Bacakan Doa Mustajab Anak Soleh Ini, Letaklah Tangan Di Ubun-ubun Anak

Setiap kali sebelum tidur, mahupun bangkit dari tidur, selain mengucapkan syukur atas nikmat kehidupan pemberianNya, mak ayah mengharapkan anak-anak membesar jadi anak yang soleh.

Selain mendorong dan tunjukkan jalan kebaikan, jangan pernah mak ayah lupa untuk mendoakan anak-anak. Perkongsikan Nor Fatihahnoor ini adalah amalan harian yang dilakukan untuk anak-anaknya.

Anak-anaknya pun seronok bila Umi membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun kepalanya. Minta agar Umi selalu buat, setiap kali mahu ke sekolah. Indahnya.

IKLAN

Inilah amalan yang mak ayah lain boleh sama-sama buat.

DOA ANAK SOLEH

Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna,
Ya Fattah
Ya Alim
Ya Nur
Ya Hakim
Ya Rashid
Ya Hafiz
Ya Muhaimin
Ya Latif
Ya Zaljala liwal ikram
YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK ANAK KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya mujib.

IKLAN

Cepat Umi, Letak Tangan Kat Kepala

Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut-kalut menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun-ubun kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB

IKLAN

MW : Semoga jadi amalan bersama.

Sumber/Foto : Nor Fatihahnoor

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI