Zuhud Jadual Harian Disusun Ustaz Ismail Kamus, Perginya Seawal Pagi Jumaat
Sewaktu hayatnya, Datuk Ustaz Ismail Kamus tetap menunaikan solat berjemaah dan solat tarawih walaupun uzur.

Awal pagi Jumaat ini, bersamaan 15 Ramadan negara kehilangan pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Ismail Kamus yang menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 72 tahun.

Allahyarham meninggal dunia jam 12.30 pagi Jumaat di kediamannya di Ampang.

Beberapa insan hebat ini juga bertemuNya pada penghulu hari iaitu Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din.

Sebagaimana yang dicatatkan oleh Ustazah Asma Harun, “Mereka dipilih Allah untuk kematian yang begitu indah kerana saat hidup mereka memilih berjuang kerana Allah dan Agama Allah, mengatur jadual hidup dengan mengutamakan temujanji dengan Allah, akhirnya kembali dan bertemu Allah dengan cara terindah.. Allahu Akbar..”

 

IKLAN

20 Jadual Harian Allahyarham Datuk Ustaz Ismail Kamus

Jadual harian yang disusun Allahyarham Tuan Guru Dato Ustaz ISMAIL KAMUS.

1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pagi)
- Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan kita, bila-bila masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar
( أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه ) 100X
8. Tahlil 
( لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ) 300X
9. Baca Doa Nabi Yunus
( لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ ). 40x
10. Tasbih 40x
( سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ ) 40X
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas
18. Solat Isya’
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :
- Al-Quran
- surah Al-Mulk
- surah Sajjadah
- surah Al-Waqiah
20. Setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

Di dunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat.” – Ustaz Ismail Kamus

IKLAN
Zuhudnya Jadual Harian Ustaz Ismail Kamus, Dijemput Ilahi Awal Pagi Jumaat
Sewaktu hayatnya, Datuk Ustaz Ismail Kamus tetap menunaikan solat berjemaah dan solat tarawih walaupun uzur. Kredit foto : Penang Kini

Apabila Allah Tak Perlukan Kita Sebagai HambaNya..

Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi :

√    Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
√    Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
√    Allah akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
√    Allah akan sibukkan kita dengan harta.
√    Allah akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
√    Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk merebut dunia.
√    Tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT. Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT.
√    Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun disepertiga malam untuk solat tahajjud.
√    Kita cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
√    Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan harta mengatasi segalanya.
√    Kita patut bermuhasabah mengenai bekalan ke satu perjalanan yang jauh yang tidak akan kembali lagi buat selama-lamanya.
√    Sesungguhnya mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar, mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar.

Zuhudnya Jadual Harian Disusun Ustaz Ismail Kamus, Meninggal Dunia Pagi Jumaat

IKLAN

Tazkirah hati
C&P
#Share ilmu ini untuk peringatan semua.
#UAHSahabatDuniaAkhirat
#SahabatICarePrihatin

Baca sini : Datuk Ismail Kamus meninggal dunia, dijemput Ilahi pada 15 Ramadan

MW : Al Fatihah.. semoga roh Allahyarham Datuk Ustaz Ismail Kamus ditempatkan di taman-taman syurga di sisi hambaNya yang soleh.

Sumber/Foto : Ustazah Asma Harun