi dia akan cari jalan untuk escape,kang hilang tak pasal.
Mingguan Wanita:Jadi buat mak ayah si anak bulus, kalau nak bawa sekali balik kampung dan perjalanan jauh, ikut tip yang dikongsikan ini iya sebagai persediaan.
Memang ada benarnya, jika berhasrat untuk membina rumah di tanah kosong, perlu ambil kira dan mempertimbangkan asas orientasi rumah tersebut. Jangan tergesa-gesa untuk mereka bentuk rumah mengikut citarasa sendiri tapi terlepas pandang beberapa aspek penting ini.
Perkongsian daripada Tuan Azari Mat Yasir, Pensyarah Kanan Program Senibina, Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia ini boleh dijadikan panduan.
Antara soalan popular di grup Tukang Apa Hari Ini ialah “Macamana nak mula design rumah sendiri di atas tanah kosong?”. Respon tipikal biasanya terdiri dari “Berapa bajet?” dan “Area mana?”, termasuklah “Ini contact saya, bila-bila ready, ONZ”.
Aku tahu kemusykilan yang timbul di kalangan bakal pemilik rumah biasanya berkisar pada “adakah aku membuat keputusan yang betul?”.
Jadi kat sini aku nak kongsikan antara benda-benda asas yang seorang arkitek akan bantu ketika mereka bentuk rumah idaman anda – menentukan orientasi (arah/hala) rumah anda.
Kalau kat negara-negara di hemisfera utara/selatan, mereka memang gemar mengadap matahari. Ini kerana iklim mereka yang sejuk dan mendapat matahari terik pada musim panas sahaja. Tapi kita di khatulistiwa, kalau boleh nak lari dari matahari ni.
Rumah yang mengadap matahari terbenam akan terlajak panas. Walaupun kita hadang dengan dinding, nanti dinding tu sendiri menyerap haba dan menjadi radiator pada waktu malam. Tu pasal kekadang rumah kita bahang sampai ke tengah malam (walaupun semua orang solat tak pernah tinggal ).
Ini dah jadi kebiasaan orang Malaysia, rumah mesti nak mengadap jalan masuk. Padahal ini bukan amalan tradisi kita. Banyak rumah-rumah kampung sebenarnya tak mengadap jalan masuk pun. Habis, dari mana datang pesen ni?
Dari kebiasaan melihat rumah teres. Semua rumah teres memang mengadap jalan. Ini untuk membolehkan developer memaksimumkan ruang yang ada untuk menjual seberapa banyak unit rumah pada tanah yang ada. Jadi susunan yang efisien bermakna rumah kita mengadap jalan, dengan pintu pagar dan porch tercatuk di depan rumah.
Soalan saya: Seronok ke duduk rumah mengadap kereta? Kenapa tak mengadap laman atau pemandangan yang cantik?
Jadi bila kita design rumah sendiri di atas tanah kosong dan lapang, fikirkan aspek ini. Kita tak perlu mengadap jalan raya!
Bila buat rumah, jangan tengok pelan sahaja. Arkitek memang dah fasih dan faham tentang ‘respon kepada konteks’. Tapi ia jarang dibincangkan dengan klien, hinggakan ia kerap dianggap sebagai ‘specialised, elitist knowledge’. Benda ni simple aje sebenarnya.
Cuba fikir, bila bangun pagi dan bukak tingkap, kita nak mengadap apa sebenarnya? Pemandangan bukit bukau berbalam-balam, atau bas sekolah kepunyaan jiran yang tengah panaskan enjin dengan asap berkepul-kepul?
Bila kita ada tanah, lihat sekelilingnya. Kalau boleh duduk (berkhemah) di tanah tu seminggu, perhatikan apa yang berlaku di sekelilingnya. Pastikan tak ada silau dari bangunan jiran dan elakkan design yang membolehkan jiran menjenguk ke dalam rumah kita dari balkoni dia (kecuali kalau korang memang suka, yang tu aku tak nak campur hahah).
4. AGAMA / SPIRITUALITI
Ini pun penting juga. Ada orang bermatian-matian nak rumah dia mengadap kiblat. Sebenarnya tak wajib mengadap kiblat, cuma ia memudahkan nak berjemaah kalau ruang tu selari dengan kiblat. Bukan seluruh rumah kena hadap kiblat, cukuplah satu dinding/ruang yang selari atau serenjang dengan kiblat. Islam itu mudah.
Begitu juga dengan aspek-aspek lain. Ada orang percaya dengan Feng Shui. Aku tak percaya, tapi aku tahu macamana nak design dengan Feng Shui. Kenapa aku belajar Feng Shui? Pasal kalau rumah tu ikut/mesra Feng Shui, boleh jual lagi mahal maaa.
Ini tak payah cerita banyak. Kalau tanah kau mengadap tasik, maka itulah orientasi rumah kau. Tak kiralah ia membelakangkan jalan ke, rumah jiran ke, balai polis dan sebagainya, pemandangan yang indah tak dapat dinikmati oleh semua orang. Sekurang-kurangnyanya, di masa akan datang boleh dijadikan homestay dengan ciri-ciri yang menarik!
Tapi tolong bincang dengan arkitek untuk memanfaatkan pemandangan yang cantik. Membuat balkoni supaya boleh jenguk awek rumah sebelah TAK KIRA!
Ini soalan yang anda kena tanya pada diri sendiri. Bukan semua ini sama penting, dan bukan semua orang mempunyai kehendak yang sama. Malah, tanah-tanah yang ada ni pun berbeza-beza kehendaknya.
Di sini, perbincangan dengan arkitek amat penting untuk memanfaatkan tanah yang ada. Beritahu dia apa yang penting untuk anda, apa yang tak perlu ditekankan. Nanti pandailah dia design beberapa cadangan untuk kita pilih.
Rumah yang kita bina bukan untuk duduk 2-3 tahun.Rancanglah 20-30 tahun akan datang. Arkitek boleh design semua tu, itu memang kepakaran arkitek. Semua dah termasuk dalam fi haha! Sebenarnya ada banyak tugas arkitek ni, tapi ini secebis sahaja.
Banyak lagi aspek design yang perlu dititik-beratkan. Contohnya, rekaletak bangunan, susunatur ruang, kemudahan sirkulasi, pencahayaan, pengudaraan, keselesaan termal, jangkahayat penggunaan bangunan, keselamatan dan macam-macam lagi.
Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh pemilik-pemilik tanah yang bakal membina rumah satu hari nanti.
Mesti Baca:Habis Bayar Ansuran, Jangan Ingat Rumah Terus Jadi Milik Kita!
Artikel Menarik:Akibat ‘Renovation’ Rumah Secara HARAM, Siap Sedia RISIKO Kena Tanggung Nanti!
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada tanah kosong dan merancang nak bina rumah, jangan tergesa-gesa. Fahamkan dulu asas orientasi rumah yang ingin dibina dahulu.
Kalau ke Pahang, rasanya tidak lengkap kalau tidak pekena ikan patin masak tempoyak. Boleh kecur air liur. Rasa berlemak ikan itu boleh buat makan nasi pun bertambah-tambah.
Tapi yang boleh ‘potong selera’ kesedapan ikan patin ini bila ada bau hanyir dan lendir yang masih melekat pada ikan tersebut. Mungkin juga cara masak pun penyebab bau hanyir tak hilang-hilang.
Ada tip mudah untuk mak-mak yang masih tak tahu macam mana nak hilangkan bau hanyir ikan patin ini. Rupanya, kena buang urat putih yang ada di bahagian tengah isi ikan tersebut.
Inilah yang dikongsikan oleh Arliya Selamat dalam video tiktoknya.
.
.
Semasa siang ikan, cari bahagian tengah isi ikan dan kelihatan urat berwarna putih. Buang urat tersebut. Insya Allah, tiadalah rasa hanyir lagi.
Sumber: @arliyaselamat (tiktok)
Selain buang urat putih pada bahagian tengah ikan patin, ada juga cara lain untuk hilangkan hanyir.
Cara 1:
1 cawan tepung gandum
3 sudu besar garam kasar
Selepas bersihkan ikan, letakkan tepung gandum dan sedikit garam. Isi air sehingga paras ikan. Biarkan selama 15 minit. Air akan berubah warna dan basuh sehingga bersih.
Cara 2: Ambil beberapa helai daun jambu baru. Gaul dan ramaskan bersama air. Masukkan ikan ke dalam bekas tersebut. Cuci bersih.
Mingguan Wanita : Kalau pergi ke Pahang, memang tak pernah miss pekena ikan patin tempoyak ni.
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.