Agak membimbangkan apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan amaran pada Rabu, COVID-19 tidak akan hilang dan penduduk dunia perlu terima hakikat dan belajar hidup dengannya.

Ketika beberapa negara di seluruh dunia mulai secara beransur-ansur melonggarkan sekatan perintah berkurung yang dikuatkuasakan kerajaan masing-masing untuk menghentikan penyebaran pandemik COVID-19, WHO mengatakan ia mungkin tidak akan dihapuskan sepenuhnya.

Jangkiti 4.2 Juta Orang

Virus ini kali pertama muncul di Wuhan, China akhir tahun lalu dan kini sudah menjangkiti lebih daripada 4.2 juta orang di seluruh dunia dan membunuh hampir 300,000 di seluruh dunia.

“Kami mempunyai virus baharu yang menyerang populasi manusia, oleh itu sangat sukar untuk diramalkan bila kita akan mengatasinya,” kata Pengarah Kecemasan WHO, Michael Ryan.

IKLAN

“Virus ini mungkin menjadi virus endemik lain di kalangan penduduk dunia ketika ini dan virus ini mungkin tidak akan pernah hilang.

“Seperti jangkitan HIV tidak hilang – tetapi kita telah mengatasi virus ini,” katanya pada sidang media maya di Geneva. Lebih daripada separuh penduduk dunia terpaksa mengikut perintah berkurung sejak krisis kesihatan ini bermula lebih enam bulan lalu,” kata Ryan.

Amaran WHO, Kena Terima Hakikat COVID-19 Tak Akan HILANG

IKLAN

Setiap Negara Kena Berwaspada

Justeru, WHO memberi amaran bahawa tidak ada jaminan bagi kebanyakan negara yang mula melonggarkan sekatan perintah berkurung tidak akan mencetuskan gelombang jangkitan kedua.

“Banyak negara ingin keluar (daripada pandemik COVID-19) dengan cara yang berbeza.

IKLAN

“Jadinya, kita mencadangkan supaya setiap negara sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga pada tahan tertinggi,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus.

MW:Apa yang penting dalam situasi sekarang setiap orang kena mainkan peranan. Biasakan dengan norma baru jaga kebersihan diri, pakai topeng muka, jaga penjarakan sosial, duduk di rumah dan keluar hanya bila perlu.

Sumber:Bharian

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI