Selepas membeli 100 tablet, akhirnya hadiah yang begitu dinanti-nanti pelajar memerlukan ini disampaikan sendiri oleh Ustaz Ebit Lew. Perasaan sebak tetap terbit di sanubari Ustaz, apabila masih ada ramai lagi pelajar yang masih mahukan untuk keperluan belajar.
Berkali Ustaz meminta maaf dalam postingnya di instagram, kerana masih belum dapat memenuhi permintaan 100 ribu permohonan pelajar yang diterimanya.
Bagaimana pun, tetap ada bahagian untuk anak-anak yang direzekikan menerima. Kongsi Ustaz Ebit lagi,
“Tadi dengan bantuan guru besar dan cikgu yang hebat aturkan pelajar menerima hadiah dari saya. Saya singgah di sebuah sekolah. Sebenarnya kasihan jika pelajar tak masuk kelas walau secara online.
Banyak juga yang saya kenal pasti khas untuk yang ada kad OKU dan adik beradik ramai terus hantar ke rumah.. Maafkan saya yer tak banyak. Sorry yer. Sorry. Saya minta maaf. Tab ni permintaan ada 100 ribu dah.
IKLAN
Dah setahun tiada kelas sangat. Takut setahun lagi. Ilmu sangat penting membangunkan jiwa pelajar. Adik-adik belajar rajin-rajin yer. Doakan yer cuba bantu sikit-sikit lagi.”
Mohon Doakan Dapat Bantu Lagi Pemberian Tablet
Sebelumnya pemberian tablet ini lagi Ustaz Ebit sudah berasa sebak. Mengenangkan permintaan anak-anak yang begitu memerlukan.
IKLAN
“Sayu rasa hati. Dalam separuh hari sahaja (sebaik Ustaz Ebit muat naik pemberian tablet 4 hari lalu) 43 ribu mesej atau 43 ribu orang perlu Tab untuk anak belajar. Ramai juga yang OKU, tiada pekerjaan, anak yatim piatu, kerja gaji kecil. Semua bangsa ada dari semua negeri.
Permintaan kerusi roda yang perlu lagi 8 ribu kerusi roda. Ambulans dan van jenazah setiap hari bergerak. Maafkan saya ye tidak dapat membantu ramai lagi. Maafkan saya. Semoga Allah ampunkan dosa saya. Ya Allah siapa sahaja yang benar-benar memerlukan permudahkanlah. Lapangkanlah buat saudaraku semua. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.”
IKLAN
Ustaz Ebit Lew dengan rendah hati memaklumkan ketidak mampuannya. Bagaimanapun, ramai sedia maklum dan sedar betapa Ustaz sudah melakukan yang terbaik. Malah, usaha yang ustaz lakukan untuk menggembirakan anak-anak sekolah ini begitu murni memberi kesan di hati rakyat Malaysia.
“Arwah sempat tekan saya sebelum lemas” kongsi detik sedih gagal selamatkan sahabat. Begitulah antara ungkapkan sedih Muhammad Aqil Shafie, 12 selepas rakannya tenggelam ke dasar sungai ketika mandi di Sungai Dungun dekat Kampung Rajawali, petang semalam.
Berkongsi detik sedih itu Muhammad Aqil menceritakan bagaimana dia cuba berenang mendapatkan mangsa dan arwah sempat menekan badannya ke dalam sungai sebelum menendang sehingga dia sendiri hampir lemas.
Rakan sebayanya, Abdul Rafiudin Abdul Rashid, 12 ditemui lemas dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam. Mangsa merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pulau Serai.
Seperti mana dipetik menerusi Harian Metro, Muhammad Aqil, berkata, biarpun dia berjaya menyelamatkan Muhammad Qhalish Iman Hazimi, 12, namun dia sangat sedih kerana gagal menyelamatkan mangsa.
“Saya nekad nak menyelamatkan mereka berdua sehinggakan saya lupa saya juga boleh mati dalam kejadian itu,”
“Kami semua rakan sekelas, dan ketika di sekolah, mangsa (Abdul Rafiudin) membuat cadangan kepada kami semua untuk mandi di sungai itu.
“Selain kami bertiga, dua lagi rakan sekelas, Wan Adip Hakimi Wan Ahmad Khairuddin, 12, dan Raja Muhammad Anas Raja Ibrahim, 12, turut sama mandi di situ,” sambungnya.
Pada Awalnya Mandi Di Tepi Sungai
Muhammad Aqil turut menambah, ketika itu, mereka semua mandi di tepi sungai, dan mangsa mengajak kami pergi ke sebuah beting pasir dalam jarak kira-kira 30 meter dari darat.
“Ketika itu, Raja Muhammad Anas tidak ikut dan kami berempat berjalan ke tebing pasir itu kerana air ketika itu sangat cetek.
“Tidak lama bermain di beting pasir itu, kami ambil keputusan untuk balik ke darat dan tidak sangka ketika itu air pasang dengan cepat dengan kedalaman kira-kira empat meter,” jawabnya.
Muhammad Aqil berkata, dalam perjalanan pulang itu, mereka terpaksa berenang dan mangsa (Abdul Rafiuddin) dan Muhammad Qhalish tiba-tiba lemas dan meminta tolong.
“Saya pergi membantu mangsa dan mengarahkan Wan Adip Hakimi membantu Muhammad Qhalish.
“Saya berenang mendapatkan mangsa dan mangsa sempat menekan badan saya ke dalam sungai sebelum menendang sehingga saya hampir lemas” katanya.
Katanya, apabila mengetahui kedua-dua mangsa semakin lemas, dia dan Wan Adip Hakimi mengambil keputusan untuk berenang ke darat dan mengambil pelampung.
“Saya dapatkan sebuah pelampung dari dalam bot nelayan dan saya berenang semula dan sempat melemparkan pelampung itu kepada mangsa dan mangsa sempat pegang sebelum pelampung itu terlepas dari pegangannya.
“Saya berenang mendapatkan pelampung itu semula itu dan bila saya baling ke arah mangsa, dia tak mahu pegang pelampung itu sebelum tenggelam ke dasar sungai,” jawabnya.
Mayat Abdul Rafiuddin Abdul Rashid, 12, ditemukan oleh lima ahli keluarganya yang melakukan pencarian dasar sungai bersama anggota bomba dan polis, jam 2.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, ahli keluarga mangsa bersama pihak berkuasa melakukan pencarian sebaik air sungai mula surut.
Menurutnya, pencarian itu berjaya menemui mayat mangsa kira-kira 12 meter dari tempat mangsa dilaporkan tenggelam.
“Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan akan diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian ,” ceritanya.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
#kelasjahitankreatif
#sewingworldgallery
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Selebriti yang juga aktivis sosial, Abby Abadi kini begitu aktif mengumpul dana dan menyalurkan derma menerusi program WALLET KASIH PKP untuk membantu keluarga terutamanya yang terjejas ketika pandemik Covid-19.
Abby Abadi Hulurkan Bantuan
Mengajak pengikut di laman sosialnya, Abby mempunyai cara tersendiri dalam urusan menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Malah Abby juga menjelaskan bantuan yang diberikan adalah dalam bentuk kecil-kecilan.
Abby juga menjelaskan wang yang disumbangkan adalah hasil dari dana yang dikumpulkan daripada sahabat-sahabat dan pengikut di laman sosial yang sudi menyumbang. Malah agihan derma juga diberikan setiap hari.
Abby Abadi Hadkan Sumbangan 30 atau 50 Orang Sehari
Namun menerusi entri di akaun Instagramnya semalam, pelakon ini berasa tertekan apabila didesak oleh individu yang meminta bantuan kewangan daripadanya.
Abby juga terpaksa menghadkan sumbangan kepada 30 orang sahaja sehari dan ia bergantung kepada dana yang terkumpul.
Seperti mana yang dipetik menerusi akaun Instagramnya Abby menulis;
“Adaaaa ni… duduk dekat luar dgn macam2 aktiviti Awak org buat pe je kt rumah tuuu??
“Yg minta bantuan sehari limit 30org je kita buleh transfer ye. Kalau ada yg membantu buleh pergi 50 org.. kitapun ada kerja lain.. janganlah mendesak. Dan takperlu video cal insta tak henti2.. pening tauu! Naik darah tinggi Sy..
“Ps: Ye ke takde bantuan langsung dan mengharap Sy je? Ramai je yg menghulur bantuan kan? Jimat2 k..Tak terkejar Sy nk bantu semua.. ”.
Abby Abadi Saling Tolong Menolong
Abby sebelum ini dengan hati yang ikhlas telah mengajak sahabat-sahabat dan pengikutnya menerusi entri di akaun Instagramnya menolong mereka yang memerlukan bantuan.
Sememangnya usaha murni Abby ini sangatlah mulia dan seharusnya menjadi ikutan ramai. Bagi mereka yang sudi menghulurkan derma bolehlah bersama-sama menyumbang program WALLET KASIH PKP yang diusahakannya. Semoga apa yang dilakukan akan dirahmati Allah SWT.
“SEDEKAH
“ALLAH SWT berfirman,
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya, dan Dia juga yang menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka ALLAH akan menggantikannya; dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Saba’ 34:39)
“Hebatnya mereka yang berada dalam golongan ini. Dengan izin ALLAH SWT, pahala yang berganda & berterusan mengalir sebagai bekalan di akhirat kelak. Hadis di atas seiring dengan ayat 261 Surah al-Baqarah yang bererti “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan ALLAH adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir tumbuh 100 biji. ALLAH melipatgandakan bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan ALLAH Maha Luas lagi Maha Mengetahui”.
“Sahabat IG ku, yg ku kasihi kerana ALLAH.. Sy mohon bantuan lagi.. sorang RM10 pun Alhamdullillah
“Ramai yg terputus bekalan makanan, terputus susu, pampers anak.. sy sedih. Tapi kalau Sy nak bantu sorang, nk kayuh sendiri memang tak terkejar. Jadi Sy berharap sangat Sahabat2 Sy disini bersama Sy utk Wallet Kasih PKP yg Sy usahakan ini.
“Yg terkumpul setiap hari, itulah yg Sy agihkan.. tp tetap tak cukup. Makin hari makin ramai pula yg DM tak berhenti. PKPB bersambung lagi.. Bertambah2 masalah mereka. Bertangguh itu dan ini. Tapi yg bertangguh2 dgn jumlah yg besar, kena usahakan dana lain ye. Sy yg kerdil dan hina ini bukan siapa2.. tak dpt nk kumpul banyak & tak mampu nk bg jumlah besar2.. mcm yg Sy selalu bgtau, Sy target duit makan, susu pampers je sorg sikit.
“Tolong ye… Sahabat yg kaya
“WALLET KASIH PKP
“RHB BANK
“Arbaieyah Abdul Manan
“26233500041199”.
“Doakan semoga arwah nenda ditempatkan bersama hamba Allah beriman” Aliff Aziz kehilangan insan tersayang. Salam takziah diucapkan buat selebriti popular Aliff Aziz dan keluarga yang telah kehilangan nenek tersayang.
Perkhabaran sedih itu dimaklumkan oleh Aliff menerusi akaun rasmi Instagramnya. Kehilangan neneknya, Hajah Rahmah Ismail, 82, yang disahkan meninggal dunia di Singapura pada 23 Februari cukup meninggalkan kesan buat Juara Gegar Vaganza Musim kelapan itu.
“Doakan Semoga Arwah Nenda Ditempatkan Bersama Hamba Allah Beriman”
Malah Aliff juga menyatakan, Allahyarham neneknya merupakan seorang penyayang dan banyak berkhidmat membawa Jemaah mengerjakan ibadah Umrah dan Haji ketika muda.
“Assalamualaikum kepada semua.
“Nenda saya Hjh Rahmah Binti Ismail telah kembali ke Rahmatullah.
“Saya selaku cucu yang pertama, berhajat kepada semua untuk sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan juga doakan semoga arwah nenda saya ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang beriman.
“Seorang yang sangat penyayang dan juga banyak berkhidmat membawa jemaah untuk ibadah Umrah dan Haji sewaktu beliau muda.
Semoga Baba Tenang Disana
“Alhamdulillah.
“Selamat jalan, Baba. Aliff doakan semoga Allah beri perlindungan di atas segala ketakutan dan dimakbulkan segala pengharapan Baba.
“Semoga Baba tenang disana. Ameen Ya Rabbal’alameen,” luah Aliff.
Ketika ini Aliff dan isteri Bella Astillah masih lagi menjalani kuarantin selepas pulang ke tanah air beberapa hari lalu daripada mengerjakan umrah sejak 9 Februari lalu.
Menerusi ruangan komen pula, para pengikut Aliff di Instagram turut mengucapkan salam takziah.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Aliff dan keluarga. Semoga arwah nenek ditempatkan di kalangan para syuhadah.
Anak syurga berusia 2 hari meninggal, saluran pencernaan bengkak selepas diurut nenek. Tidak semua pandangan orang lama boleh diikuti meskipun ramai mendakwa terlebih dahulu...