9.30pm cempedak

Bila tibanya musim cempedak, ramai yang merebut peluang membeli buah ini. Baik untuk digoreng mahupun dimakan begitu sahaja. Namun harga buah cempedak ni boleh tahan mahal harganya. Rugi sungguh jika tak pandai pilih, apatah lagi terbeli yang belum masak dan isi yang sikit.

Sebenarnya nak pilih buah cempedak yang isinya penuh dan masak ada caranya. Boleh ikut tip dan panduan mudah yang dikongsikan ini.

1. Tengok ‘Mata’ Kulit Cempedak

Tip yang paling mudah ialah perhatikan pada kulit cempedak. Kena pilih yang ‘mata’nya tumpul-tumpul, besar-besar dan jarang-jarang. Barulah isi dalam tu banyak dan penuh.

Jangan pilih yang ‘mata’nya tajam-tajam dan rapat-rapat, itu bermaksud jerami dia yang banyak.

BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

2. Rasa Kulit Lembut/Empuk

Selain tengok pada ‘mata’ kulit tadi, kita juga boleh tekan kulit cempedak perlahan-lahan untuk merasa isi dalamnya.

Kalau masih keras atau tak berapa boleh ditekan, ia menandakan buah masih muda. Jadi pilihlah buah cempedak yang bila ditekan, kulitnya lembut dan seakan empuk.

BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

3. Kulit Kekuningan, Tangkai Coklat

Satu lagi tips pilih cempedak ni kita boleh tengok pada warna kulitnya. Cempedak yang dah masak dan matang ni warna kuning dia nampak lebih dominan. Kalau cempedak yang dijual masih banyak warna hijaunya berbanding warna kuning, jangan pilih yang tu sebab di dalamnya masih muda.

Boleh tengok warna tangkainya jugak. Kalau dah berwarna coklat, maksudnya isinya dah masak.

BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

4. Bau Semerbak Wangi

Macam durian, cempedak ni memang wangi. Yang masih separuh matang pun biasanya dah mula berbau wangi.

IKLAN

Tapi bezanya, cempedak yang dah betul-betul masak ni aromanya lagi menyengat dan wangi.Jadi pilihlah yang betul-betul harum dan wangi. Barulah manis dan boleh makan terus. Goreng pun sodap!

BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

5. Pilih Yang Berat

Antara kesilapan yang mungkin kita buat masa beli cempedak ni ialah nak beli yang kecil atau ringan sebab nak jimat. Takut mahal bila ditimbang nanti.

Tapi kena hati-hati sebab buah yang ringan mungkin tak berisi. Kempunan dibuatnya!

Jadi, untuk lebih selamat ambil buah cempedak yang berat dengan ciri-ciri di atas ni. Barulah kurang kebarangkaliannya untuk dapat isi yang kosong.

BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

Info Ekstra!

Kulit Cempedak Juga Boleh Dimakan

Selain isi ulas buah cempedak, bahagian empulur dan kulit buah cempedak pun boleh dimakan. Jadi janganlah terus buang je kalau dapat yang sikit isi buahnya.

IKLAN

Kulit buah cempedak boleh dibuat masak lemak, jeruk atau Mandai. Mandai ni sedap kalau digoreng bersama cili dan bawang.

BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

 

BUAH CEMPEDAK Isi Penuh, Pilih Yang Berat & Tengok ‘Mata’ Kulitnya!

Orang kata memang sedap kulitnya ni… Rasanya lemak-lemak manis je. Yang tak pernah cuba, bolehlah cuba.

Apapun, jangan salahkan penjual pulak ya, sebab dia pun tak tahu setiap buah tu berapa banyak isinya.

Baca Lagi Di Sini:

IKLAN

Bancuhan Cempedak Goreng RANGUP, Guna Air Biasa Pun Jadi Kriuk Kriuknya!

Goreng Mandai Tumis Garing, Makan Nasi Panas-Panas Sedap Tak ‘Hinggat’!

Campur Ais & Air Sejuk, Rahsia Tepung Goreng Rangup, Tahan Lama!

Mingguan Wanita : Semoga tip ini bermanfaat dijadikan rujukan untuk memilih cempedak yang masak dan isinya penuh nanti. Selamat mencuba!

Sumber: Sirap Limau

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT WANITA : https://t.me/bangkitwanitaMW

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI