Bagi orang Johor, sambal kicap bagaikan satu kemestian dan stok wajib ada dalam peti sejuk untuk dijadikan pencicah. Tak kiralah pencicah pisang goreng, tempe, tahu, keledek atau dicampur dalam kuah soto.
Ada caranya nak buat sambal kicap yang sedap dan boleh tahan berbulan bila disimpan dalam peti ais ni.
Saya ni orang Johor wajib ada sambal kicap dalam peti ais. Sambal kicap ni boleh dimakan dengan soto, dicicah dengan goreng pisang, keledek, tempe, tauhu dan macam lagi lah. Ni saya nak share cara saya lah buat sambal kicap ni, boleh tahan berbulan simpan di peti ais.
Bahan-Bahan:
30 biji Cili padi
2 labu Bawang putih (digoreng hingga perang)
½ botol Kicap masin atau ikot paras cili dalam jug blender
3 sudu besar Cuka/air limau
5 sudu besar Gula
Cara Membuat:
1. Goreng bawang putih sehingga perang.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam jug blender.
Ads
3. Kisar hingga halus dan masukkan dalam botol kaca.
Mingguan Wanita: Mudah je nak buat sendiri sambal kicap cara orang Johor ni. Elok tahan berbulan simpan dalam peti ais. Boleh cuba nanti, senang nak buat pencicah makan dengan pisang goreng, soto, keledek, tempe dan sebagainya.
Kuih Gunting antara kuih tradisi yang ramai orang buat setiap kali tibanya Hari Raya. Bahan-bahannya yang digunakan tak banyak, malah nak buat pun senang. Jimat masa dan sangat sedap.
Masih dalam mood raya lagi kan! Maklumlah, hari nie baru minggu pertama Syawal, ada mak-mak yang sudah selesai puasa 6 syawal. Mesti nak sambut raya kali kedua pulak kan. Kali nie dah tak nak hidangan berat-berat. Jadi apa kata mak-mak sediakan sate goreng.
Biasa kita makan sate bakar. Itu pun ditempah pada yang pakar. Apa kata kita cuba sate goreng pula. Yang pastinya, kita buat sendiri. Rupa-rupanya, tak adalah susah sangat nak membuatnya.
Perkongsian daripada Adilah Busra yang ingin membuat sate sendiri. Rempah yang digunakan pun adalah paling simple. Nanti bolehlah buat untuk hidangan kat rumah buat keluarga atau tetamu yang datang.
Bahan:
1/2 ekor ayam – potong kecil ikut suka
( Boleh guna bahagian dada sahaja atau guna semua bahagian ayam)
1/2 sudu kunyit serbuk
1/2 sudu teh jintan manis **
1/2 sudu teh jintan putih **
1 sudu teh ketumbar biji **
1 batang serai **
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula
1/4 cawan minyak
Cara Membuat: ️
1. Sediakan bahan seperti dalam gambar. Kisar semua rencah yang bertanda **. Kisar kering ya.
Bahan kisar.
2. Gaulkan bahan kisar, serbuk kunyit, gula dan garam hingga rata. Rasa gula dan garam, tambah jika rasa kurang.
Masukkan semua bahan.
3. Lepas tu perap. Nak sedap perap semalaman. Dah lapar sangat 15 minit pun ok. Dah siap untuk di goreng..
4. Panaskan minyak. Guna api sederhana besar. Masukkan ayam yang dah siap perap. Balik-balikkan sekali sekala.
5. Akan ada kesan hitam tanda gula dah jadi karamel. Boleh angkat bila ayam dah masak. Siap.
Senangkan! Bila-bila pun boleh masak bila teringin. Boleh buat banyak-banyak dan bekukan. Bukan anak-anak je. Mak bapa pun suka.
Nak bakar? Dah siap perap, cucuk sahaja pada lidi sate. Bakar. Settle.
MW: Bolehlah mak-mak beli isi ayam dan perap siap-siap. Masa nak makan, keluarkan dan goreng je.
Buah oren yang masam manis punya peminat tersendiri dan warnanya juga cantik dan menyerlah. Selain dimakan mentah atau dijadikan jus, terdapat pelbagai juadah yang boleh menggunakan buah oren sebagai bahan utama.
Buah ini yang memiliki warna menarik ini selain daripada mempunyai rasa yang enak, ia juga mengandungi banyak khasiat yang baik bagi kesihatan dan untuk mencecah penyakit.
Selain sangat kaya dengan vitamin dan mineral, ia juga mengandungi serat makanan yang sangat diperlukan oleh tubuh bagi pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang normal.
Zat yang terkandung
Selain merupakan sumber vitamin C yang baik, buah yang juga mengandungi karbohidrat, potasium, folat, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosforus, magnesium, iron, riboflavin dan asid pantotenik ini juga sangat rendah kalori. Ini bermakna, ia selamat dimakan oleh mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan.
Selalunya ia dimakan begitu saja atau dibuat jus. Tapi sebenarnya macam-macam boleh dimasak mengunakan oren. Jom cuba!
KASTARD OREN
BAHAN-BAHAN:
120gm gula pasir
250gm susu pekat
500gm susu sejat
5 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
1/2 biji hirisan halus kulit oren
1/2 sudu teh garam
Sedikit mentega
HIASAN:
Buah oren dan strawberi
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
Lenserkan mentega yang telah dicairkan pada loyang atau acuan yang akan digunakan bagi memudahkan untuk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
Di dalam kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dalam acuan atau loyang. Ketepikan.
Di dalam jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan tersebut ke dalam acuan tadi menggunakan penapis. Letakkan acuan ke dalam bekas yang agak besar dan boleh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dalam bekas tersebut. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pada lidi apabila dicucuk. Teknik memasak kastard ini boleh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.
SUP OREN
BAHAN-BAHAN:
125gm dal merah halus yang telah direbus
1 biji parutan kulit oren
1 biji perahan jus oren
1 batang lobak merah |potong dadu
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
2 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk stok ayam
1/2 sudu teh serbuk jintan putih
1/2 sudu teh serbuk ketumbar
400ml air
Sedikit daun ketumbar sebagai hiasan
Mentega untuk menumis
CARA MEMASAK:
Di dalam periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau sebentar.
Masukkan air, dal, garam dan stok ayam. Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
Setelah itu tuang kembali bahan yang telah dikisar ke dalam periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup bolehlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dengan daun ketumbar.
Untuk membuat orange marmalade; Perahkan kesemua oren dan lemon ke dalam bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu. Bungkus di dalam kain kasa serta diikat. Ketepikan.
Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yang dikorek biji dan seranya tadi sehingga selesai.
Kemudian di dalam periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yang berisi biji dan serat limau. Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan lembut. Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api, tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dalam bekas jem. Simpan di tempat yang sejuk dan redup. Marmalade tahan selama 4-6 bulan di suhu bilik sehnigga tutup botol jem dibuka.
BAHAN UNTUK SCONE OREN:
500gm tepung gandum
2 sudu makan gula pasir
1 sudu makan + 1 sudu teh serbuk penaik
1 1/2 teh garam
125gm mentega
125gm kismis
1 biji parutan kulit oren
125gm susu segar penuh krim
1 biji telur gred B
2 sudu teh esen vanila
SAPUAN TELUR:
1 biji telur
1 sudu makan susu segar
CARA MEMASAK:
Untuk membuat scone; Di dalam mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit oren kacau lagi.
Satukan susu, telur dan esen vanila di dalam bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dalam adunan tepung. Pada peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati. Jika terlalu lama doh akan menjad keras.
Simpan doh di dalam peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dengan ketebalan 3-4 cm.
Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm. Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 hingga 12 biji scone.
Sapukan dengan telur yang telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dengan suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan. Setelah masak bolehlah disejukkan di atas rak dawai.
Enak dimakan bersama Scone oren.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
kami officialy dihalau dari rumah bersama 2 orang anak dan tengah sarat mengandung. Sehelai sepinggang dapat bawa apa adanya sahaja. Tanpa duit sebab kad bank dan barang yang lain disuruh tinggal.