Selain kulit telur, rupanya kulit bawang juga kaya dengan nutrisi tersendiri dan merupakan baja semulajadi yang boleh membantu untuk suburkan tanaman.Sangat mudah hanya perlu rendam semalaman pun sudah cukup dan boleh disiram terus pada tanaman.
Inilah di antara baja semulajadi yang saya gunakan untuk membantu pertumbuhan tanaman saya.
Betullah tu. Air rendaman kulit bawang je. Tak de ramuan istimewa pun. Tak susah. Cuma kena rajin sikit. Rendam semalaman pun cukup. Esoknya boleh siram. Cuma, kalau rasa air tu agak pekat, cairkan lagi dengan air.Siram hari-hari pun takde masalah. Pokoknya, jangan malas ya!
Mingguan Wanita: Jadi lepas ni, bila kupas bawang simpan kulitnya. Boleh rendam semalaman untuk jadi baja suburkan tanaman. Memang jimat kos malah tanaman pun ‘gemuk-gemuk’ hasilnya nanti.
Jarang kita dengar kulit buah diguna untuk dijadikan baja pada satu-satu tanaman. Salah satunya kulit nenas.
Dalam perkongsian daripada Cikwan Redzuan Jelani, dia tidak menafikan bahawa kulit buah yang manis jangan dibuang, sebaliknya digunakan sebagai baja organik untuk tanaman kita.
Kulit nenas jangan dibuang dan kita jadikan sebagai baja organik.
Caranya:
Letak air hujan/ mineral suku blender dan kulit nenas tadi dipotong sedikit demi sedikit. Kisar sampai habis.
Campurkan jus kulit nenas tadi dengan gula merak dan sebotol air yakult.
Nisbahnya, 1:1 sekilo kulit nenas dan sekilo gula merah.
Masukkan dlm bekas bertutup, boleh juga guna bekas sabun untuk simpan. Paling penting, kena basuh botol sabun bersih-bersih.
Peram 2 minggu dekat tempat teduh, buang gasnya setiap hari. Kalau tak buang takut akan meletup, habis satu rumah.
Selepas 2 minggu dah boleh guna. Tapis serdak nenas dan ambil airnya saja. Asingkan.
Serdak tadi masukkan semula ke dalam botol. Peram lafi sehingga terhurai habis.
Air baja yang diasingkan tadi boleh masukkan ke dalam botol lain dan jadi pati baja.
Bila nak guna, ambil 10ml pati baja tadi dan campurkan dengan 1 liter air. Semburkan pada pokok nenas atau pokok buah-buahan lain seperti limau, jambu dan sayuran lain seperti terung, cili dan sebagainya. Ia tak ada kesan lain pada pokok.
Sembur waktu petang dengan kekerapan 3 hari sekali. Kalau tak sempat, seminggu sekali pun boleh, asalkan ada baja.
Kalau ada pokok yang sedang berputik, sembur pada puti. Lagicantik. Insya Allah, buah akan melekat.
Semua buah buahan yang manis boleh recycle untuk jadikan baja buah, cuma perlukan sedikit kerajinan., sayang kalau dibuang begitu saja.
Mingguan Wanita : Katanya semua kulit buah boleh ‘recyle’ untuk buat baja, boleh buat nanti untuk tanaman.
Selalunya dedaun sayuran memang tak tahan lama. Selepas 2-3 hari mulalah layu. Sayang pula, buang begitu saja. Bila nak pakai mulalah tercari-cari.
Biasanya, kalau nak guna dedaun sayuran ini tidaklah banyak mana pun, tapi nak kena beli dalam jumlah yang ditetapkan. Bila simpan dalam peti ais, lama kelamaan akan layu dan kering.
Jadi, macam mana nak pastikan dedaun sayuran yang kadang-kadang digunakan ini tahan lama dan boleh diguna pakai untuk masakan seterusnya.
Inilah yang dikongsikan oleh Yatie Eimra untuk memastikan dedaun sayuran tahan lama. Paling penting tak perlu rendam dalam air pun. Masukkan dalam freezer je.
Kali ini saya kongsikan nak simpan herba/jenis dedaun ni macam kucai, daun kesum, daun kari, daun bawang, daun sup dan sebagainya.
Sebenarnya saya ikut cara mak saya – simpan lengkuas (yang dah dibersihkan & dipotong) dalam freezer supaya tak kering & tahan lama. Saya mula simpan daun macam daun kucai, daun bawang, daun sup, daun kari, daun kesum, cili, halia, serai dan sebagainya.
Yang bagusnya simpan bahagian freezer ni, herba/dedaun tahan lebih lama & tak perlu nak tukar air bagai (bagi yang rendam dalam air). Fridge saya kecik jer tak muat semua nak disimpan dalam botol/letak air..
Dekat 4 tahun gak la saya amalkan simpan dedaun macam ni. Kalau nak simpan dalam freezer ni, ada beberapa perkara yang kena tahu..
1) Walau simpan apa pun kat bahagian freezer, bila keluarkan nanti & defrost, semuanya akan jadi lembik. Contohnya cili merah, lepas keluarkan memang akan lembik sebab segala cecair dalam tu dah dibekukan. Jadi, KELUARKAN SEBELUM NAK GUNA/masak saja. Biasanya saya simpan cili sikit kat bahagian chiller gak untuk tujuan hiasan.
2) Kena guna tisu jenis tahan bila basah (disposable cloth) atau boleh guna kain perca. Tujuannya nak serap wap-wap air yang terbentuk bila simpan lama dalam freezer. Kalau guna tisu dapur biasa mudah koyak & melekat-lekat nanti. Disposable cloth yang saya guna ni, memang mahal sikit, tapi boleh dibasuh semula & keringkan. Lepas tu boleh guna balik.
3) Gunakan bekas kedap udara atau plastik ziplock terutamanya untuk simpan serai & dedaun supaya tak makin kering. Fridge saya kecik, kena guna plastik ziplock untuk jimat ruang. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan plastik ziplock yang besar & asingkan dedaun ikut jenis dalam plastik pembungkus makanan biasa tu jer.. Tapi cili tak simpan dalam plastik ziplock pun takpe sebab tetap akan lembik jugak.
Tip: Sila basuh & tos dulu ye sebelum frozenkan. Lagi bagus kalau biarkan keringkan sikit supaya tak melekat-lekat nanti. Lepas keluarkan tak perlu basuh & boleh terus guna.
P/s: Untuk sayur-sayuran boleh guna plastik ziplock & tisu ni tapi simpan kat bahagian chiller jer. Asingkan ikut portion sekali masak. Untuk simpan carrot, potong bahagian atas (supaya tak tumbuh tunas) & potong kecil. Tukar tisu/kain bila dah basah ye.
1. Halia ni saya potong banyak saiz sebab ada masakan yang perlukan halia dihiris panjang contohnya ayam masak halia.
2. Boleh juga basuh bersih halia & keringkan. Kemudian terus potong kecik & frozen kan. Halia yang baru dikeluarkan dari freezer lagi mudah nak kikis kulitnya.
3. Untuk halia, lengkuas & kunyit hidup saya letak dalam 1 plastik
4. Kucai ni perlu dilipat seperti ini supaya mudah nak ambil 1-1..
5. 1 pokok daun pandan ni saya simpan dalam freezer. Lipat 1-1 supaya mudah nak ambil
6. Masuk dalam plastik pembungkus makanan untuk asingkan jenisnya
7. Saya nak jimatkan plastik ziplock, jadinya saya gunakan 1 jer saiz besar.
8. Serai ni saya beli dah lama & masih elok.
9. Cara ni juga boleh simpan sayuran, cumanya simpan bahagian chiller.
10. Ada 2 ketul balance carrot. Masih rangup/tak berkulat bila simpan cara ni. Tapi perlu tukar tisu bila dah basah
Mingguan Wanita : Lepas ni, kita masuk dalam freezer. Paling penting tak payah rendam air pun. Tetap tahan lama dan tak kering.
Tak semua masakan yang mak-mak masak akan menggunakan limau nipis. Hanya hidangan tertentu saja yang mungkin boleh menambahkan keenakan masakan itu.
Namun, berapa banyak sangat yang mak-mak nak guna limau nipis ini. Ada sesetengahnya hanya separuh sahaja. Selebihnya disimpan.
Bila simpan dalam peti ais ni, faham-faham sajalah, lama-lama akan jadi kering, dah tak boleh guna. Akhirnya ke dalam tong sampah pula. Sayang dan membazir pula.
Sebenarnya, ada tip untuk mak-mak simpan limau nipis ini dan boleh guna lagi untuk masakan lain. Inilah yang dikongsikan oleh Yatie Eimra.
Biasanya kalau tak habis guna, selalunya sampai jadi kering dalam fridge kan. Sekarang ni barang banyak yang dah naik harga.. Apa kata kata simpan macam ni lak untuk elak pembaziran..
Saya memang simpan baki limau nipis dalam freezer sebab tahan lama & tak membazir..
Lepas mak-mak potong sikit bahagian yang nak guna, terus potong untuk kegunaan lain kali pulak.
Lagi mudah kalau buang biji terus. Letak dalam bekas (sebaiknya yang bertutup) & simpan dalam freezer (bahagian sejukbeku). Lain kali bila nak guna, cuma ambil bahagian yang nak guna tu & biarkan kejap kat suhu bilik.
Kalau nak cepat, rendam jela kejap dalam air panas sebelum guna, selesai.
P/S: Baki limau nipis dalam bekas tu dah 3 minggu saya sengaja simpan untuk tunjukkan masih elok je lagi.
Mingguan Wanita : Apapun, kalau nak tahan lama, boleh simpan dalam freezer. Tapi tak semua ye, kena tengok apa bahan dapurnya.