Urusan jodoh semuanya ketentuanNya. Baik cepat mahupun lambat, pasti akan tiba waktunya nanti. Alhamdulillah dengan sekali lafaz, pelakon popular tahun 1990an, Haliza Misbun selamat bergelar isteri kepada duda anak satu, Matthew John Rodgers dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi pukul 5.25 petang tadi.
Pernikahan Haliza dengan Perunding Teknologi Maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu sekali gus melenyapkan teka-teki mengenai status sebenarnya selama ini.
Majlis membabitkan pasangan sebaya berusia 48 tahun itu berlangsung dalam suasana yang mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan hanya seramai 50 orang tetamu sahaja dijemput.
Hantaran Sebuah Rumah
Pada majlis ringkas dan intim tersebut, Haliza yang popular menerusi drama Cinderella menerima mas kahwin RM80 selain hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baharu. Haliza turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.
Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd. Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelakinya, Othman Misbun.
“Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulilah. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteka-teki dengan status diri saya. Termasuk ada yang menyangka saya sudah berkahwin.
“Tetapi hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” katanya.
Perkenalan Hampir 4 Tahun
Menurut Haliza, hubungannya dengan suaminya yang merupakan lelaki warga British sudah terjalin sejak hampir empat tahun lalu.
Ads
“Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa jatuh cinta.
“Malah selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya rasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek.
“Pengalaman hidup masing-masing mematangkan diri barangkali menjadi faktor keserasian antara kami mudah diperolehi,” katanya yang mengenakan busana rekaan teman baik sendiri, Sutex atau nama sebenarnya, Mansor Harun.
Malah adiknya, Rozana Misbun turut menjadi pengapit. Sejurus majlis akad nikah, mempelai turut diraikan di sebuah dewan di lokasi sama.
Haliza turut memberitahu, suaminya turut melakukan siaran langsung dalam Facebook untuk berkongsi detik bahagia itu bersama keluarga rapat di England.
MW: Alhamdulillah, tahniah buat Haliza Misbun bertemu jodoh di usia 48 tahun. Semoga perkahwinan yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.
Ads
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Ads
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. ( https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/)
Kalau sudah jodoh tak ke mana. Biarpun beza jarak usia, kalau sudah dinamakan jodoh akhirnya menikah juga.
Seorang nenek di Jakarta sanggup tolak lima pinangan lelaki lain dan nenek ini pilih untuk menikah dengan suami berusia 47 tahun lebih muda.
Sanggup Tolak Lima Pinangan Lelaki
Jakarta: Perbezaan usia 47 tahun tidak menghalang seorang nenek dan seorang pemuda disatukan di Kampung Slahung, wilayah Ponorogo di Jawa Timur, semalam.
Malah, Yainem, 76, sanggup menolak lima pinangan lelaki lain dan memilih suaminya, Jamhar Ali Nursahid yang berusia 29 tahun.
Tribunnews melaporkan, walaupun usia Yainem sebaya dengan ibu bapa Jamhar, namun itu tidak menjadi hal untuk menyatukan cinta mereka.
Nenek Bahagia Pilih Menikah Suami 47 Tahun Lebih Muda
Perkahwinan mereka berlangsung di kediaman Yainem dan kelihatan wanita itu bahagia menceritakan pertemuan mereka.
Akui wanita itu, dia bertemu dengan suaminya di Pasar Slahung dan sebulan kemudian kedua-dua mengaku tertarik dengan diri masing-masing.
“Tetapi saya ada tanya dia disebabkan dia masih muda,” katanya.
Yainem berkata, bagaimanapun Jamhar mengatakan perbezaan usia yang jauh tidak menjadi masalah untuk mereka disatukan.
Kedua-duanya kemudian memutuskan untuk mengakhiri hubungan mereka ke jinjang pelamin.
Sementara itu, Jamhar mengakui dia ikhlas mencintai Yainem dan isterinya itu mampu memberi ketenangan buat dirinya.
“Saya tidak peduli kritikan dan sindiran orang mengenai rumah tangga kami, kerana saya yakin dan sangat yakin dengan Yainem, “ katanya.
Lima Kali Tolak Lamaran Lelaki Lain
Sebelum dilamar Jambar, Yainem sudah beberapa kali menolak lamaran lima lelaki lain.
Ketua Pejabat Urusan Agama Slahung, Tajul Mujahidin berkata, Yainem menolak beberapa kali lamaran lelaki lain berikutan mereka sebaya dengan usia wanita itu.
Yainem yang tinggal bersendirian selepas suaminya meninggal dunia tidak mempunyai anak.
MW: Jodoh tak mengenal usia, walaupun jauh beza usia tetapi ianya tak menghalang pasangan ini untuk mencintai satu sama lain. Semoga nenek ini dan pasangannya bahagia hingga ke akhir nyawa. Insyallah.
Blake “the hero” kembali bertugas, ada tertidur kepenatan. Unit K9 jadi tumpuan ramai. Terima kasih atas jasa ini. Hari ini memasuki hari ketujuh operasi mencari baki mereka yang dilaporkan hilang dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya Jumaat lepas, 16 Disember 2022 jam 2.42 pagi.
Diberitakan sekitar jam 11.00 tadi, empat mayat ditemui melibatkan dua kanak-kanak serta dua dewasa termasuk seorang wanita ditemukan dalam satu khemah di Sektor C (Riverside) pada kedalaman tujuh meter. Semua mayat yang belum dikenal pasti identiti itu ditemukan lengkap berpakaian, namun keadaannya sudah mula mereput.
Dengan pertemuan ini, menjadikan 30 mangsa sudah ditemui dan berbaki 3 lagi masih hilang.
Dalam pada itu, pasti ramai yang masih ingat dengan anjing pengesan dari Unit K9, Blake yang sebelum ini direhatkan kerana kepenatan selepas dua hari berturut bertugas.
Wira tak didendang ini dari berbulu hitam putih bertukar kecoklatan dan jelas dari wajahnya kelihatan penat kerana bersama-sama anggota keselamatan mengesan mangsa yang tertimbus di awal kejadian.
Selepas direhatkan beberapa hari, sejak semalam Blake kembali bertugas namun secara bergilir. Dikongsikan dari Tik Tok @Wira Merah, jelas kelihatan Blake sedang berehat seketika, seolah “tea brake” selepas lelah mengesan baki mereka yang masih hilang.
Dari video dikongsikan jelas kelihatan rakan-rakan Blake ada yang kepenatan dan seakan sudah “hilang tenaga” hingga tidur dalam keadaan tertangkup. Jika mereka begitu, itulah juga dialami oleh rakan-rakan penyelamat yang tidak pernah lelah membantu mencari hingga ke hari ini.
Sebalik video ini dikonsikan, ramai netizen yang berasa terharu dengan pengorbanan Blake & The Geng dan menyuruh Unit K9 membelanja Blake dan the geng makanan yang sedap-sedap selepas operasi ini selesai nanti. Ya, jasa hero tidak didendang ini mungkin tidak menjadikan mereka berpangkat di dunia, tapi moga jasa mereka dikenang sepanjang zaman.
Datin Paduka Eina Azman mohon doa, pemilik nama sebenar Ainur Syakina Azman, 26, menerusi entri di akaun Instagramnya mendedahkan sebelum ini dirinya telah menjalani pembedahan biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016.
Pembedahan biopsy merupakan satu prosedur pembedahan dengan mengampil sampel tisu atau sel untuk didiagnosis sesuatu penyakit.
Eina Azman Mohon Doa
Malah Eina juga tampil berkongsi situasi kesihatannya yang terkini. Menurut isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini, dirinya baru tersedar selepas enam jam ditidurkan untuk menjalani satu pembedahan, semalam.
“Salam semua, alhamdulillah selepas lebih enam jam akhirnya saya bangun. Ramai yang WhatsApp dan mesej bertanyakan kenapa saya tidak berkongsi apa-apa berita di Instagram.
“Dan ramai yang ingin tahu saya sakit apa. Sejak akhir-akhir ini saya akui kurang sihat.
“Saya telah menjalani pembedahan biopsy pada bahagian leher sebanyak empat kali sejak 2016. Dan sakit saya masih tidak hilang.
Sebelum Ini Masih Bengkak & Sakit
“Hari ini saya berjaya buat pembedahan selepas dua tahun sebab tempat biopsy yang saya pernah buat beberapa kali sebelum ini masih bengkak dan sakit.
“Saya berharap selepas pembedahan ini sakit saya akan hilang selamanya. Doakan saya,” mohon Eina seperti mana yang ditulis di akaun Instagramnya.
Anzalna Nasir meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak di sekolah susulan peningkatan kes rogol pelajar. Ibu prihatin ini menyeru agar semua pihak lebih peka terhadap keselamatan pelajar.