Bella mimpi anak pegang ular besar, dedah seperti ‘diganggu’ terpaksa minta bantuan ustaz & ustazah. Allahuakhbar seramnya bila mendengar pendedahan Bella Astillah yang juga isteri kepada Aliff Aziz.

Dek kerana ‘gangguan’ itu, Bella menyatakan dia kini mengambil pendekatan untuk berhati-hati dalam memuat naik sebarang perkongsian di media sosial terutamanya gambar keluarga.

Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar

Menerusi temubual yang dipetik dari rancangan Melodi, Bella mendedahkan dirinya dan keluarga seperti ‘diganggu’ sehingga terpaksa memanggil ustaz dan ustazah untuk mengubatinya di rumah.

“Saya jarang muat naik di Instagram sebab saya kurang sihat. Saya mula berubat dan minta ustazah datang rumah. Saya berhusnuzon selalu. Pergi ke klinik sahaja tapi benda ni tak sihat-sihat. Kita tahu diri kita, kita jadi lain. Jadi kuat marah-marah.

“Lebih mengejutkan, anak keduanya, Ara Adreanna akan menjerit seperti meracau tidak henti antara pukul 2.00 hingga 4.00 pagi setiap hari. Namun, apabila berjumpa dengan doktor, pegawai perubatan terbabit mengatakan anaknya tiada apa-apa masalah.

“Anak kedua saya setiap hari setiap malam antara pukul 2 pagi sampai 4 pagi akan menjerit-jerit, nangis dan meracau yang tak henti. Masalahnya setiap hari. Dari situ saya kena ikhtiar juga. Rasa tak boleh bekerja, sakit badan.

Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar, Dedah Seperti ‘Diganggu’ Terpaksa Minta Bantuan Ustaz & Ustazah

Setiap Hari Mimpi Ular

“Setiap hari saya mimpi ular. Saya mengadu kepada ibu saya dan ibu saya cakap ‘kalau mimpi ular buat orang belum berkahwin maksudnya ada orang nak masuk meminang tapi kau dah kahwin’. Tapi tak pernah fikir tentang sihir-sihir ni.

“Sampai saya tak sihat, saya minta ustazah datang bawa air Zam-Zam dan saya bercerita. Itu perkara yang tidak baik sebab saya mimpi itu berturutan.

IKLAN

“Mimpi ular yang besar, ular yang putus, anak saya Ayden pegang ular itu. Saya berterima kasih kepada ustaz dan ustazah yang datang ke rumah saya,” ungkap Bella.

Takut Nak Kongsi gambar Bersama Suami & Anak-Anak

Bukan itu saja, dek kerana itu juga dia mengambil keputusan untuk kurangkan berkongsi gambar bersama keluarga.

Kita jangan menunjuk sangat. Ramai juga bertanya adakah saya dan Aliff bergaduh bila tak kongsi gambar bersama. Sebenarnya saya nak elak perkara sebegini.

“Saya takut nak kongsi gambar berdua dan anak-anak. Mungkin lepas ini, boleh kongsi tapi tak banyak. Saya kena berhati-hati dan jaga diri. Alhamdulillah Aliff memahami, dia pun nak berubat.

“Aliff cakap dia nak hidupkan suasana rumah itu dengan selalu solat berjemaah, mengaji. Sekarang alhamdulillah memang saya dah OK.

“Kalau tak sebelum ini, nak bersolek tengok cermin pun tak larat, berdebar tapi saya ingat macam anxiety tetapi rasa macam seram sejuk. Itu pertama kali berlaku dan saya harap itu yang terakhir yang terjadi,” cerita Bella lagi.

Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar, Dedah Seperti ‘Diganggu’ Terpaksa Minta Bantuan Ustaz & Ustazah

IKLAN

“Semoga Bella Tabah & Kuat” Netizen

Menerusi ruangan komen ramai yang mendoakan agar dipermudahkan segala urusan Bella sekeluarga.

Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar, Dedah Seperti ‘Diganggu’ Terpaksa Minta Bantuan Ustaz & Ustazah Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar, Dedah Seperti ‘Diganggu’ Terpaksa Minta Bantuan Ustaz & Ustazah Bella Mimpi Anak Pegang Ular Besar, Dedah Seperti ‘Diganggu’ Terpaksa Minta Bantuan Ustaz & Ustazah

Baca Disini ; Bertuahnya Bella Astillah, Ibu Mentua Titipkan Doa “Semoga Sentiasa Dalam Kasih Sayang”

Bella Astillah Doakan Suami Menjadi Insan Yang Baik “Semoga Allah Merahmati Dirimu”

IKLAN
@melodiberapi Siapa yang sanggup buat Bella Astillah?? Tak ingat dosa ke?? #meloditv3 #fypシ #sensasi #panas #bellaastillah #sabah #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ original sound – Melodi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sumber : Melodi 

Sumber Foto : Instagram Bella Astillah  

Fazura Pesan Wahai Wanita Sayangi & Hargailah Diri Anda! 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI