Geramnya bila tengok gambar-gambar anak masa kecil. Dengan debab dan keletahnya yang membuatkan kita sebagai mak ayah terus hilang rasa penat bila tengok raut wajah anak.

Itulah, masa kecil tidak akan berulang lagi. Hanya dengan gambar-gambar yang mak ayah ambil itulah dapat dikongsi kegembiraan dan tunjukkan pada mereka bila dewasa kelak.

Sebab itulah, masa kecil anak-anak mak ayah kena ambil gambar banyak-banyak untuk jadikan kenangan. Barulah bayangan diri anak masa kecil tidak akan hilang.

Itulah yang dikongsikan Dr Redza Zainol untuk mak ayah supaya ambil gambar anak-anak sebanyak mungkin. Inilah kenangan yang cukup bahagia dan masa tidak akan berulang lagi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Ajar Anak Lelaki Cara Dulu, Hidup Susah Bukan Beri Kemewahan, Baru Jiwa Kental

Mak Terlalu Mengharap Kejayaan Anak, Jangan Sampai Lupa Selitkan Doa Jadi Anak Soleh

Info Lebih Menarik DI SINI

Masa kecil, Ambillah Gambar Sebanyaknya

“Aku dah mula lupa macam mana rupa jari anak aku.”

Entah apa yang patut saya balas.
Hanya mampu memberi kata semangat. Anaknya baru berusia beberapa bulan sebelum menemui Ilahi.

IKLAN

Antara kekesalan sahabat ni dia jarang ambil gambar anaknya. Dia fikir anaknya masih kecil, jadi masa masih banyak.

Selalu juga isteri beliau kata ambillah gambar anak lagi-lagi bila dia tengah buat bermacam aksi.

Sahabat ni pesan.

Ambillah gambar anak sebanyak mungkin. Dia kata dia selalu pegang telefon. Tapi dia lagi suka guna telefon tu untuk balas mesej kawan atau baca itu ini di media sosial.

Dia simpan telefon dalam poket, tapi entah kenapa berat betul dia nak keluarkan telefon untuk ambil gambar anak.

Dia kata kalau nampak anak terlelap di sofa, meja makan, ambillah gambar dia.

IKLAN

Ambil gambar dia masa dia tak perasan, tak perlu posing hebat-hebat. Ambil je gambar tu.

Masa dia menangis, ambil gambar dia. Begitu juga, masa dia tersenyum ambil gambar dia.

Boleh ambil gambar tapak kaki dia dan ambil gambar jari-jari dia.

Anak Makin Membesar

Masa berlalu pantas dan jika diizinkan Allah, dia akan semakin dewasa. Tanpa kita sedar, dia dah mula tinggalkan kita ke alam sekolah dan universiti.

Untuk sahabat ni, dia tak berpeluang untuk merasa semua ini.

IKLAN

Ambillah gambar anak, bila mereka pergi tinggalkan kita, kita ada gambar mereka bersama kita ketika merindui.

Malah, ambillah gambar anak, tunjukkan betapa comelnya mereka semasa kecil dan betapa kita sayangkan mereka sejak kecil.

Sahabat ni cuma ada beberapa gambar kenangan yang sempat diambil. Tapi tak banyak.
Itu sajalah yang tinggal.

Betul kita taklah selalu teringat nak ambil gambar anak. Tapi kalau teringat, ambil terus gambar tu.

Percayalah, anak dan pasangan kalian akan bersyukur sangat melihat gambar-gambar tu.

MW: Tak kisah telefon penuh gambar anak kita, sekurangnya kita ada momen indah untuk diingat sampai bila-bila.

Sumber: Dr Redza Zainol

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI