Yusuf Iskandar Si Cilik Instafamous Yang Tak Dimewahkan Mak Ayahnya, Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Anak pasangan selebriti terkenal, Hairul Azreen Idris dan Hanis Zalikha Zainal Rashid, Yusuf Iskandar, 2 tahun hampir menyamai populariti mak dan ayahnya. Di Instagram saja followernya mencecah 2 juta. Biarpun dah menyamai level instafamous, Yusuf Iskandar tak dimewahkan oleh Hairul mahupun Hanis.

Program realiti pertama yang dibintangi Yusuf berjudul ‘Hairul Hanis Junior’ buat ramai peminat kecil ini seronok melihat gelagatnya. Terbaru, Yusuf akan terlibat lagi dengan rancangan realiti ‘My Little Heroes -Yusuf & Bujibu. Kalau nak tahu Bujibu itu kucing yang dah dianggap macam adik-beradik oleh Hanis dan Hairul.

Sewaktu Mingguan Wanita menemui pasangan selebriti ini dan anaknya dalam pelancaran program terbaru, Hanis berkongsi cara beliau dan suami menjaga dan membesarkan anak tercinta.

 

Yusuf Iskandar Si Cilik Instafamous Yang Tak Dimewahkan Mak Ayahnya, Hanis Zalikha & Hairul Azreen

Cara Hanis Zalikha dan Hairul Azreen Didik Yusuf Iskandar

1. Walau dilimpahi kesenangan hidup, Hanis dan Hairul enggan terlalu memewahkan anak sulung mereka, Yusuf Iskandar. Sebaliknya, mengambil pendekatan besederhana demi memenuhi keperluan.

IKLAN

2. Saya tak rasa kami terlalu memewahkan Yusuf. Kalau mewahpun mungkin hanya dari segi makanan. Apabila melibatkan gajet atau permainan kami tak mewahkan dia.

3. Selepas usia Yusuf setahun, barulah Hanis berinya main telefon pintar. Tapi dia tak guna lama sebab saya akan perhatikan sekali waktu dia pegang gajet.

4. Buat masa ini, Hanis tak perlukan pembantu untuk menjaga Yusuf. “Bila kita dah biasa jaga anak sendiri, susah sikit nak lepaskan pada orang lain. Mungkin ada yang cakap setahun tu dah cukup. Malah terfikir juga nak ada pembantu. biarlah masa tentukan.”

5. Hairul sendiri tak suka orang lain jaga anak dan Hanis berat nak lepaskan Yusuf pada pembantu.

IKLAN

6. Hanis sangat suka membaca. “Saya juga akan tanya pengalaman emak besarkan anak-anak. Begitu juga tanyakan pendapat rakan artis seperti Lisa Surihani.”

 

 

IKLAN

7. Masuk 2 tahun, Yusuf sangat aktif dan suka aktiviti lasak. Dia berlari, memanjat.. kiranya indoor playgym tu dah jadi kegemarannya. Buat masa ini saya belum beri Yusuf belajar flashcard dan buku. Saya tunggu dia minta sendiri.

8. Saya tak memaksa Yusuf sebab tak nak dia bosan belajar. Sekarang ini ajar dia bermain saja. Nak hantar ke sekolah pun tak ada dalam perancangan lagi.

9. Yusuf juga punya jadual sendiri. Terutama selepas terlibat dalam rancangan realiti. “Dalam sehari kami cuma hadkan tak lebih lima jam waktu pengambaran. Kalau Yusuf penat, krew pun akan sama berehat. Bila mood Yusuf dah OK, krew pun sambung kerja.

10 Melibatkan Yusuf dalam program realiti bukanlah satu keputusan yang mudah. “Lama kami berbincang. Lagi-lagi Hairul bapa yang sangat melindungi anaknya. Dia tak suka orang campur urusan mendidik anaknya. selepas setahun barulah kami bersedia. Kelak itulah juga kenangan teristimewa buat Yusuf bila dia dewasa.

Foto : ASTRO

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI