Ads

Bila Yoga Bersentuhan Dengan Akidah, JAKIM Tegaskan Hukumnya Haram & Jangan Ikut Influencer

Yoga Bersentuhan Dengan Akidah

Bila yoga bersentuhan dengan akidah, JAKIM tegaskan hukumnya haram & jangan ikut influencer.

Senaman yoga yang menggabungkan amalan fizikal dengan unsur keagamaan dan pemujaan adalah haram di sisi syarak serta dilarang diamalkan umat Islam menurut Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pada masa sama, JAKIM mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah mengikut sesuatu amalan hanya kerana ia popular atau dilakukan ramai influencer.

Menurut perkongsian Bahagian Dakwah JAKIM, ketetapan berhubung yoga itu telah diputuskan menerusi Warta Kerajaan pada 2 April 2009. Ketetapan itu menuntut umat Islam supaya lebih berhati-hati dalam memilih aktiviti yang bukan sahaja melibatkan fizikal tetapi turut mempunyai latar belakang kepercayaan tertentu.

Yoga berasal daripada falsafah agama Hindu dan membawa maksud kesatuan, sambungan atau penyatuan roh individu dengan roh alam semesta. Antara tujuannya ialah pembebasan daripada samsara dan karma serta mencapai moksha, selain penyatuan diri dengan tuhan melalui pengheningan fikiran menerusi senaman, gerakan badan dan pembacaan tertentu.

Dalam isu yoga bersentuhan dengan akidah, JAKIM menjelaskan bahawa perkara yang menjadi perhatian bukan pergerakan fizikal semata-mata tetapi apabila senaman itu digabungkan dengan unsur keagamaan, pemujaan atau kepercayaan tertentu.

Yoga bersentuhan dengan Akidah: Haram bila libatkan unsur keagamaan

Dalam perkongsian sama, JAKIM turut menyentuh trend gaya hidup masa kini yang menggunakan istilah seperti wellness, mindfulness, spiritual healing, inner peace, energy dan balance.

Ada antaranya sekadar berkaitan kesihatan dan kesejahteraan, namun terdapat juga aktiviti yang menyelitkan unsur falsafah atau kepercayaan tertentu. Justeru, kandungan sesuatu aktiviti perlu dilihat dan bukan hanya nama program yang digunakan.

“Jangan kerana sesuatu itu popular, kita terus ikut. Jangan kerana ramai influencer buat, kita terus anggap semuanya selamat. Dan jangan kerana nampak ‘healing’, kita terus percaya ia sesuai untuk jiwa seorang Muslim.”

Ads

JAKIM turut menegaskan:

“Popular tidak semestinya patuh syariah. Yang menentukan halal haram bukan jumlah orang yang mengamalkannya, tetapi panduan Allah dan hukum syarak.”

Yoga bersentuhan dengan akidah
Yoga hukumnya haram dan telah difatwakan sebelum ini oleh JAKIM

Islam Sudah Ajar Umatnya Cara Mencari Ketenangan

Islam tidak menghalang umatnya daripada menjaga kesihatan dan mencari ketenangan. Bersenam, berjalan, beriadah, bercuti atau berada dalam suasana yang mendamaikan merupakan perkara biasa dalam kehidupan.

Namun bagi seorang Muslim, ketenangan spiritual bukan melalui penyatuan dengan roh alam atau kuasa spiritual daripada kepercayaan yang bercanggah dengan tauhid, sebaliknya dengan mengingati Allah SWT.

Ads

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ra’d ayat 28:

ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ ٱللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ ٱللَّهِ تَطْمَئِنُّ ٱلْقُلُوبُ

Yang bermaksud:

“Orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingati Allah SWT). Ketahuilah dengan zikrullah itu memberi ketenangan hati.”

JAKIM turut mengajak umat Islam bermuhasabah, bila kali terakhir berzikir, membaca al-Quran dengan tenang serta benar-benar mengadu dan berdoa kepada Allah SWT.

Ads

Kadangkala manusia terlalu sibuk mencari healing sehingga terlupa bahawa Allah SWT telah menunjukkan jalan untuk mendapatkan ketenangan.

Anda mungkin berminat dengan

Jaga Badan, Jaga Jiwa, Jaga Akidah

Tubuh perlu dijaga dan jiwa perlu dirawat namun akidah lebih utama untuk dipelihara.

Dalam memilih senaman, umat Islam disaran memilih aktiviti yang baik dan selamat. Bagi menenangkan fikiran dan menguatkan spiritual, JAKIM menyarankan umat Islam mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui solat, doa, zikir, membaca al-Quran dan amalan soleh.

“Kita tidak perlu mencari Tuhan di dalam diri atau alam. Allah SWT ialah Tuhan yang kita sembah. Kita ialah hamba-Nya. Dan ketenangan yang sebenar datang apabila hati kembali tunduk kepada-Nya.”

Masyarakat turut dinasihatkan supaya berwaspada terhadap aktiviti atau senaman yang mempunyai unsur kepercayaan agama lain, mistik serta perkara yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam.

Umat Islam juga hendaklah mematuhi ketetapan hukum yang telah diputuskan. Sebarang pelanggaran boleh diambil tindakan di bawah Akta 559.

Jangan terlalu sibuk mencari tubuh yang sihat sehingga terlupa menjaga iman. Jangan mencari ketenangan daripada sumber yang salah dan jangan membiarkan sesuatu yang kelihatan seperti “sekadar senaman” membawa kepada perkara yang bercanggah dengan akidah.

Bagi seorang Muslim, bukan kesihatan di dunia sahaja yang dicari tetapi juga kembali kepada Allah SWT dalam keadaan iman yang terpelihara.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

hati murni berselawat

3,000 Ibu Bapa & Anak Berselawat Bersama, Didik Generasi Cintai Rasulullah...

3000 ibu bapa & anak berselawat bersama, didik generasi cintai Rasulullah.  Hampir dua dekad membina generasi melalui pendidikan,  Islam memberi satu pelajaran penting iaitu ilmu...