Ada Trik Yang Isteri Boleh Buat, Supaya Suami Hargai Dirinya...

Kita semua pasti ada sesuatu barang yang sangat dihargai atau disayangi. Barang itu mungkin mahal atau juga sebaliknya. Tapi ia sangat dihargai kerana ada banyak kenangan yang terkait dengannya. Begitu juga dalam rumah tangga.

Isteri-isteri sila baca artikel perkongsian daripada Dr. Syed Yusainee Yahya, Promind Training And Consultation, juga penulis tetap ruangan Nota Untuk Isteri di dalam Majalah Mingguan Wanita. Kemudian, jangan lupa share dengan suami masing-masing ye!

Nasihat

Selalu didengar nasihat supaya suami menghargai isteri. Sebagai isteri memang anda tidak boleh memaksa suami menghargai anda. Siapa pembaca nota ini sekarang yang berani mengaku dia berjaya paksa suami menghargai dia? Memang tidak ada.

Namun begitu, ada cara untuk menjadi isteri yang dihargai suami. Bagaimana? Itulah yang saya akan kongsi dalam nota minggu ini.

Saya tidak boleh nafi yang isteri memang memikul cabaran lebih besar dalam rumah tangga berbanding suami. Itu termasuk untuk membuat suami menghargai isteri. Ingat balik salah satu ciri kenapa sesuatu barang itu dihargai?

IKLAN

Ada Trik Yang Isteri Boleh Buat, Supaya Suami Hargai Dirinya…

Cuba Berjauhan

Salah satu sebab barang itu dihargai kerana tanpa barang itu maka hidup kita akan terganggu. Anda boleh menjadi isteri yang sangat dihargai apabila suami tidak boleh hidup tanpa anda.

Jika ada peluang, sesekali cubalah hidup berjauhan sikit daripada suami. Contohnya masa berpantang atau kursus di luar kawasan. Jika selama ini suami rasa semua senang dan mudah sebab anda menguruskannya dengan baik, pasti dia akan terasa kekosongan bila anda tidak ada di sisi.

IKLAN

Suka Tengok, Tapi…

Percayalah lelaki perlu diajar begitu. Sebab itu lelaki tidak boleh meninggalkannya ibu mereka. Saya tidak mahu bercakap pasal hukum antara ibu dan anak tetapi anak lelaki pasti rasa sangat terhutang budi kepada ibu yang telah menjaga mereka sebelum ini. Sebelum anda mengambil alih tugas itu.

Lelaki memang suka perempuan cantik dan seksi. Itu fitrah lelaki yang perempuan juga tahu. Sebab itu ramai lelaki kenyang dengan jamuan mata percuma merata-rata. Tapi jika ditanya pada lelaki-lelaki itu adakah mereka mahu mengambil perempuan begitu sebagai isteri, jawapannya tidak! Mereka tetap kembali kepada gadis kampung yang terjaga atau yang dicadangkan keluarga.

IKLAN

PENTING! Jaga Makan Pakai Suami

Begitu juga dengan status isteri. Mungkin sekarang ada definasi moden tentang kedudukan isteri yang kebanyakannya juga bekerja.

Isteri yang dikagumi suami ialah isteri yang menjaga adab apabila berada di luar rumah dan masih boleh berfungsi seperti isteri konvensional di dalam rumah. Maksud saya, masih boleh mengurus makan pakai suami dengan terbaik. Seperti yang saya katakan tadi, ini semua bukan mudah untuk dilakukan. Tapi jika anda mahu menjadi isteri luar biasa yang membuatkan suami tidak boleh hidup tanpa anda, itulah cadangan saya.

Kita selalu mendengar orang kata “berbahagia hingga ke Jannah”. Sedap sungguh kata-kata itu. Sejuk hati membacanya. Namun untuk menjadikan itu realiti tidak semudah mengucapkannya. Jika anda seorang gadis yang baik dan menerima seorang lelaki luar sebagai suami maka adakah lelaki itu tahu apakah harapan anda kepada dia?

Suami Kena Buat Ini…

Anda cuba menjadi isteri yang terbaik tetapi adakah anda memberitahu dia bagaimana untuk jadi suami yang terbaik? Beritahu suami apakah yang anda mahu dia lakukan dalam rumah tangga anda itu. Ianya seperti memberitahu suami nilai seorang isteri memerlukan dia tahu menghargai anda.

Ada perkara yang dia kena buat dan ada perkara yang dia tidak boleh buat. Rasionalnya mudah sahaja. Anda tidak sampai ke Jannah bersama suami jika suami tidak tahu bagaimana untuk menghargai isterinya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI