Guru muda (tudung ungu corak) lulusan IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka, pengkhususan dalam Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran berdepan situasi cemas, menyaksikan seorang Pawang menangkap buaya tanpa apa-apa senjata canggih melainkan sebatang buluh.
Pengalaman sukar dilupa yang mengundang ketakutan dalam dirinya. Ketika kejadian, Nurul Akma Khalid, 36 terpaksa menggunakan bot menyeberang jalan sungai untuk membolehkannya sampai ke sekolah.
“Waktu itu, jambatan untuk menghubungkan Simunjan dan Gedung masih dalam pembinaan. Bot satu-satunya pilihan pengangkutan terdekat. Kalau guna jalan darat, masa diambil antara 3 ke 4 jam untuk sampai ke sekolah,” maklumkan yang perlu membayar RM200 untuk menyewa bot sebulan.
Satu pagi, ketika dalam perjalanan merentasi sungai ke sekolah. Pemandu bot menunjukkan ke arah seekor haiwan yang bergerak ligat di dalam sungai. “Ada buaya terkena jerat.” Katanya.
Enjin bot dihentikan. Ada seorang pawang menunggu di situ. Dia berperang dengan buaya yang tak kurang kuatnya melawan. Tiada senjata canggih pun ada di tangan Pawang melainkan sebatang buluh. Pergelutan itu akhirnya berjaya menumpaskan buaya dan ia dibawa naik ke darat.
“Tipulah kalau saya tak takut sepanjang menyeberang Sungai Sageng. Setiap kali mengenang anak-anak murid menunggu dalam kelas, saya jadi kuat semangat.
“Anak-anak ini kekuatan saya. Mereka memberi keseronokan sepanjang saya mengajar di sana. Pentadbir dan rakan sekerja juga sangat baik. Ambil berat tentang saya, sampaikan pegawai di PPD Simunjan bekalkan jaket keselamatan untuk saya pakai setiap pagi.”
Semangat guru muda ini boleh dijadikan inspirasi. Biarpun terpaksa merentasi sungai yang ada buaya untuk sampai ke sekolah, dia tidak hilang semangat. Malah terus cekal memberikan baktinya pada anak-anak kawasan pedalaman yang memerlukan khidmat didikannya.
Kiriman WhatsApp dari anak pendidikan khas membuatkan guru muda ini terharu. Apabila anak murid dapat mengeja sesuatu perkataan, mengenakan butang baju sendiri, kenal ABC dengan baik, itu sudah cukup bererti baginya yang mengajar murid-murid istimewa.
Ads
Pengalaman Mengajar Cikgu Nurul Akma Khalid
Guru Pendidikan Khas Integriti.
Mengajar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kemahiran Manipulatif dan Pendidikan Seni Visual.
Ini Antara Sekolah-sekolah Yang Pernah Menerima Sumbangan Baktinya
Januari 2010 – Jun 2011 : Sekolah Kebangsaan Petra Jaya, Kuching Sarawak
2011 – 2014 : Sekolah Kebangsaan Abang Man Simunjan, Sarawak
2015 – hingga kini : Sekolah kebangsaan Kampung Kolam Kuala Rompin, Pahang
Sebab Itu Jika Posting Ke Pedalaman, Bertenanglah Guru Muda Praktikkan Ini
Bila Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid mula bersuara agar guru baru yang ditukarkan ke kawasan pedalaman bertahan pasti ada guru-guru muda yang resah dan susah hati. Bertahan di sini bermaksud tidak memohon pertukaran ke Semenanjung sampailah diri mereka disahkan jawatan.
Ads
Sebenarnya ramai daripada kalangan guru-guru di Malaysia yang pernah berhadapan situasi dihantar ke sekolah pedalaman pun pernah melaluinya. Ini antara tips yang dikongsikan.
Ketika Berbot Ke Sekolah, Guru Saksikan Buaya Tewas Di Tangan Pawang Bersenjata Sebatang Buluh
Posting Pertama: SK Sulabayan Semporna, Sabah (Di hujung Pualu Bum Bum)
Kini Mengajar : SK Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, Sabah
1. Bila dapat surat posting tu. Kita kena cari dulu maklumat tentang tempat tu. Di mana kedudukannya. Apa budayanya. Macam mana kehidupannya. Apa adat tradisi budaya di sana. Apa yang boleh atau tak boleh di kalangan masyarakat di sekitar tu. Macam mana anutan agama. Background budak-budak di situ.
Ads
2. Kita mesti tahu apa kemudahan yang ada di tempat tu. Apa yang tak ada di tempat tu. Supaya kita lebih bersedia dari segi mental emosi menghadapi kehidupan seharian di situ.
3. Kita mesti nampak gambaran jelas tentang tempat tu dari segi fizikalnya. Contohnya. Hari pertama saya berkasut tinggi. Naik bot laju. Dan masa nak turun ke jeti kasut saya tersangkut dan jatuh ke laut. Sebabnya? Saya tak sangka yang tempat tu begitu rupa.
4. Kita mesti dapatkan rumah sewa yg betul-betul dekat dengan pekan. Memudahkan kita bergerak dan dapat apa-apa kemudahan. Dapat housemate 2 atau 3 orang. Supaya ada teman ke sana sini. Sakit susah pun ada yang tolong tengokkan.
5. Kita mesti berkawan atau mesra dengan masyarakat sekitar tempat tinggal atau sekolah tu..atau ibu bapa murid-murid tu..sebab kehidupan kita sepanjang di situ banyak bergantung dengan mereka. Kalau diorang nampak kita baik. Anggap diaorang macam keluarga sendiri. Insya-Allah diaorang akan lebih baik dan selalu tolong kita.
6. Kita mesti bersedia mental emosi..tahap kesabaran yang tinggi. Sebab biasanya budak-budak di pedalaman ni kurang fasih berbahasa Melayu atau Inggeris. Kalau kita ngajar cakap laju ja bahasa yang betul pun bukan diorang paham sangat. Jadi kita kena turun lebih rendah sikit. Cuba belajar bahasa diorang yang mudah-mudah. Membantu kita untuk mencapai objektif kita sebenarnya.
“Kalau mental dan fizikal ready. Insya-Allah okey. Tapi kalau dari awal-awal dah tak okey, semua benda jadi negatif. Kalau macam saya tak terasa sangat, sebab saya sendiri memang biasa hidup tanpa bekalan air, elektrik dan telefon. Paling mudah buat senarai semak supaya kita tahu apa yang dibawa.”
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
A post shared by Kakifoto By Rashidee Azman (@kakifoto_) on
Kredit video: Kakifoto
Jejaka yang menjadi pilihan Shila Amzah bernama Haris Idraki Elias yang berusia 28 tahun yang bekerja dalam sektor kewangan di kota London. Beliau juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.
Ok jom kita belek gambar tunang Shila Amzah dan bakal suaminya…
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi Ameer Sofazr berongsi berita gembira kini bergelar bapa apabila isterinya, Saidatul Nazriah Abdul Latif selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, Selasa lalu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Ameer atau nama sebenarnya Amir Mahiyiddin, 34, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi perempuan seberat 3.1 kilogram itu yang bakal menjadi pelengkap rumah tangganya bersama isteri selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Alhamdulillah syukur, isteri saya sudah selamat melahirkan puteri sulong kami, pada jam 7.40 malam, 27 Oktober lalu.
“Terima kasih pada seluruh keluarga, saudara, sahabat, kawan-kawan, peminat-peminat dan semua yang mengenali kami kerana mendoakan isteri dan anak kami.
“Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat-NYA. Amin,” ujarnya.
Terima Kasih Semua
Ameer dalam perkongsian sama turut berjanji akan menjaga amanah yang diberikan kepadanya dengan sebaik mungkin.
“Insya-ALLAH dengan rezeki dan amanah yang diberikan oleh-NYA, akan saya jaga sepenuh hayat. Terima kasih semua,” ucapnya.
Cukup bersyukur dan rakamkan momen indah sewaktu isteri hamil.Tahniah Ameer dan isteri.
Dibenarkan Iqamat Tanpa Pegang Baby
Berkongsi lanjut tentang pengalamannya menimang cahaya mata sulung ini, Ameer akui sangat bersyukur walaupun berdepan detik sukar sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Buat masa sekarang saya hanya dibenarkan iqamat tanpa pegang baby. Tapi dapatlah sentuh baby sikit saja. Memang terharu sangat-sangat apabila kita ada waris atau zuriat dari darah daging kita sendiri.
“Bagi yang belum dikurniakan zuriat lagi janganlah berputus asa atau patah semangat kerana perancangan Tuhan adalah sebaik-baik perancang. Biarkan apa orang nak cakap, yang penting kita sebagai suami isteri kena sabar dan saling memahami,” katanya seperti mana dipetik menerusi Astro Gempak.
Azlee Khairi nikah kali kedua, rupanya pelakon Azlee Khairi sudah mengesahkan dirinya kini sudah berkahwin kali kedua.
Untuk rekod, sebelum ini Azlee pernah berkahwin dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014. Namun Azlee kembali aktif berlakon dan pada tahun 2020 pelakon itu mengesahkan dirinya bukan lagi suami orang.
Azlee Khairi Nikah Kali Kedua
Seperti mana yang dilaporkan, Azlee sudah bernikah pada Januari 2021 dengan kru penerbangan dikenali dengan nama Nurul Hidayah atau Dhiya.
“Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan memiliki dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu.
“Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan.
“Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing masing,” ungkapnya.
Beberapa hari lalu, Azlee telah berkongsi gambar sambutan hari lahirnya yang ke 33 di Instagram yang mengundang pelbagai spekulasi.
“Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi.
“Cuma ada yang yang netizen salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya yang akan mengadakan majlis persandingan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota.
Soal Kahwin Paling Penting Keluarga Tahu Sudah Memadai
Ditebak kisah perkahwinannya yang terdahulu dan kedua Azlee percaya semua yang terjadi sesuatu yang tak terduga.
“Saya percaya soal kahwin ini paling penting keluarga tahu sudah memadai. Selepas itu, apa juga percaturan atau kesudahannya kita ikut rentak saja. Saya ‘just go with the flow’.
“Seperti mana manusia dan lelaki lain yang mendambakan kebahagiaan, saya tidak terkecuali. Cuma ada kalanya apa yang kita harap dan impikan tidak berakhir dengan kemanisan.
“Macam perkahwinan pertama saya yang tidak kekal. Sebelum berjumpa isteri pun saya ada kenal dan bercinta dengan orang lain. Tapi putus di tengah jalan. Ia proses kehidupan yang semua kena lalui.
“Apa pun, saya harap ikatan perkahwinan kali ini akan dirahmati dan kekal sampai bila bila,” sambungnya.
Mingguan Wanita: Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah.
Jururawat hampir kehilangan RM4000 akibat emel palsu, "diminta verify kalau tak akaun Netflix digantung. Seorang jururawat hampir kehilangan wang simpanannya selepas menjadi mangsa penipuan...