Siapa sangka rupanya Zulin Aziz,28 yang merupakan Penyampai Radio di Suria Pagi ini pernah menjadi mangsa dera amah sewaktu beliau masih kecil. Pengalaman tragis kepala dihantuk ke dinding, dipukul pakai penyapu dan disuruh tidur didalam bilik air antara kenangan pahit yang pernah dilalui oleh Zulin sendiri.
Zulin berkongsi kisah tersebut menerusi akaun Twitternya kerana terkesan dengan berita mengenai seorang amah yang menjadi mangsa dera majikannya yang menjadi viral baru-baru ini.
Kata Zulin, walaupun kejadian itu berlaku ketika dia masih kecil namun dia tidak dapat melupakan kejadian ngeri itu.
Mengimbas kembali kejadian tersebut, Zulin mendedahkan kepalanya pernah dihantuk ke dinding, dipukul dengan menggunakan penyapu dan tidur dalam bilik air.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Kejamnya majikan dera amah ni, macam firaun. Besar sangat ke salah dia sampai macam tu kau pukul. Manalah hati dia masa itu.
Ads
“Dulu masa kecik-kecik aku mangsa dera. Didera amah sampai satu hari jiran sebelah rumah mengadu kat arwah abah. Bayangkan kepala aku dihantuk-hantuk kat dinding. Kena pukul pakai penyapu, tidur dalam bilik air. Aku masih ingat lagi. Tapi arwah abah cuma halau dia keluar dari rumah.
Ads
“Aku mengadu sorang pun tak percaya. sebab bibik kemain baik depan dorang. Jiran aku indian, selalu nampak dan dengar aku kena bantai. Terima kasih jiran, walau wajah kau tak aku ingat, tapi aku nak terima kasih sangat.
“Bila ingat balik ya Allah. Takutnya keadaan aku waktu itu. Mak, ayah sibuk kerja. Oustation ke sana ke mari. Hish tak nak ingatlah. Tutup cerita. Allah,” tulisnya.
Ads
Kesimpulannya, mak ayah walau macam mana sibuk bekerja pun, mohon pantau-pantau lah juga keadaan anak yang ditinggalkan bersama pembantu rumah.Lebih-lebih lagi anak yang masih kecil, masih tak pandai untuk mengadu.Jangan percaya sepenuhnya pada pembantu rumah, simpan sedikit rasa sangsi pada mereka.Banyakkan berdoa, semoga perkara-perkara begini dielakkan dalam keluarga kita.
Serius, bulu mata yang wanita ini miliki cukup panjang dan menarik perhatian orang ramai. Biasanya ukuran normal bagi bulu mata seseorang itu adalah antara 0.8 hingga 1.2cm. Namun berbeza dengan wanita bernama You Jianxia ini yang memiliki bulu mata sepanjang 12.4 cm.
Kerana bulu matanya yang panjang itu, Jianxia menyandang gelaran sebagai Pemilik Bulu Mata Terpanjang di Dunia yang diberikan oleh Guiness World Records 2018. Terdapat sekitar 500 orang di seluruh dunia yang memiliki kepanjangan bulu mata yang tidak normal, namun tiada siapa yang boleh menewaskan panjang bulu mata pengarah syarikat pelaburan dari Shanghai itu.
Memetik laporan OddityCentral, Jianxia memberitahu wartawan China bahawa dia mulai menyedari bulu matanya terus memanjang ketika dia bersara dari pekerjannya sebagai ketua pelaburan jutaan dolar pada tahun 2013.
Bekas eksekutif kewangan tersebut benar-benar bangga dengan panjang bulu matanya. Bulu mata panjang adalah sangat indah bagi saya, melambangkan kesihatan dan umur yang panjang ujar Jianxia.
Bulu mata tersebut adalah sebahagian dari tubuh badannya dan saya selalu merawat, membasuh wajah saya dengan lembut agar tidak merosakkannya secara tidak sengaja, tamba
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dengar pesanan ibu usia 49 tahun ini. Yusni Binti Mintol yang dikurniakan anak autisme. Demi anaknya, ibu ini rela menjadi guru pada anak-anak autisme yang lain selama 12 tahun di National Autism Society of Malaysia (NASOM).
Hayati perjalanan inspirasi ibu yang kini anak autismenya yang dijaga dari kecil itu sudahpun berusia 24 tahun.
Yang mana, anak ini sedang belajar membaca dan menghafal Al-Quran di Akademi Faqeh yang juga merupakan Yayasan Pendidikan Al-Quran bagi anak istimewa.
Usia 6 Bulan Anak Diserang Sawan
Ketika anak autismenya dilahirkan, maklumat berkaitan autisme amat berkurangan. Sungguh pun sumber rujukannya terhad, ibu ini cukup tabah dan kental semangatnya membesarkan anak autismenya, Dinie Edry Bin Badrul Hisham.
“Kami telah menerima seadanya keadaan Dinie. Ketika berusia enam bulan, Dinie diserang sawan. Sejak itu dia kerap keluar masuk di hospital. Disebabkan sering kena sawan itulah, kami mula lihat perbezaan kesihatan Dinie.
“Doktor beritahu, dia mengesyaki anak kami itu mengalami masalah disebabkan tingkah lakunya yang hiper.
“Akhirnya kamu rujukkan pada doktor pakar. Pemeriksaan MRI dilakukan dan hasilnya, Dinie disahkan alami masalah austisme sejak umur dua tahun setengah,” ujar Yusni memulakan perbualan dengan wartawan Mingguan Wanita.
Mengetahui anak mengalami masalah autisme dan ADHD menjadi satu cabaran baru pada Yusni dan suaminya Badrul Hisham pada ketika itu.
“Ketika itu kelengkapan dan maklumat mengenai austisme masih kurang. Kami mendiagnosis Dinie pada usia awal tetapi kami tak dapat intervensi di kawasan tempat tinggal kami di Seremban.
“Jadi kami daftarkan Dinie dengan National Autism Society of Malaysia (NASOM) di Seremban. Umur dia enam tahun barulah Dinie dapat masuk.
“Waktu itu memang sukar mencari maklumat. Demi Dinie saya putuskan untuk berhenti kerja sebagai technical assistant. Saya beritahu suami, biarlah saya jaga Dinie sendiri. Saya sedar, sukar untuk mencari orang untuk menjaga anak istimewa sebegini.
“Sukar sebenarnya membesar dan mendidik anak autisme pada ketika itu. Saya tak tahu dekat mana hendak belajar mengenai autisme.
“Menguruskan Dinie agak sukar kerana dia tidak pandai bercakap. Dia hanya menggunakan gerakan (gesture) sahaja jika mahukan sesuatu. Saya tidak pernah dengar dia mengucapkan perkataan ‘Mama’ atau ‘Papa’ pada ketika itu.
“Macam-macam dah kami tuturkan dekat dia tetapi tidak ada bunyi yang keluar daripada mulutnya.
“Hanya setelah diterima masuk ke NASOM, banyak perubahan telah berlaku pada Dinie. Dia sudah boleh bercakap dan saya bersyukur dengan perubahan tersebut,” tambah Yusni penuh kesyukuran.
Guru Sementara NASOM Yang Bertahan 12 Tahun
Keputusan menghantar Dinie belajar di NASOM juga membuka peluang baru dalam hidup Yusni. Peluang di hadapan mata diterima dengan tangan yang terbuka.
“Hendak dijadikan cerita, pada ketika itu NASOM mencari guru sementara. Saya tanya, bolehkah saya memohon. Setelah ahli lembaga bersetuju, saya telah diterima masuk menjadi guru sementara di NASOM Seremban.
“Jadi guru di sana amat bagus kerana saya dapat tahu cara berkomunikasi dengan Dinie. Saya boleh nampak perkembangan Dinie di depan mata. Tetapi saya tidak mengharap sangat dia mampu melakukan lebih daripada kemampuannya.
“Saya tidak letakkan sasaran tinggi pada Dinie. Cukuplah sekadar dia dapat menguasai kemahiran yang diperlukan dalam menjalani kehidupan seharian.
“Saya juga sering memberikan kesedaran dan cara bagaimana menguruskan Dinie kerana jika ditakdirkan kami telah ada di dunia ini, ada orang yang boleh menjaganya.”
Yusni bekerja selama 12 tahun di NASOM dan baru empat tahun dia berhenti kerja.
Kini dengan masa yang ada dia menggunakan ilmu yang dipelajari dahulu untuk terus mendidik dan menguruskan anak keduanya itu selagi hayat dikandung badan.
“Sekarang saya buat ‘freelance talk’ untuk ibu bapa yang baru sahaja mengetahui anak mereka didiagnosis mengalami masalah autisme.
“Kami juga mempunyai grup Whatsapp ibu bapa anak istimewa autisme di Negeri Sembilan. Tugas saya banyak membantu dari segi apa yang perlu dibuat, persediaan sebelum masuk sekolah dan juga memberi motivasi.”
Layan Dia Sama Macam Orang Normal
Akui Yusni, dia sentiasa melibatkan Dinie dalam apa sahaja aktiviti keluarga.
“Kami tidak akan meninggalkan Dinie di rumah seorang diri. Kami juga sering cuba berkomunikasi dengan dia. Walau dia tidak tahu bercakap, Dinie akan cuba memberikan tindak balas.
“Dinie tidak duduk di sudut bermain sendirian. Sebaliknya dia bermain dengan adik-beradiknya juga. Pada mulanya adik-beradiknya sukar menerima keadaan Dinie. Namun lama-kelamaan mereka juga menganggap Dinie itu normal.
“Saya sering menasihati anak-anak lain jangan anggap Dinie itu istimewa. Layan dia seperti orang normal. Saya juga menasihatkan anak-anak agar jangan malu dengan orang kerana Dinie. Saya bersyukur anak dapat faham.”
Susah Sebenarnya Nak Educate Orang Ramai
Sebagai ibu yang berpengalaman dalam membesar dan mendidik anak autisme, Yusni berharap masyarakat lebih menerima kelainan upaya autisme dalam komuniti.
“Memang susah hendak educate people but insya-Allah jika dengan usaha yang tidak mudah putus asa, mungkin akan boleh juga.
“Nasihat saya kepada ibu bapa yang baru ada anak autisme, agar jangan bersedih lama-lama. Jangan denial lama-lama.
“Jangan hendak mencari silap dan juga jangan mencari alternatif yang merugikan masa serta wang kita sebab ini akan melambatkan proses intervensi anak kita.
“Sekarang zaman amat canggih, tidak seperti zaman anak saya. Tiada sumber untuk dirujuk. Carilah terapi yang sesuai untuk anak, jika tidak dapat yang percuma, usaha untuk yang berbayar.
“Insya-Allah akan ada rezeki untuk kita. Jika tidak juga mampu, google dan carilah cara-cara home schooling untuk anak tersebut, jangan tunggu peluang datang tapi cari peluang yang ada.
“Lebih Cepat kita mulakan intervensi, insya-Allah lebih banyak perubahan anak kita akan nampak walau segala terapi tidak akan mengubah autisme pada diri anak kita.
“Tapi sekurang-kurangnya kita dapat cover tiga masalah autisme iaitu dari segi komunikasi, tingkah laku dan juga sosial.”
Yusni berbangga walaupun Dinie tidak cemerlang dalam akademik tetapi dia boleh menghafal dan mengingat terutama perkara berbentuk muzik.
Lagu pertama dia hafal dengan hanya mendengar adalah nasyid kumpulan Raihan walau sebutan tidak berapa jelas sebab Dinie adalah non verbal sebelum usia enam tahun.
Foto: Yusni Mintol
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tahniah Zahirah dan Aiman. Lengkap sepasang! Kegembiraan jelas terpancar di wajah Itu pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza saat mengumumkan jantina anak kedua dalam kandungannya ketika ini.
“It’s a girl (bayi perempuan). Alhamdulillah,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Zahirah yang kini sarat hamil mengumumkan perkara tersebut pada majlis istimewa bersama keluarga dan kenalan terdekat di kediaman mereka, semalam. Turut kelihatan, ibu Zahirah Macwilson, Maslinda Yusoff yang kelihatan sibuk menyediakan pelbagai hidangan untuk para tetamu.
Pasangan selebriti itu turut berkongsi kemeriahan majlis tersebut bersama para peminat menerusi hantaran video di Instagram. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah Aiman apabila bakal menyambut kelahiran anak perempuan selepas menimang cahaya mata lelaki pada tahun 2021.
Hantaran tersebut turut meraih perhatian netizen dan rakan artis yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan pelakon itu.
Sebelum ini, Aiman, 35, berkongsi gambar janin selepas isterinya melakukan pemeriksaan ultra bunyi menandakan mereka bakal menyambut zuriat kedua. Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 itu mempunyai seorang putera iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.
Cantik Ketika Hamil
Zahirah melahirkan Isaac Raees di Perth, Australia pada 5 Januari 2021. Tidak dapat dipastikan sama ada Zahirah memilih untuk bersalin di Malaysia atau Australia untuk kandungan keduanya ini. Apapun, para peminat mendoakan segala urusan Zahirah melahirkan cahayamata kedua ini dipermudahkan!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...