Perempuan memang kalau dengan suami, dia suka bercakap. Segalanya dia ingin luahkan pada suami agar sang suami memahami perasaannya. Sebenarnya dia ingin meluahkan sahaja, bukannya ingin cari jalan penyelesaian.

Suami pula berbeza, bila isteri mula bercakap, dia labelkan isteri kuat berleter. Lagi satu bila isteri mengadu atau meluahkan perasaan dikatakan isteri mahukan jalan penyelesaian. Sudahnya isteri jadi bingung mahu bercerita pada siapa. Oleh itu gunakan cara ini untuk meluah pada suami tetapi tidak dilabel sebagai berleter.

Ikuti perkongsian, Dr Saidatul Husna :
Seorang wanita berjumpa saya, mengadu dunia perkahwinannya yang semakin hambar. Satu demi satu dia luahkan.
Saya dengar saja ceritanya. Biasalah orang perempuan ni ‘talkative’. TERAPI mereka ialah dengan berbual-bual.
Selepas wanita ini mencurahkan hasrat hati dia kepada saya, lega sungguh raut wajahnya. Senyuman pun sampai ke pipi. Muka yang tadinya keruh kembali berseri seri seperti ada sinaran lampu menyinar dari ubun-ubun.
Timbul rasa kesian pada wanita ini kerana jelas dari ceritanya, dia jarang berkomunikasi dengan suami.
Dia banyak memendam. Risau juga kerana jika berterusan, cara begini bahaya untuk jiwanya, bimbang meletus di kemudian hari.
Bagi seorang isteri, ada masanya mereka sangat perlukan suami yang dapat mendengar luahannya dengan penuh perasaan (active listening). Tiada penyelesaian tidak apa. Hanya mendengar sahaja.
Jadi apabila suami jarang jarang mendengar, kebanyakan isteri begini mudah kecewa dan memilih cara untuk memendam sahaja.
Sebenarnya ujian rumah tangga hari ini berlaku kerana kurangnya skil komunikasi antara pasangan.
Sifat isteri mahu bercerita dan didengari. Sifat lelaki pula sentiasa mencari solusi.
Jadi isteri yang meluahkan hasrat hati kemudian suami pula memberi jalan keluar membuatkan komunikasi tergendala kerana bukan semua cerita perlukan penyelesaian.
Akhirnya wanita rasa diri tidak didengari dan memendam rasa kerana dilabel asyik berleter dan tidak menghargai jalan penyelesaian yang diberikan oleh suami.
Aduh tepuk dahi.

IKLAN

Tip Bercerita Pada Suami

Mari saya kongsikan tip untuk isteri yang mahu bercerita kepada suami tetapi tidak mahu dilabel sebagai leteran.

IKLAN

1) Fokus pada perkataan yang nak diceritakan saja.
2) Katakan abang tak perlu respon apa-apa tau.
3) Abang dengar saja.
4) Saya sekadar nak luah saja.
5) Bila saya luah, saya lebih lega.

Dialog di atas membantu suami bersedia untuk mendengar cerita isteri. Suami lebih relaks dan tidak terbeban untuk memberikan isteri jalan penyelesaian (yang isteri tak perlu pun).
Selepas bercerita, akhiri dengan “terima kasih abang kerana sudi mendengar tanpa susah susah fikirkan solusi. Kerana sebenarnya saya cuma nak bercerita saja.”
Cara ini membantu isteri lebih selesa untuk berbual bual dengan suami dan suami pula lebih rasa dihargai dan lebih bersedia untuk menjadi pendengar setia isteri di kemudian hari.
“Apabila isteri jelaskan daripada awal bentuk sokongan yang dia perlukan, barulah isteri dapat luahkan perasaan dengan aman, tanpa perlu risau mengguris perasaan suami ataupun terasa jika suami tidak beri perhatian padanya”.
Begitulah. Semoga bermanfaat untuk pasangan diluar sana. Boleh cuba. Boleh follow. Boleh kongsi.
Saidatul Husna
– Belajar lagi –

IKLAN

Sumber: Saidatul Husna

MW: Sebenarnya isteri inginkan suami mendengar luahannya, hanya dengar. Tak perlu susah-payah bagi idea serta cadangan. Selalunya selepas suami mendengar, dia rasa lega teramat sangat. Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI