Selebriti Zahirah MacWilson berkongsi khabar pilu perkembangan kesihatan neneknya yang kini sedang keuzuran dan semakin menunjukkan tanda-tanda halusinasi yang teruk.
Ibu kepada dua cahayamata itu tidak berkongsi lanjut mengenai penyakit dihidapi neneknya, namun pelakon Harimau Malaya: The Untold Journey itu memuat naik video di Insta Story miliknya memaparkan keadaan neneknya dan meluahkan kesedihannya.
“She’s getting worse. Asyik cabut topeng oksigen, tak nak pakai.
“Halusinasi, merungut, percakapan yang spontan yang tidak jelas, tiba-tiba menjerit, merengek sakit, nak bangun nak balik, enggan makan dan minum,” katanya.
Ads
Zahirah turut berkongsi terlalu pilu melihat keadaan neneknya berhadapan dengan situasi tersebut. Ibu kepada dua cahayamata ini mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Sementara itu, ibu Zahirah, Maslinda Yusoff turut berkongsi keadaan terkini ibunya, Faridah Binti Nyak Mohd bersama sekeping foto ibunya itu.
Ads
“Ya Allah berikanlah ampunan kepadanya sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia “ Faridah Binti Nyak Mohd.
Sebelum ini, Zahirah pernah memaklumkan neneknya telah mengalami kegagalan buah pinggang, lemah jantung dan paru-paru berair. Mingguan Wanita mengambil kesempatan untuk mendoakan kesihatan nenek Zahirah dan semoga dipermudahkan segala urusan.
Hampir 40 tahun pelakon versatil, Norliza Abdullah atau lebih dikenali dengan nama Liza Abdullah, 56, masih lagi menjadi sebutan ramai sehingga ke hari ini.
Malah pelakon senior ini juga cukup selesa dengan kerjaya seninya, apatah lagi bagi menampung kehidupannya sebagai ibu tunggal.
Liza Abdullah Harus Teruskan Kehidupan Sebagai Ibu Tunggal
Apabila disua soalan adakah dia meletakkan target untuk berada dalam bidang seni sehingga tempoh tertentu, wanita yang kuat bekerja ini mempunyai pendiriannya yang tersendiri.
“Saya tidak pernah meletakkan tempoh tertentu untuk meletakkan nokhtah pada kerjaya seni saya. Bagi saya, bila tiba masanya, ia akan berlaku atas apa juga alasan sekalipun.
“Cuma pada ketika ini, saya selesa dengan apa yang lakukan dan ia adalah punca pendapatan untuk saya meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal,” akuinya yang sebelum ini pernah ditemubual oleh Mingguan Wanita menerusi sebuah majlis hiburan.
Menjadi Tular Gara-Gara Mak Leha
Watak Mak Leha membuatkan Liza Abdullah menjadi tular.
Jika sebelum ini dirinya sinonim dengan watak komedi, semenjak akhir-akhir ini Liza yang telah membintangi lebih 10 buah filem dan hampir 70 buah drama serta telefilem itu meledak dengan karakter antagonis dan kemuncaknya menerusi watak Mak Leha dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Ditanya tentang reaksinya apabila namanya menjadi tular dan kembali menjadi sebutan ramai gara-gara watak Mak Leha dalam 7 Hari Mencintaiku 2, Liza tidak pernah menyangka penerimaan penonton sebegitu hebat.
“Alhamdulillah saya sendiri tidak pernah menjangkakan perkara seperti ini berlaku kerana saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelakon.
“Mungkin ia menjadi perhatian kerana watak Mak Leha itu sendiri dekat dengan masyarakat iaitu seorang ibu mertua yang ‘jahat’ dan bermasalah dengan menantu.
“Rasa macam tak percaya ia begitu memberi impak kepada penonton sehingga ramai betul yang membenci watak itu, selain memparodikan babak melibatkan Mak Leha di laman sosial,” jawab Liza.
“Apa pun Saya Okay” Liza Abdullah
Adakah anda kini dicop sebagai pelakon antagonis dan mula dibanjiri dengan watak-watak sebegitu?
“Memang itulah selalunya yang akan dihadapi oleh kebanyakan pelakon kita. Jika lakonannya untuk sesuatu watak itu memberikan impak besar, maka lamalah dia akan melekat dengan watak sebegitu kerana akan ada lagi tawaran-tawaran lain menyusul menerusi karakter sama.
“Apa pun saya Okay sahaja kerana bagi saya, sebagai pelakon kita kena kreatif dan sentiasa sahut cabaran. Jahat pun ada pelbagai gaya dan caya, jadi pandai-pandailah kita warnakan agar watak itu jadi pelbagai walaupun dalam kategori sama,” ungkapnya yang tidak pernah membezakan antara pelakon senior atau junior. Dan beranggapan semua pelakon sama saja di set penggambaran.
Sebagai pelakon senior, Liza juga turut menjadi perhatian di media sosial dan dikenali dalam kalangan peminat generasi baharu.
“Jujurnya saya memang terkejut dengan perkembangan tersebut kerana kita semua maklum media sosial didominasi oleh budak-budak muda, jadi pelakon senior macam saya ini jarang mendapat tempat di medium itu.
“Memang satu kejutan jugalah bila pengikut di media sosial saya naik bilangan dengan mendadak dan bila saya muat naik sesuatu gambar atau video, laju sahaja orang ‘like’ atau memberikan komen. Itu belum masuk lagi yang minta buat review produk dan sebagainya.
“Rasa seronok sebab rasa penat lelah kita berbaloi bila orang menghargai kita dengan cara macam itu. Tak perlu tunggu anugerah, tetapi cara begini pun saya anggap sebagai satu penghargaan atas kerja seni saya.
“Bagaimanapun, saya tetap dengan prinsip saya untuk sentiasa bekerja dengan betul meskipun nama dijulang atau tidak.
“Paling penting, saya tidak pernah mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain,” akhiri Liza.
Dalam dunia yang sentiasa obses dengan penampilan, Sherry Alhadad berdiri megah, bukan kerana bentuk tubuhnya, tetapi kerana pendiriannya. Dalam usia menginjak 41 tahun, pengacara dan pelakon serba boleh ini memilih untuk memelihara kewarasan dan kebahagiaan hati, berbanding mengejar definisi kecantikan yang ditentukan oleh masyarakat.
“Saya bukan tak pernah cuba nak kurus. Tapi siapa yang pernah lalui perjalanan itu, tahu betapa susahnya nak turunkan berat badan secara organik. Saya pernah turun, pernah naik balik. Kategori saya? Yoyo,” ujar Sherry tanpa berselindung.
Kurus Itu Perjuangan Emosi, Bukan Sekadar Fizikal
Dalam satu sesi temubual bersama media usai program MeleTOP baru-baru ini, Sherry secara terbuka mengakui betapa penurunan berat badan bukan semudah yang dilihat di mata kasar. Ia bukan sekadar soal diet atau senaman, tetapi pertarungan dengan diri sendiri.
“Mental kena kuat. Tapi saya belum sampai tahap itu. Kadang-kadang kuat semangat, esok dah ‘down’ semula. Jadi sampai bila aku nak buat macam ini?” katanya jujur, menggambarkan kepenatan emosi yang dilalui ramai wanita, tetapi jarang diucapkan.
Pembedahan Bukan Jalan Pintas Bagi Semua
Dalam era di mana pembedahan bariatrik menjadi pilihan popular, termasuk kalangan selebriti, Sherry memilih untuk menolak tawaran penajaan pembedahan secara baik. Bukannya kerana skeptikal, tetapi kerana belum tiba masa dan hatinya belum terbuka untuk kaedah tersebut.
“Saya jarang sakit. Tak pernah warded, tak pernah kena tahan di hospital. Jadi saya takut kalau ada apa-apa berlaku. Minta jauh… rasanya belum ada keperluan untuk pembedahan,” katanya, menolak dengan tenang tetapi berprinsip.
Apa yang menarik, Sherry tidak menolak kepentingan kesihatan, malah tetap menjaga pemakanan dan mengawal berat badannya sebaik mungkin. Namun, beliau enggan menjadikan tekanan masyarakat sebagai punca kehilangan jati diri.
“Kalau berat naik sikit, saya akan ingat. Tak boleh Sherry, jaga makan. Tapi saya okay saja dengan badan saya sekarang. Saya dah semakin berusia dan masih selesa,” luahnya dengan ketenangan yang membahagiakan.
Menurut Sherry lagi, dia sebenarnya tetap okay dengan keadaan diri sendiri dan berat badan itu kerana sedar kini semakin berusia sekali gus masih selesa walaupun berbadan besar.
Hati ibu mana tidak sedih, Elvina rasa ‘down’ keguguran. Sememangnya hati seorang ibu begitu sedih dan duka apabila mengetahui bayi yang sedang dikandung jantungnya terhenti.
Walaupun kesedihan namun pelakon, Datin Elvina Mohamad menganggap tiada rezeki untuk dirinya dan suami menimang cahaya mata kedua.
Hati Ibu Mana Tidak Sedih, Elvina Rasa ‘Down’ Keguguran
Elvina dan suami Datuk Haniff mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2018 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen, 3 tahun.
Menerusi petikan dari Mstar, Elvina memberitahu dirinya mengalami keguguran pada usia kandungan memasuki tiga bulan.
“Kami dapat tahu degupan jantung baby telah terhenti seminggu sebelum raya dan kata doktor biasanya akan keluar sendiri secara semula jadi.
“Namun semalam, mula terasa sakit dan saya terus ke hospital. Doktor akan melakukan prosedur untuk membersihkan rahim pada hair ini (Selasa),” luahnya.
Anggap Tiada Rezeki
Walaupun lahirkan perasaan sedih dan duka namun Elvina dan suami akur dengan takdir Ilahi dan menganggap tiada rezeki buat mereka untuk memiliki cahaya mata kedua dalam masa terdekat.
“Ketika awal tahu tentang degupan jantung bayi telah terhenti memang rasa ‘down’ sebab memang saya merancang untuk hamil tahun ini.
“Saya anggap tiada rezeki dan ini adalah ketentuan Allah,” kongsi Elvina.
Seorang lelaki Malaysia maut selepas ditembak di Sungai Golok, Thailand. Mangsa dipercayai terlibat dalam masalah hutang yang membawa kepada tragedi berdarah di sempadan Malaysia-Thailand.