Kadangkala mak-mak merasakan hidup anda paling susah, namun masih ramai di luar sana yang berperang untuk meneruskan hidup. Ada yang makan pun tak cukup.
Dalam sibuk-sibuk kita berfikir dan bertukar menu setiap hari, ada segelintir masih berdoa agar ada makanan untuk berbuka.
Bagi sesetengah orang, apalah sangat nilai RM 10, tapi ada yang sanggup bergadai nyawa untuk tunaikan permintaan anak dengan wang RM10.
Kejadian yang dikongsikan oleh Puan Narqes Raimi memberi kesedaran kepada mak, ayah bahawa di luar sana bahawa masih ramai insan yang kurang bernasib baik. Fahami dan hadam baik-baik perkongsian ini:
“Apalah Sangat Nilai RM10…”
Salam 3 Ramadhan, Hari ini saya hendak share satu kisah yang baru berlaku petang tadi buat renungan kita semua.
On the way balik kerja tadi, terasa pula hendak singgah bazar ramadan dekat dengan rumah, selepas itu singgah mart hendak beli barang, tetiba ada orang menjerit ‘pencuri!!!’…
Saya nampak seorang lelaki ini kena terjah dengan empat orang staf lelaki mart itu dekat luar kedai… Nampak berdarah baju orang itu mungkin sebab terlanggar masa kena tangkap…
Kasihan tengok dia, saya pun jerit beritahu untuk lepaskan dia dan saya offer untuk bayarkan… Saya hulurkan duit pada dia. Suruh dia bayar dan minta maaf pada staf kedai…
Di kaunter bayaran, dia letak barang yang dia ambil itu, cuma dua botol susu bersaiz kecil dengan satu botol keropok kentang yang total tak sampai RM 10 pun…
Memang rasa hendak nangis tengok apa yang dia ambil… Saya tanya dia, awak ambil untuk anak ke? Dia angguk tunduk pandang ke lantai saja..
Dia ucap terima kasih dan keluar kedai dengan dahi yang masih menitik darah.
Perbuatan Mencuri Tetap Salah
Mencuri tetap salah dalam apa keadaan sekalipun, tetapi inilah yang orang sanggup buat bila sudah terdesak… Mungkin anak di rumah menangis meminta-minta pada ayahnya.
Menitik air mata sepanjang saya jalan balik ke kereta tadi… Apalah sangat nilai RM10???
Ads
Nilai RM10 pada yang “ada” mungkin kecil saja, tapi ada yang sanggup dipukul, bergadai nyawa untuknya.
Sekadar berkongsi untuk renungan semua…
MW: Semoga perkongsian ini memberi pengajaran buat kita semua, ternyata tidak semua bernasib baik dalam keadaan negara dilanda pendemik. Ada yang hilang mata pencarian dan ada yang juga hilang keluarga.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Ads
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 10 Julai dan 24 Jukai 2021. Peserta diberi tunjuk ajur menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Wajib Join, Latihan Penyediaan Makanan. Ambil tahu dos and don’ts pada 25 Mei dan 19 Ogos. Peserta boleh memilih salah satu sesi yang diadakan pada tarikh tersebut. Kursus ini banyak membantu peserta yang terlibat dalam perniagaan makanan mengetahui perkara-perkara yang harus dielakkan semasa menyediakan makanan untuk pelanggan. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/wajib-join-latihan-penyediaan-makanan/
Pelitup muka dipakai bertujuan untuk mengekang penularan COVID-19 dan mempunyai spesifikasi tertentu barulah ia benar-benar berkesan dalam melindungi diri daripada virus ini. Walaupun kini, pelbagai rekaan ada di pasaran, namun material yang digunakan pula pastinya yang bersesuaian dengan tujuan pemakaian pelitup muka ini.
Pelitup Muka Emas
Mungkin atas status sosial bagi menggambarkan status dan kekayaan yang dimiliki, seorang Ahli Perniagaan di Benggal, India telah menempah dan menggayakan pelitup muka emas daripada pereka barang kemas Chandan Das.
Das difahamkan menyiapkan pelitup muka emas seberat 108 gram itu dalam masa 15 hari.Harga pelitup muka berkenaan mencecah Rs 5.7 Lakh atau bersamaan RM236,000.
Semasa perayaan ‘Durga Puja’ di Kolkata, ahli perniagaan itu memakai pelitup muka tersebut terbarunya tetapi terpaksa menanggalkannya kerana menerima pelbagai reaksi orang ramai.
Foto pelitup muka tersebut kemudian tular di Twitter dikongsikan wartawan Rituparna Chatterjee.
Pada tahun 2020, pelitup muka emas milik seorang hartawan, Shankar Kurhade dari Pune menjadi tular. Pelitup muka seberat 60 gram itu mempunyai beberapa lubang kecil yang membolehkan dia bernafas.
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Mungkin sebab dah terlampau kaya, pelitup muka pun nak diperbuat daripada emas. Pelitup muka sekadar bergaya, namun tidak berfungsi untuk melindungi diri daripada virus covid-19.
Ikan bilis goreng dah biasa dengarkan, ayam goreng kunyit waima udang goreng kunyit pun selalu sangat orang kita makan. Tapi anak ikan haruan goreng kunyit ini tak ramai yang tahu melainkan anak-anak yang membesar dari sawah bendang.
Lauk ini memang simple lagi menyelerakan yang amat-amat. Sebabnya makanan sebegini mengembalikan nostalgia. Mengimbau kembali kisah waktu kecil yang mana mak-mak akan bawa anak-anak menangguk anak ikan haruan di bendang.
Demikianlah yang dituturkan Puan Norahalina Lina yang menetap di Sungai Besar dalam Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN)
“Teringat dulu masa kecil. Mak kita suka bawa kita pergi ke bendang untuk menangguk anak ikan haruan ni. Basuh bersih-bersih. Letak garam dan kunyit, goreng. Makan dengan nasi panas-panas. Sedap.”
Cari Anak Ikan Haruan
Dekat sawah padilah tempat anak ikan haruan paling suka berhabitat. Tak pun dekat parit kecik di sawah. Ikan haruan suka bawa anak-anaknya di situ.
3 Cara Masak Anak Ikan Haruan
Basuh bersih-bersih
Letak garam dan kunyit. Gaul rata
Goreng
Rasanya: Macam ikan biliskah? Lain Sikit. Anak ikan ini lagi sedap daripada ikan bilis. Ambil nasi panas-panas dan anak ikan goreng tu gaul dan makan macam tu je.
Ini Cara Lain Memasaknya
Komen lain dari geng MAHI cara lain nak masak anak ikan haruan yang ‘rare’ ini
Sedapnya goreng letak cili api dan bawang
Buat pais pun sedap
Bungkus daun pisang dan bakaq
Gaul garam kunyit sikit dan balut daun kunyit
Bubuh garam kunyit goreng, sebelum letak ikan tabur tepung beras dalam minyak dan hirisan halia baru buh ikan
Buat cekodok anak marak & kopi
Masak sambal kering
Basuh taruk garam kunyit dan masuk serbuk kari sesudu dan goreng
Buat pais balut daun pisang buh bawang, serai, cabai muda, garam dan kunyit. Sedap sangat!
Kegunaan Lain Anak Ikan Haruan
Peram dengan asam keping dan garam buat umpan pancing ikan puyu di bendang.
Pelakon jelita yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha, telah memuat naik gambar dirinya berhijab dengan kapsyen bertulis Bismillah dan mendapat pujian ramai, malah lebih 200,000 tanda suka oleh pengikutnya di laman sosial.
Mengakui telah berhijrah sejak empat hari lalu. Hannah menyatakan sudah berniat sekian lama dan akhirnya menjadi kenyataan.
Heroin pujaan ramai ini akui sudah berniat mahu memakai hijab sejak Ramadan lalu. Bagaimanapun, disebabkan terikat dengan komitmen drama Cinta Sekali Lagi, niat berhijrah terpaksa ditangguhkan dahulu.
Bertambah seri selepas memakai hijab.
Jiwa Lebih Tenang
Penghijrahan itu membuatkan jiwanya kini lebih tenang.
“Saya hanya menunaikan tanggungjawab kepada Allah SWT. Dalam hidup, kena sentiasa berubah dan memperbaiki kekurangan diri. Saya mahu menjadi muslimah yang baik. Insya-Allah.
“Saya juga bersyukur kerana keputusan dibuat pada saat tiada hutang penggambaran yang memerlukannya tidak bertudung,” katanya seperti mana yang dipetik Berita Harian Online.
Bukan Sebab Kahwin
Hannah juga menerangkan keputusan dibuat selepas terdengar gosip mendakwa bakal mendirikan rumah tangga, Hannah menafikannya.
“Tidak… Saya bertudung bukan sebab mahu kahwin,” katanya.
Hannah juga turut menerima ucapan dari rakan artis dan peminat:
Sumber: https://www.bharian.com.my/hiburan
Sumber Foto:Instagram hannahdelisha
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.