Zoey Rahman turun padang hulurkan sumbangan, begitulah prihatinnya pelakon yang juga bergelar usahawan, Zoey Rahman yang prihatin dengan keperitan yang dilalui golongan terjejas.
Pandemik Covid-19 benar-benar memberi kesan kepada ekonomi bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia. Malah sehingga hari ini pandemik ini belum tunjukkan tanda reda.
Zoey Rahman Turun Padang Hulurkan Sumbangan
Dek kerana keprihatinannya juga, anak kelahiran Terengganu, Zoey menerusi kempen yang diberi nama Mikaseries Peduli, tampil bekerjasama dengan Big Mouth dan Mc Donalds Mutiara Damansara untuk merealisasikan program kemasyarakatan ini.
Kempen ini turut memberi fokus kepada sumbangan petrol, makanan dan barangan keperluan kepada riders seperti FoodPanda, Lalamove, Grabfood dan lain-lain.
“Sebelum ini Mikaseries Peduli memberi sumbangan barangan keperluan kepada golongan ibu tunggal, kini mereka cuba membantu golongan rider pula sebagai tanda prihatin.
“Kami sampaikan sumbangan kepada golongan ibu tunggal dan lain-lain dalam berbentuk barang keperluan harian.
“Jadi kali ini kami mengambil inisiatif lain untuk mendekati golongan frontliner yang banyak membantu masyarakat menghantar keperluan makanan sewaktu PKP pula,” ujarnya.
Foodbank Untuk TOLONG Apa Diperlukan Bukannya Ambil Kesempatan Atas Bantuan Diberi
‘Projex Hantor Sumbangan Kluang’, Usaha Murni Sharol Ibarat Hero Yang Tak Didendang
Zarina Anjoulie Juga Sudi Turun Padang
Zoey juga sangat berterima kasih kepada beberapa pihak yang sudi bekerjasama untuk menjayakan program terbabit. Malah dia juga berterima kasih kepada rakan artis, Zarina Anjoulie yang juga sudi turun padang.
“Alhamdulillah program ini mendapat sambutan banyak pihak dan untuk pertama kali ini kami mendapat kerjasama Big Mouth dan Mc Donald’s Mutiara Damansara dan Petronas cawangan Taman Segar.
“InsyaAllah selepas ini pihak Adabi dan beberapa pihak lagi akan turut serta dan bekerjasama dengan kami. Terima kasih saya ucapkan.
“Terima kasih juga kepada Zarina Anjoulie kerana sudi untuk turun padang dan menyertai Mikaseries untuk memberi sumbangan peribadinya kepada riders,” katanya yang turut berpesan bagi riders yang ingin mendapatkan petrol percuma setiap bulan, mereka boleh menyertai program terbabit melalui telegram Mikaseries Peduli dan subscribe untuk mendapatkan info lanjut serta membuat pendaftaran.
Sumber Foto : Instagram Mika Series
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI