Jagung rebus memang sedap, apatah lagi makan panas-panas. Ada cara untuk rebus jagung agar elok cantik tak kecut, macam beli dekat pasar malam. Bukan apa, walaupun hanya rebus jagung, kalau salah caranya ia jadi keras, kecut dan tak sedap.
Boleh cuba tip dan cara yang dikongsikan oleh Puan Wan Ros Ina Lina ini.
Sebelum ni masak asyik tak jadi je jagung ni. Selalunya dah siap rebus dia jadi keras, kecut dan tak sedap. Tak macam yang kita beli kat pasar malam kan.
Sekarang kakak dah pandai dah rebus jagung.Happy sangat sebab menjadi dah sebijik macam yang beli dekat pasar malam.
Tengok lah isinya tu cantik kan.. kan? Sedap pun sedap, gebu gebas isi dia.
Buat pengetahuan semua, jagung akak ni bukan jagung muda..ni jagung tua dah.
Ni resepi dan cara rebus jagung.
1. Jagung dibersihkan, buang kulitnya tapi jangan buang semua. Tip penting, tinggalkan selapis atau 2 lapisan kulitnya.
2.Jangan potong jagung tu, biar sebiji-sebiji macam tu.
3.Rebus air dalam periuk yang besar (agak-agak boleh muat jagung yang nak direbus).
4.Bila air dah mendidih, baru letak jagung satu persatu. masukkan gula sikit.
5. Rebus jangan lama dalam 10 hingga 15 minit dah masak. Dah masak baru masukkan garam .Siap!
Ads
Insyaallah kalau ikut cara ni jagung tak akan kecut sampai esok.
Kulit telur mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dalam menyuburkan tanaman dan pokok-pokok di rumah. Daripada dibuang begitu sahaja, kulit telur boleh dijadikan baja semulajadi dan mampu menguatkan untuk pokok. Namun ada caranya untuk buat kulit telur kisar ni, malah perlu ditabur pada pokok seminggu sekali.
Nak tahu caranya, fahamkan perkongsian daripada Puan Liyana Mohd Poadini sebagai rujukan;
Ini kulit telur yang telah saya tumbuk kasar.Basuh dulu bersih bersih luar dan dalam sebelum dikeringkan selama sehari.Selepas betul-betul kering baru ditumbuk.
Saya tak kisar halus supaya dapat menghalang serangga tanah daripada datang. Sakit kalau kene kulit telur yang tajam ni. Boleh juga dikisar sehingga halus supaya lebih cepat mnyerap ke dlam tanah. Dalam 8 biji telur jugak ni.
Banyak ni aje hasilnya.Hanya cukup untuk 3 pokok.
Kulit telur kaya dengan kalsium, fosforus,kalium dan magnesium yang dapat membantu.
Mengurangkan simptom bunga gugur.
Menguatkan akar.
Tangkai kuat.
Sebagai baja semulajadi.
Bunga lekat dan membentuk buah.
Menghalang serangga perosak.
Caranya :
Tabur keliling pokok seminggu sekali. Saya selalu tabur pada pokok cili dan tomato yang sedang rancak berbunga dan berbuah.Kesan boleh dilihat seawal 10 hari.
Mingguan Wanita : Menarik tip ni. Banyak khasiat kulit telur pada tanaman rupanya. Daripada dibuang begitu sahaja, elok tabur pada tanaman sebagai baja semulajadi agar pokok lebih subur dan masalah serangga perosak pun tiada.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Kulit telur mempunyai banyak khasiat yang tersendiri dalam menyuburkan tanaman. Daripada dibuang begitu sahaja,sebenarnya kita boleh hasilkan ‘Tepung Calcium’ daripada kulit telur ini. Ia dapat menguatkan akar, dahan, menyuburkan daun-daun dan mencantikkan lagi pokok-pokok di rumah. Namun ada caranya untuk menghasilkan’Tepung Calcium’ daripada kulit telur kisar ini.
Boleh cuba cara terbaik yang dikongsikan oleh Cikwan Redzuan Jelaniini sebagai panduan.
Cerita sini habis sini ye sedare!! Rahsia ní
Ni la sumber penting untuk tanaman, penguat akar, batang, dahan dan ranting. Bila akar kuat, dahan kuat baru lah pokok cantik, daun subur! Sebab pokok cukup makan.Sisa dapur je sedara. Lockdown, Pkp ni yang mana anak-anak ramai, seminggu sepapañ telur dah tentu habis.
Geng-geng organic sanggup beli/ mintak kulit telur ni kat kedai-kedai makan.Sekilo RM5 cengkerang yang belum diproses! Manakala yang dah siap proses kalau dapat harga bawah RM50 sekilo jangan mintak kurang. Beli je terus, sebab nak tunggu dia proses tu makan masa.
Sama macam benih durian belanda, kenapa mahal? Kena tunggu paling cepat 4 bulan baru dia tumbuh lepas disemai. 6 bulan baru dapat tinggi sekaki. Kebanyakkan orang yang tak sanggup tunggu, dia ingat benih durian belanda dia rosak, tak tumbuh-tumbuh katanya.
Tepung Calcium
12-14 papan kulit telur boleh menghasilkan sekilo tepung calcium. Bergantung pada gred/ ketebalan cengkerang tapi tak kisahlah sebab itu anggaran kasar je.
Ada yang pecahkan cengkerang tadi terus letak dalam pasu. Untuk pokok orkid, boleh je tak jadi masalah pun. Cuma penguraian semulajadi cengkerang tadi amik masa yang agak lama.
Saya pernah buat eksperiment cara macam tu. Tanam pokok lidah jin. Pecah-pecahkan cengkerang, letak dalam pasu, lapiskan dengan tanah, buat beberapa lapisan.
Selepas setahun pokok tumbuh dan penuh dalam pasu. Sewaktu keluarkan dari pasu, saya tengok majoriti akar membelit cengkerang tersebut. Seolah tak nak lepaskan cengkerang. “Ni aku punya” tak boleh share” gitulah keadaan akarnya.
Yang terbaik caranya;
1. Jemur cengkerang telur tadi sampai bebetul kering. Iaitu sehingga kulit telur berubah warna dari coklat keputihan.
2. Bila dah kering, kulit akan lebih rapuh dan senang untuk dipecahkan. Ramas-ramas je.krap krup krap.
3. Kalau kuantiti sikit, boleh tumbuk je dengan lesung batu. Kalau kuantiti banyak kena guna pengisar kering. Kalau ada yang heavy duty lagi baik.
4. Kisarlah sampai jadi tepung, halus mulus. Masukkan dalam bekas tulis nama dia “calcium pokok” simpan dalam stor kebun. Takut letak kat dapur orang ingat tu tepung gandum.Nayaaa.
Cara guna ada 2 kaedah:
1. Tabur terus ke tanah/ campurkan dengan tanah semaian.
2. Campur dengan air hujan/EM yang diperbuat dari buah buahan/sayuran dan peram sekurangnya 2 minggu dalam bekas yang bertutup. Sebelum guna, kacau sebatian dan tapis, ambil air baja ni tadi 10 ml dicampur dengan 1 liter air. Siram kat pokok.
Info Ekstra!
2 tahun diperlukan untuk cengkerang ni terhurai sepenuhnya.Tu kalau tak top up. Kalau selalu topup, tak kan habis la stok baja calcium ni sampai bila-bila selagi bertani.Dengan kenaikan kos input pertanian hampir 200% sekarang ni, kena ada alternatif lain untuk jimatkan kos!
Mingguan Wanita:Begini rupanya cara terbaik nak buat ‘Tepung Calcium’ dari kulit telur. Daripada dibuang begitu sahaja, boleh digunakan untuk kuatkan akar, dahan dan suburkan pokok-pokok yang kita tanam.Boleh cuba nanti.
Cili kisar antara bahan yang selalu digunakan dalam masakan dan dijadikan stok untuk memudahkan memasak. Bukan apa proses nak buat cili kisar ni agak renyah daripada menggunting,merebus hinggalah mengisar cili. Stok cili kisar yang dah dibuat kemudiannya disimpan dalam peti sejuk.
Namun entah di mana silapnya, selalunya cili yang dibuat tak tahan lama, mudah rosak, berbau masam dan berkulat. Memang kita boleh beli cili kisar yang dijual di pasaran namun pastinya mempunyai bahan pengawet yang kita sendiri pun tak pasti kandungannya.
Sebenarnya nak hasilkan cili kisar yang tahan lama sehingga 3 bulan tak berkulat untuk dijadikan stok ada caranya. Boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Puan Roazura Bahari ini.
Sebelum ni jenuh buat cili kering kisar untuk simpan buat stok, tak sampai seminggu dah berkulat.Ok jom saya nak share bagaimana cara nak buat stok cili kisar yang tahan 3 bulan tanpa bahan pengawet.
Bahan-Bahan Diperlukan:
Cili kering
Minyak Masak
Garam Kasar
Air Asam Jawa/cuka
Cara Membuat:
1 .Potong 2 cili kering dan rebus.
2.Selepas rebus sejukkan, buang biji dan masukkan cili kering dalam mesin pengisar.
3. Tambah garam kasar, minyak masak ,air dan air perahan asam jawa (sukatan agak sendiri ikut banyak mana cili). # air perahan asam jawa boleh juga gantikan cuka jika tiada alahan pada cuka.
4. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.Guna bila perlu.
Cili kisar ni tahan 3 bulan.Masa nak masak nanti just balance kan jer dengan bahan lain.
Nanti saya share bagaimana nak buat bahan perisa sama macam pak ajinomoto ,yang penting bahan senang dapat dan ianya menyihatkan dan menyedapkan masakan.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika selalu buat stok cili kisar asyik rosak, berbau masam dan berkulat, boleh cuba tip yang dikongsikan ini barulah boleh tahan selama 3 bulan.
Sumber: Roazura Bahari
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.