Telur dadar dimakan dengan nasi putih dan kicap sahaja pun sudah mampu membuka selera.Bahan asas bagi membuat telur dadar juga cukup mudah iaitu telur ayam, garam, bawang merah dan cili merah/hijau.
Namun begitu, seringkali juga telur dadar yang dihasilkan kelihatan leper, tidak cantik dan berminyak-minyak. Sebenarnya, ada beberapa kaedah dan tip yang boleh dicuba untuk memastikan telur dadar kelihatan gebu,lembut dan sedap bagaikan didalam iklan di kaca tv.
Antaranya:
1.Tambah Mayonis
Tambah satu sudu besar Mayonis didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut dan bertambah enak.
Ads
2.Pukul Telur Dengan Lebih Lama
Pecahkan beberapa biji telur kemudian pukul telur dengan lama sehingga kembang, kemudian barulah dimasukkan apa sahaja bahan yang digemari.
3.Tapis Telur Yang Telah Dipukul
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul telur sehingga menjadi kembang. Setelah itu tapiskan telur tadi untuk menapis buih-buih yang ada pada telur. Selepas itu barulah dimasukkan bahan-bahan yang lain.
Ads
4.Masukan Sedikit Air
Pecahkan telur di dalam mangkuk dan masukkan sedikit air. Kemudian pukul hingga kembang dan goreng.
Ads
5.Tambah Perahan Limau Nipis
Pecahkan telur, masukkan sedikit garam dan perahan limau nipis, pukul seketika sehingga kembang. Tunggu minyak betul- betul panas, kemudian tuangkan telur dari jarak yang agak tinggi, seperti kaedah membuat teh tarik, kemudian kecilkan api dan tunggu sehingga masak sebelum terbalikkannya. Hasilnya telur dadar akan kelihatan lebih gebu dan sedap.
Boleh juga menambahkan sedikit serbuk penaik didalam bancuhan telur dan pukul sebati.Ia akan membuatkan telur dadar menjadi gebu,lembut, cantik dan bertambah enak.
Selamat Mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pelajar kelas hujung ini kalau dalam sekolah, mereka tak seglamour pelajar kelas pintar. Sebabnya dari segi akademik, mereka jauh ketinggalan. Tapi, di sebalik diri mereka ada kelebihan yang tuhan beri. Guru mereka berjaya menggilap bakat pelajar-pelajarnya sampai dapat hasilkan sebuah bilik darjah paling ohsem.
Bila cikgu Saiful Bahrin yang mengajar kelas 5UTM, SMK Kuala Kurau Perak, berkongsi gambar bilik darjah studentnya dalam sebuah grup deko, anda yang melihat boleh jatuh kagum.
Sebabnya bilik darjah yang direka sepenuhnya dengan elemen kayu pallet ini bukan saja cantik malah memukau pandangan. Dijamin siapa yang masuk kelas ini rasa lapang dan tenang fikiran.
Idea deko kelas ini diilhamkan dari cikgu Saiful, tapi dibuat sepenuhnya oleh anak-anak murid yang semuanya lelaki. 17 ORANG PELAJAR ITULAH!
“Setiap minggu sekolah akan adakan pertandingan keceriaan kelas. Tapi kelas pelajar-pelajar ini tak pernahnya menang. Dalam hati 17 orang pelajar ini, mereka nak sangat menang anugerah itu. Jadi dengan tekunnya mereka bertungkus lumus; potong kayu, buat rekaan.. dan sampailah masanya mereka bertanding.
“Usaha yang tak pernah jemu, akhirnya pelajar-pelajar ini berjaya buktikan yang mereka mampu mencapai apa yang diinginkan dan jadi juara keceriaan kelas untuk minggu itu. Kemenangan pertama ini memang berbaloi sungguh untuk anak-anak harapan ini.” Kata Cigu Saiful ketika ditemubual Mingguan Wanita.
Mereka ini adalah pelajar-pelajar kelas hujung dari aliran PVMA (salah satu cabang dari kolej vokasional) yang dimasukkan ke sekolah menengah harian. Anak-anak ini tak minat belajar akademik tapi mereka akan belajar kemahiran dan akan memperoleh SPM & SKM
Kalau ada anak-anak kita yang tak menunjukkan minat belajar, jangan sisihkan mereka. Pandu mereka sampai akhirnya dapat apa kemahiran dalam diri. Kemudian, serlahkan sampai akhirnya jadi satu kerjaya buat mereka suatu hari kelak.
Sumber/Foto: Facebook/Instagram Saiful Bahrin
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Beratnya ujian yang dilalui ibu tunggal ini. Rasyidah Binti Mujari, 31 terpaksa melalui saat-saat getir diceraikan suami ketika masih menuntut di semester 2 pengajian IPTA, 3 bulan kemudian ayah yang kuat memberi sokongan meninggal dunia.
Sebulan selepas pemergian arwah ayah, anaknya pula diarahkan oleh doktor untuk melalui pembedahan tonsil di hospital. Dalam serba kepayahan wanita ini tak putus harap. Hari ini nasibnya berubah.
Susah senang itu dikongsikan dengan Mingguan Wanita. Dengan impian mahu menyuntik semangat kekuatan kepada wanita yang sedang melalui ujian dalam hidup mereka.
“Ketika semester kedua saya diceraikan. Sangat sukar untuk saya lalui. hari-hari menangis kenangkan anak kat kampung.
“Duit tak ada untuk makan. Kadang berlapar. Selepas bercerai bapak saya ambil tanggungjawab bantu dari segi financial.
“Genap 3 bulan saya bercerai, Allah lebih sayangkan bapak saya. Dia kembali ke rahmatullah. Saya terduduk, rasa hilang habis kekuatan untuk sambung belajar.
“Saya fikir semula. Kalau bapak tengok saya belajar tak habis tentu dia sedih. Saya kuatkan semangat. Teruskan juga belajar. Lepas sebulan bapak meninggal, anak saya kena jalani pembedahan tonsil.
“Sekali lagi saya hanya mampu menangis. Maklah jadi kekuatan saya. Abang saya pun banyak juga membantu. Keluarkan duit untuk pembelajaran saya.
“Saya cuma belanja RM300 saja sebulan. Lagi RM200 saya gunakan untuk tengok anak saya di kampung setiap minggu.
“Alhamdulillah berkat kesabaran, semangat yang kuat dan support dari anak dan famili saya berjaya sampai ke tahap sekarang dan diterima bekerja di syarikat Jepun.”
Kerjaya tenaga pengajar bidang automotif menjadi periuk nasinya kini. Sudah 8 tahun dia bergelumang dengan dunia yang dimonopoli kaum lelaki
“Tak mudah untuk wanita macam saya mengendalikan kenderaan berat. Macam-macam perangai dan ragam manusia saya temui.
“Disayangi pelajar-pelajar sampailah pernah berdepan dugaan dengan lelaki dan tak terlepas dari gangguan seksual dari manusia-manusia yang tak boleh menahan nafsu.” Itu antara kenangan pahit manis yang perlu ditempuh.
Akuinya, sepanjang mengajar dia tak berhadapan masalah bergaul dengan pelajar. Apabila melibatkan sesuatu yang berat semasa sesi latihan praktikal dia tetap memerlukan tenaga lelaki.
“Mengalah sebelum mencuba itu bukan cara saya. Kena kuat semangat, mental dan fizikal. Setiap kali hampir patah semangat, saya fikir ada famili anak umur 5 tahun yang perlu diberi makan.
“Dari situ saya bangkit majukan diri. Pegang jati diri dan fikir tanggungjawab sama.”
Kata anak kelahiran Pahang ini zaman sekarang bidang automatif yang sinonim kepada kaum lelaki amat luas peluang kerjayanya.
“Saya bermula waktu umur 18 tahun sampailah sekarang. Kalau perempuan terlibat kerjaya ini pun, masyarakat dah boleh terima.
“Saya sendiri, belajar dari sijil sampailah degree. Belum pun habis study saya dah terima offer dari banyak syarikat automotif di Malaysia.
Tambahnya jangan sesekali menganggap wanita tak mampu melakukan kerja yang dimonopoli oleh kaum lelaki. Wanita juga kuat.
Guru muda (tudung ungu corak) lulusan IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, pengkhususan dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran berdepan situasi cemas, menyaksikan seorang Pawang menangkap buaya tanpa apa-apa senjata canggih melainkan sebatang buluh.
Pengalaman sukar dilupa yang mengundang ketakutan dalam dirinya. Ketika kejadian, Nurul Akma Khalid, 36 terpaksa menggunakan bot menyeberang jalan sungai untuk membolehkannya sampai ke sekolah.
“Waktu itu, jambatan untuk menghubungkan Simunjan dan Gedung masih dalam pembinaan. Bot satu-satunya pilihan pengangkutan terdekat. Kalau guna jalan darat, masa diambil antara 3 ke 4 jam untuk sampai ke sekolah,” maklumkan yang perlu membayar RM200 untuk menyewa bot sebulan.
Satu pagi, ketika dalam perjalanan merentasi sungai ke sekolah. Pemandu bot menunjukkan ke arah seekor haiwan yang bergerak ligat di dalam sungai. “Ada buaya terkena jerat.” Katanya.
Enjin bot dihentikan. Ada seorang pawang menunggu di situ. Dia berperang dengan buaya yang tak kurang kuatnya melawan. Tiada senjata canggih pun ada di tangan Pawang melainkan sebatang buluh. Pergelutan itu akhirnya berjaya menumpaskan buaya dan ia dibawa naik ke darat.
“Tipulah kalau saya tak takut sepanjang menyeberang Sungai Sageng. Setiap kali mengenang anak-anak murid menunggu dalam kelas, saya jadi kuat semangat.
“Anak-anak ini kekuatan saya. Mereka memberi keseronokan sepanjang saya mengajar di sana. Pentadbir dan rakan sekerja juga sangat baik. Ambil berat tentang saya, sampaikan pegawai di PPD Simunjan bekalkan jaket keselamatan untuk saya pakai setiap pagi.”
Semangat guru muda ini boleh dijadikan inspirasi. Biarpun terpaksa merentasi sungai yang ada buaya untuk sampai ke sekolah, dia tidak hilang semangat. Malah terus cekal memberikan baktinya pada anak-anak kawasan pedalaman yang memerlukan khidmat didikannya.
Kiriman WhatsApp dari anak pendidikan khas membuatkan guru muda ini terharu. Apabila anak murid dapat mengeja sesuatu perkataan, mengenakan butang baju sendiri, kenal ABC dengan baik, itu sudah cukup bererti baginya yang mengajar murid-murid istimewa.
Guru Pendidikan Khas Integriti.
Mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Manipulatif dan Pendidikan Seni Visual.
Januari 2010 – Jun 2011 : Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Kuching Sarawak
2011 – 2014 : Sekolah Kebangsaan Abang Man Simunjan, Sarawak
2015 – hingga kini : Sekolah kebangsaan Kampung Kolam Kuala Rompin, Pahang
Bila Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mula bersuara agar guru baru yang ditukarkan ke kawasan pedalaman bertahan pasti ada guru-guru muda yang resah dan susah hati. Bertahan di sini bermaksud tidak memohon pertukaran ke Semenanjung sampailah diri mereka disahkan jawatan.
Sebenarnya ramai daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang pernah berhadapan situasi dihantar ke sekolah pedalaman pun pernah melaluinya. Ini antara tips yang dikongsikan.
Posting Pertama: SK Sulabayan Semporna, Sabah (Di hujung Pualu Bum Bum)
Kini Mengajar : SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah
1. Bila dapat surat posting tu. Kita kena cari dulu maklumat tentang tempat tu. Di mana kedudukannya. Apa budayanya. Macam mana kehidupannya. Apa adat tradisi budaya di sana. Apa yang boleh atau tak boleh di kalangan masyarakat di sekitar tu. Macam mana anutan agama. Background budak-budak di situ.
2. Kita mesti tahu apa kemudahan yang ada di tempat tu. Apa yang tak ada di tempat tu. Supaya kita lebih bersedia dari segi mental emosi menghadapi kehidupan seharian di situ.
3. Kita mesti nampak gambaran jelas tentang tempat tu dari segi fizikalnya. Contohnya. Hari pertama saya berkasut tinggi. Naik bot laju. Dan masa nak turun ke jeti kasut saya tersangkut dan jatuh ke laut. Sebabnya? Saya tak sangka yang tempat tu begitu rupa.
4. Kita mesti dapatkan rumah sewa yg betul-betul dekat dengan pekan. Memudahkan kita bergerak dan dapat apa-apa kemudahan. Dapat housemate 2 atau 3 orang. Supaya ada teman ke sana sini. Sakit susah pun ada yang tolong tengokkan.
5. Kita mesti berkawan atau mesra dengan masyarakat sekitar tempat tinggal atau sekolah tu..atau ibu bapa murid-murid tu..sebab kehidupan kita sepanjang di situ banyak bergantung dengan mereka. Kalau diorang nampak kita baik. Anggap diaorang macam keluarga sendiri. Insya-Allah diaorang akan lebih baik dan selalu tolong kita.
6. Kita mesti bersedia mental emosi..tahap kesabaran yang tinggi. Sebab biasanya budak-budak di pedalaman ni kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris. Kalau kita ngajar cakap laju ja bahasa yang betul pun bukan diorang paham sangat. Jadi kita kena turun lebih rendah sikit. Cuba belajar bahasa diorang yang mudah-mudah. Membantu kita untuk mencapai objektif kita sebenarnya.
Posting Pertama : SK Pekan Sipitang
Kini Mengajar : SK Palu-Palu Kuala Penyu, Sabah
“Kalau mental dan fizikal ready. Insya-Allah okey. Tapi kalau dari awal-awal dah tak okey, semua benda jadi negatif. Kalau macam saya tak terasa sangat, sebab saya sendiri memang biasa hidup tanpa bekalan air, elektrik dan telefon. Paling mudah buat senarai semak supaya kita tahu apa yang dibawa.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ramai yang suka minum Spanish Latte dan order less sugar dengan niat nak kurangkan minum manis. Haaa... jangan ingat minum kopi cara itu selamat walau sudah minta zero sugar.