
Kalau bercakap tentang cheese ini, anak-anaklah paling suka. Mahunya, itulah yang diulang-ulang makan. Memang tak cukuplah. Sebelum ini, biasa beli sahaja serbuk cheese sebab tak tahu nak masak. Fikiran rasa macam susah pula nak buatkan.
Jadi, apa kata kali ini kita buat sendiri sos cheese yang bukan hanya dicicah dengan kentang goreng tapi boleh di makan dengan makan bergoreng yang lain. Paling penting, bila buat sendiri barulah puas hati.
Ikuti cara membuatnya yang cukup mudah seperti dikongsikan oel NizSa Mi.
“Tak perlulah nak beli lagi seruk cheese yang dah siap dan hanya dicampur dengan air suam. Kali in kita buat sendiri sosnya. Barulah puas hati.
Bahan-bahan:
½ ketul butter
½ tin susu cair
1 sudu besar tepung gandum – bancuh dengan sedikit air
4 keping cheese
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikti pewarna kuning
1 ketul kiub ayam
Sedikit garam
Cara Membuat:
Cairkan butter dan masukkan susu cair dan tepung. Gaul sebati.
Selepas itu, masukkan kepngan cheese, kacau dan masukkan serbuk lada hitam, kuib pati ayam dan pewarna.
Kacau sebati dan tambahkan sedikit air, jika terlalu pekat. Siap dan tutup api.
MW: Lepas ini, bolehlah buat kat rumah. Bahan yang digunakan pun mudah nak dapat. Anak-anak mesti suka.
Kredit: NizSa Mi
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sambal Ala Balado Padu Sangat Rasanya, Buat Stok Boleh Tahan 2 Minggu!

Sambal Belado cukup popular di Indonesia.Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, boleh cuba buat Sambal Ala Balado yang sedap ni. Makan dengan ikan dan ayam goreng memang padu sangat rasanya. Buat stok banyak-banyak dalam peti sejuk boleh tahan 2 minggu.
Cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Mazliana Mazlan ini.
Resepi sambal ala balado ini, adik saya dapat dari kawan dia yang berasal dan menetap di Indonesia.
Lepas saya cuba resepi dari Indonesia ini, saya dah tak pernah buat carian resepi lagi di internet untuk sambal balado. Saya dah jumpa resepi yang betul-betul kena dengan lidah. Padu sangat rasa dia, pelbagai guna lagi, memang stok yang tak pernah putus yang perlu ada di rumah saya.
Tumis bawang, kemudian masukkan sambal dan telur, gaul dengan nasi. Siap nasi goreng tak sampai 5 minit.
Tumis bawang holland, masukkan sambal, masuk air dan perasakan dengan garam. Siap untuk digaul dengan ayam atau ikan goreng. Makan dengan sup sayur pun dah tak ingat orang sebelah.
Buat peminat sambal, anda wajib cuba resepi ini tau!
Resepi Sambal Balado Ala Indonesia
(Kuantiti yang saya tulis hanya sebagai guideline sahaja. Boleh ubah ikut tahap kepedasan yang diingini. Saya banyak kali cuba olah bawang lebih, sambal lebih, tomato lebih, akhirnya saya suka dengan kuantiti yang ini.)
Bahan-Bahan :
1 biji bawang besar
1 biji tomato
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
3 genggam cili padi (campur merah dan hijau ikut tahap kepedasan masing-masing)
2 inci belacan
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Minyak
Ini bahan-bahannya. Saya kehabisan bawang besar yang betul-betul besar, jadi saya masukkan 3 biji bawang besar yang bersaiz agak kecil.
Siapa yang suka pedas meletop, boleh lebihkan cili padi merah.
Cara penyediaan boleh lihat di gambar ya.
1.Kalau rajin, boleh tumbuk bahan-bahan ini.Cara saya yang kurang sikit rajinnya dan nak cepat, saya masukkan semua dalam food processor. Jangan letak air langsung ye.
Kalau guna blender biasa pun boleh, letak air sikit je okay.
2.Kisar jangan lumat sangat, biar nampak ada serdak-serdak cili gitu.
3.Panaskan minyak, agak-agak je. Saya guna minyak masak lebihan goreng ikan bilis masa buat sambal tempoyak haritu. Sekali harung buat stok semua bahan.
4.Masukkan dalam kuali. Masak sampai agak kering airnya untuk tahan lama, biar betul-betul kering.
5.Masukkan gula dalam 2 sudu. Saya guna organic raw cane sugar.
6.Masukkan garam Himalaya secukup rasa. Apa-apa garam pun boleh.
7.Siap! Boleh simpan dalam bekas dan masukkan dalam chiller. Tak perlu sejuk beku, boleh tahan dalam 2 minggu.
8.Ini haaaa salah satu menunya. Pecal lele gitu. Padu betul rasa dia.
Selamat mencuba!
Baca Lagi Di Sini:
Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!
Resipi Telur Mata Sambal Hijau, Makan Confirm Ngencess Sekali!
SAMBAL GESEK Penambah Selera, Tumbuk Separuh Hancur Tak Perlu Dimasak!
MW: Bagi peminat sambal dan suka makan pedas-pedas, kena cuba resipi Sambal Ala Balado ini. Buat stok banyak-banyak, bila nak makan tinggal ambil je dalam peti sejuk. Jadikan pes untuk nasi goreng pun boleh sangat.
Sumber: Mazliana Mazlan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Adam Corrie Kongsi Resipi Mee Kicap Wantan Yang Pernah Dijual Ketika Remaja, Jom Cuba!

Siapa yang tidak kenal Adam Corrie, pelakon Cina mualaf yang sering membawakan pelbagai lakonan aksi, lagak ngeri mahupun watak antagonis di kaca tv. Namun siapa sangka, penampilannya yang selalu kelihatan ‘ganas’ di kaca tv ini, juga hebat di dapur. Rupanya pelakon yang juga merupakan seorang koreografer ini pernah menjual Mee Kicap Wantan untuk menampung hidup ketika zaman remaja suatu ketika dahulu.
Berikut merupakan perkongsian resipi Mee Kicap Wantan oleh ADAM CORRIE sendiri. Jom kita cuba!
1) Mee Wantan
Mee wantan (dicelur bukan rebus tau, lepas tu masukkan dalam air sejuk pula.ulang step ini. Supaya mee tidak melekat )
*Mee wantan ada jual di supermarket.
Bahan-Bahan:
minyak bijan
kicap pekat
kicap cair (apa2 brand pon ok)
Sos tiram
Sayur sawi / siew pak choi
Cara Membuat:
1.Campur semua minyak dan kicap tu dalam pingan. Kemudian masukkan mee yang wantan tu. selepas itu gaul rata. Tak perlu masak.
2.Tabur bawang goreng kalau suka.
3.Letak sayur sawi / siew pak choi yang telah di celur di atas mee.
2.Isi / Inti Wantan
Bahan-Bahan:
Udang (dicelur) atau ayam ( di cincang halus)
Daun bawang di ptg halus
Lobak Merah di potong halus.
Sedikit Tepung
Lada sulah
Garam
Sos tiram
Cara Membuat:
1.Gaul semua bahan-bahan tersebut.Nak tambah bawang besar pon boleh , nak tambah cendawan pon ok. Tapi saya buat yang ringkas. Supaya inti wantan tak basah.Kalau terlampau basah. Kulit wantan mudah koyak.
3.Kulit Wantan
Bahan-Bahan:
Tepung gandum
Sedikit tepung ubi atau tepung jagung
air panas mendidih.
sedikit garam
1 sudu besar minyak masak
Cara Membuat:
1.Satukan tepung gandum dan tepung ubi atau tepung jagung serta garam serta minyak masak.
2.Kemudian masukkan air panas tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan tak lekat kat tangan.
3.Uli hingga sebati kemudian biarkan sekejap dalam 20 minit dalam bekas tertutup supaya doh tak keras.
** Payah sgt,beli je yang dah siap kat kedai.Baru RM3
4.Sup Ringkas
Bahan-Bahan:
Air
Lada sulah
Kiub ayam
Daun ketumbar
Bawang goreng
Cara Membuat:
1.Didihkan air , masuk lada sulah, kiub ayam, masukkan wantan yang dah siap ke dalam sup . Masakkan sekali dengan sup. Dah nak siap, tabur daun ketumbar dan bawang goreng. Siap!
Resipi saya ringkas. Resipi sejak remaja.
Selamat Mencuba!
Sumber & Foto:ADAM CORRIE
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kengsom Kung Chaom, Ini Barulah Resepi Original Dari Wanita Thailand

Resepi kengsom ini ada banyak versi. Yang biasa kita jumpa di Malaysia, kengsom yang menggunakan bahan masakan ikan siakap, kangkung dan nenas. Haa.. kali ini resepi Kengsom Kung Chaom dimasak menggunakan udang dengan kepingan telur dadar istimewa.
Dan resepi ini MW peroleh original dari air tangan wanita Thailand, Suttarat Wan Hanifah (Kak Ifah) sendiri. Khas untuk pembaca MW yang mahu mencuba kelainan dalam memasak kengsom.
Bahan PENTING Perlu Ada Dalam Masakan Kengsom
√ Kata wanita Thailand ini lagi, dalam apa juga masakan kengsom, perkara penting yang perlu diletak di dalamnya adalah sos ikan, asam jawa dan palm sugar.
√ Masakan kengsom asli tidak perlu ditumis.
√ Selain kangkung dan nenas, mak-mak boleh juga menambah bahan lain dalam masakan kengsom seperti bunga dan rebung.
√ Manakala jenis ikan yang sesuai untuk masakan kengsom adalah ikan siakap. Tapi di sesetengah tempat lain, macam-macam jenis ikan digunakan. Malah ikan sungai juga mereka gunakan untuk masakan kengsom.
√ Ada pelbagai jenis kengsom, malah resepi kengsom pun berbeza mengikut sesetengah tempat di Thailand ini. Malah bahan-bahannya pun berbeza.
√ Rasa kengsom perlulah masam, masin, pedas dan manis di akhir rasa.
Resepi Kengsom Kung Chaom
(Kengsom Udang Bersama Telur Dan Pucuk Petai)
Resepi ini, menu kegemaran Kak Ifah dan keluarga. Dan resepi yang Kak Ifah share ini merupakan ‘basic’ kengsom. Bila ingatkan menu ini pasti air liur meleleh keluar.
Bahan-bahan Kak Ifah kategorikan kepada 3 jenis
(Semua ini ditumbuk dengan lesung hingga lumat)
A. Bahan untuk ditumbuk
10 tangkai cili kering besar
1 sudu kecil garam halus
1 sudu besar belacan
3 sudu besar cekur yang dipotong
3 sudu besar bawang merah
2 sudu besar isi ikan/udang yang direbus
B. Bahan untuk buat kuah kengsom
900 ml air rebusan ayam/air masak
1 sudu kecil garam
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar palm sugar
3 sudu besar pati asam jawa
200 gram udang segar saiz sederhana
C. Bahan telur dadar
3 biji telur ayam
1 genggam daun pucuk petai
1/2 sudu besar sos ikan
Cara buat:
1. Tumbuk semua bahan A satu persatu sehingga sebati.
2. Pukul semua bahan C dan goreng seperti telur dadar. Potong telur dadar seperti 4 segi dadu.
3. Panas air rebusan ayam / air masak sehingga mendidih dan masukkan Bahan A (rempah kengsom) dalam air mendidih.
4. Bila mendidih lagi sekali masukkan bahan-bahan garam, sos ikan, palm sugar, pati asam jawa. (Boleh tambah rasa jika uolls suka)
5. Akhir sekali masukkan udang dan telur dadar sehingga air kengsom mendidih.
6. Tutup api. Kemudian hidangkan bersama nasi panas-panas
*boleh tambah lagi extra bahan jika suka.
Aduh sambil menaip sambil kecur air liur!

Info : Pucuk petai ini sejenis daun yang berbau seperti petai. Boleh didapati di pasar, pasaraya atau kampung-kampung.
Sumber/Foto : Suttarat Wan Hanifah
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI