Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Lambat atau cepat. Salah satu cara rezeki terbuka luas adalah dengan berzikir. Ini juga salah satu usaha kerana ia tidak akan datang bergolek, melainkan usaha.

Jangan ingat, zikir hanya dibaca selepas solat, sedangkan ia tidak terbatas waktu dan salah satunya adalah untuk rezeki terbuka luas. Sentiasa amalkan dan pastikan bibir tidak pernah berhenti untuk mengingat Allah.

Antara zikir terbaik adalah Asmaul Husna dengan mengenal 99 nama yang dimilik Allah. Malah antara dua Asmaul Husna yang boleh kita amalkan untuk rezeki terbuka luar ialah Ya Fattah dan Ar Razzaq.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Semasa Hayat, Bibir Tak Lekang Berzikir, Tasbih Dan SEDEKAH, Pemergian MAK Yang Dicemburui

Amalkan Zikir Ini SELEPAS Solat Untuk & Upgrade Hidup 10 Kali Ganda

Info Lebih Menarik DI SINI

Amalkan 2 Zikir, Rezeki Terbuka Luas

AL FATTAH

Erti dari Asmaul Husna ini adalah pembuka. Jika diamalkan secara rutin boleh buat rezeki terbuka luas, jodoh, jalan usaha, fikiran yang tertutup, membuka langit dan membuka keampunan. Apa saja yang terasa tertutup dan kita ingin membukanya dengan izin Allah maka zikir mengulang-ulang nama Allah Ya Fattah boleh dilakukan.

Bagi yang belum bertemu jodoh, zikir ini bererti memohon agar dibukakan jodohnya, dipertemukan dengan orang tepat dan boleh membimbing dan dibimbingnya menuju jalan Allah.

Manakala bagi yang belum punya anak, zikir ini bererti memohon agar diberi kesempatan memiliki buah hati dari rahim sendiri.

Bagi yang belum punya pekerjaan, zikir ini bererti memohon agar dibukakan jalan menuju pekerjaan impian atau di bukakan jalan untuk memulai usaha sendiri.

Selain itu, bagi yang punya banyak dosa, zikir ini bererti memohon agar pintu keampunan Allah dibukakan untuknya.

Jika yang punya banyak masalah, zikir ini bererti memohon dibukakan jalan keluar dan solusi dari semua masalah yang menimpa.

IKLAN

Malah, bagi yang lagi sakit, zikir ini bererti memohon dibukakan jalan kesembuhan baginya.

AR RAZZAQ
Ya Razzaq adalah Maha Pemberi rezeki. Kita semua tahu bahawa Allah lah yang memberi rezeki. Jika diamalkan secara rutin maka rezeki insya Allah akan terus mengalir dan datang dari tempat yang tak disangka-sangka, dibebaskan dari masalah kewangan dan sebagainya. Bagi orang yang rezekinya sedikit, susah, tak cukup, sukar diperolehi boleh mengamalkan zikir ini agar rezekinya lancar dan berkat.

Bagi yang memiliki anak, boleh membaca zikir ini agar anak yang dikandungnya atau dididiknya menjadi anak soleh, tidak degil, bermanfaat dan boleh jadi tiket buat menghantar orang tuanya ke pintu surga.

Manakala bagi suami isteri yang mengharungi bahtera rumah tangga yang bermasalah, zikir ini bermanfaat untuk memohon rezeki rumah tangga yang sakinah dan menyatukan dua hati yang berjarak.

Bagi yang sedang usaha dan ingin usahanya terus membawa rezeki, amalan zikir boleh diamalkan.

Malah, bagi yang ingin naik haji dan umrah segera boleh merutinkan bacaan zikir ini agar dimudahkan rezekinya menuju ke sana.

Sementara itu, bagi yang perlukan pembiayaan pendidikan, pengubatan, usaha dalam jumlah banyak boleh mengamalkan zikir ini agar dimudahkan memperolehi biaya tersebut.

Baca Sebanyak-banyaknya

Cara mengamalkan Ya Fattah Ya Razzaq Banyak yang menyarankan agar membacanya sebanyak 111 kali setiap hari, 99 kali, 66 kali ataupun 33 kali. Bahkan kalau mampu boleh sampai 1000 kali atau 300 kali. Semakin banyak semakin baik.

Hendaknya diamalkan di mana saja dan bila saja, tidak mesti harus selesai shalat fardhu saja.

IKLAN

Kalau saya peribadi membaca Ya Fattah Ya Razzaq setiap selesai solat fardu 11 kali (disamping membaca tasbih, tahmid dan takbir). Saya juga membacanya setelah selesai solat sunat dhuha dan solat sunat tahajud.

Setiap selesai dua rakaat solat sunat tersebut sebelum melanjutkannya ke dua rakaat selanjutnya saya sempatkan membaca Ya Fattah Ya Razzaq sebanyak 11 kali. Baru kemudian saya lanjutkan dua rakaat berikutnya, selesai salam kembali membaca zikir tersebut sebanyak 11 kali.

Ustaz Yusuf Mansyur menyarankan membacanya minima 12 kali, iaitu 5 kali setelah solat fardu, 1 kali setelah dhuha, 1 kali setelah tahajud dan 5 kali di antara azan dan iqamat.

Disamping membacanya tetap berusaha seperti biasa, yang kerja tetap kerja yang berniaga tetap berniaga, jangan berhenti.
Yakin bahawa Allah akan mengabulkan hajat kita, membuka apa yang tertutup dan melancarkan apa yang tersekat termasuk rezeki kita.

Menyuburkan amalan-amalan pendorong doa, amal soleh dan sebolehnya hindari maksiat.

Setiap saat boleh diamalkan kemudian dilanjutkan doa sesudahnya, memohonkan hajat kita. Bahkan ketika memandu pun boleh baca zikir tersebut sambil mendengarkan lantunan lagu-lagu dari CD atau turut mendengarkan berita dari radio kenderaan.

PENGALAMAN

Setelah saya mengamalkan zikir Ya Fattah Ya Razzaq, saya akui bahawa saya orang yang tidak terlalu alim. Ilmu saya masih sedikit dan menjalankan agama sesuai dengan ilmu yang sedikit itu. Zikir ini memang saya amalkan setelah membaca tazkirah Ustaz Yusuf Mansyur mengenai percepatkan rezeki dengan zikir Asmaul Husna termasuk Ya Fattah Ya Razzaq.

IKLAN

Seboleh mungkin saya berusaha untuk tidak meninggalkan solat sunat rezeki iaitu shalat dhuha sebanyak 6 rakaat setiap harinya. Saya usahakan untuk shalat tahajud meskipun cuma 2 rakaat (meski terus terang lebih banyak tidurnya hehehe..).

Setelah rutin mengamalkan dengan cara di atas tadi saya tidak pernah merasakan masalah kewangan yang teruk. Pekerjaan saya sebagai pegawai bergaji tetap setiap bulannya tapi Alhamdulillah saya hidup merasa tak pernah kekurangan. Setiap saya ingin membeli sesuatu wangnya pasti tersedia.
Saya tidak pernah mengatakan tidak punya wang (pada diri saya) meskipun kenyataannya wang di bank saya memang tidak ada dan tabungan saya menipis. Saya selalu berfikir bahawa saya punya cukup banyak untuk dibelanjakan dan disyukuri. Jika wang saya sedikit, sedikit juga yang saya belanjakan dan syukurnya yang diperbanyak. Jika wang saya berlebih, saya belanjakan sesuai keperluan disertai syukur kerana boleh berbelanja lebih dari biasanya.

Saya juga berusaha semampunya berbuat baik pada kedua orang tua terutama ibu saya dan mertua. Kerana kebetulan berbeza lokasi, setiap orang tua / mertua mengunjungi kami tak pernah lupa untuk memberi saguhati (perbelanjaan) sekadarnya sebelum mereka pulang, berapa kalipun mereka datang dalam sebulan. Saya sangat faham pentingnya berbakti pada orang tua.

Alhamdulillah sejak saya mulai mengamalkan hal-hal tersebut di atas mulai sekitar tahun 2011 sampai saya menulis tulisan ini di awal Julai 2015 belum pernah saya merasakan kesulitan yang teruk dalam rezeki saya. Padahal sebelumnya saya juga sering mengalami masalah, seperti rumah dipecah beberapa kali, emas, wang, dan harta benda melayang dicuri orang, kemalangan meskipun tidak parah dan sering merasa kekurangan wang.

Ketika ini meskipun kami tidak kaya berlimpah harta tapi yang paling penting kami selalu merasa cukup. Kami boleh makan, berpakaian, punya rumah yang selamat dan berkongsi rezeki dengan orang lain itu lebih dari cukupSaya menuliskan ini real dari pengalaman saya peribadi, insya Allah tidak ada perasaan riyak atau ingin dipuji tapi semata-mata saya niatkan buat pembelajaran untuk kita semua. Bahawa rezeki Allah itu fenomena yang tidak dapat dikira dengan hitungan matematik kerana sifatnya yang abstrak. Bukan kuasa kita untuk menentukan berapa banyak rezeki yang kita terima, tapi itu adalah wilayahnya Allah. Kita hanya meminta dan mempercepatkan diri untuk menerima.

Demikian pula dengan zikir ini, bukan berapa kali hitungannya dalam sehari tapi kekerapannya. Biar cuma 1 kali sehari tapi jika rutin itu lebih baik dibanding 1000 kali tapi cuma sekali selama setahun. Semoga Allah merahmati kita semua. Wallahu alam..

Sumber: Lakarmedia

Mingguan Wanita : Basahlah mulut kita dengan bacaan zikir ini, moga bukan sahaja untuk dimurahkan rezeki tapi untuk kebaikan kita dunia akhirat.

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI