Yaya Empire Perfume bukan sekadar jenama wangian, tetapi sebuah platform inspirasi yang memberi peluang kepada wanita untuk melangkah ke dunia keusahawanan. Dengan visi mengangkat wanita sebagai pemimpin ekonomi keluarga, Yaya Empire Perfume membuka pintu kepada mereka yang ingin menjana pendapatan melalui perniagaan.
Usaha ini bukan sahaja memartabatkan peranan wanita dalam membantu kewangan keluarga, tetapi juga melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdikari dan berdaya saing. Melalui rangkaian produk berkualiti tinggi dan strategi pemasaran yang efektif, Yaya Empire Perfume membuktikan bahawa wanita mampu mengubah impian menjadi kenyataan, sekaligus menjadi tonggak kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga.
Menurut pengasas Yaya Empire Perfume, Nadia Mat Isa, dia mahu melahirkan usahawan dalam kalangan suri rumah yang mempunyai pendapatan sendiri sekaligus dapat membantu golongan suami.
Katanya, Yaya Empire sendiri mempunyai 1,500 usahawan sehingga kini di mana 99 peratus adalah golongan wanita dan suri rumah.
“Hakikat kehidupan hari ini ialah cabaran kos taraf hidup yang tinggi, jadi para wanita boleh menjana pendapatan sekaligus membantu suami.
“Zaman Rasulullah dulu pun, isteri baginda Siti Khadijah sendiri juga seorang usahawan yang berjaya, jadi tidak mustahil wanita termasuk suri rumah juga mampu melakukannya.
Ads
“Lebih menarik, ada usahawan Yaya Empire yang sudah menjana pendapatan mencecah tujuh angka sebulan bermula dengan modal awal hanya RM80 sahaja.
“Kita sedia membimbing asalkan rajin dan ada usaha serta kesungguhan kerana bukan mudah untuk berjaya serta jatuh bangun itu adat orang berniaga,” katanya.
Kukuhkan Jenama
Sementara itu, Yaya yang lebih mesra disapa Kak Yaya berkata, syarikat berkenaan mempunyai formula tersendiri dalam mengukuhkan jenama dan empayar perniagaannya melalui tajaan acara anjuran pihak lain dalam strategi serampang dua mata.
Tambahnya, dengan cara itu jenama produk keluarannya lebih dikenali serta pada masa sama membantu pihak penganjur menjayakan acara anjuran mereka.
“Pada saya dengan cara ini ia lebih berkesan kerana kita bergabung dengan pelbagai usahawan yang mempunyai pengikut masing-masing sekaligus membantu memperkenalkan produk saya kepada pelanggan baharu.
Ads
“Sebagai contoh saya menaja Fantastic Food Festival anjuran Kak Nab di Alor Star baru-baru ini yang mempunyai ramai usahawan terkenal serta mempunyai pengikut dan pelanggan yang ramai,” katanya.
Pada cara yang berlangsung di Kedah baru-baru ini, lebih setengah juta orang hadir dan memberi sokongan kepada usahawan yang mengambil bahagian.
Beliau yang juga mesra disapa Kak Yaya berkata selain acara anjuran Kak Nab, Yaya Empire turut aktif menaja festival Bossku Mega Expo serta acara anjuran pelbagai pihak lain.
Ads
Mengulas mengenai kolaborasi bersama Kak Nab, Yaya berkata ia sudah kali ketiga berlangsung kerana kagum dengan semangat usahawan wanita itu yang berjaya menaiktaraf peniaga jalanan menjadi usahawan berjaya termasuk imej perniagaan mereka.
“Kalau dulu ramai yang berasal hanya peniaga tepi jalan kini sudah ada bungkusan dan gerai malah kedai yang kemas serta menarik,” katanya.
Lantaran itu Yaya berkata, pihaknya tidak berkira untuk melabur bagi tujuan tajaan dalam usaha memperkenalkan jenama itu ke pasaran lebih meluas.
Tambahnya, perancangan lima tahun juga sedang direalisasikan dalam memastikan usahawan produk itu berada pada landasan yang betul dan berjaya menjana pendapatan.
Produk wangian tempatan ini juga sudah menembusi pasaran Brunei, Singapura, Thailand dan Korea Selatan.
Bulan Ogos sememangnya amat istimewa untuk semua rakyat Malaysia. Bulan kemerdekaan sememangnya menjadi salah satu bulan patriotisme rakyat Malaysia dan menjadi inspirasi untuk melakukan perubahan dalam kehidupan.
Atas inisiatif untuk sama-sama menyemarakkan kemerdekaan negara ke 67, Sabihah Gold menganjurkan Promo Ambang Merdeka khusus untuk peminat barangan kemas terutamanya wanita.
Menurut pengasas Sabihah Gold, Puan Sabihah Hashim, promo ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan berkunjung ke Sabihah Gold di mana ia menawarkan diskaun dan promosi istimewa sempena Hari Kemerdekaan Malaysia.
“Sebagai rakyat Malaysia, perasaan cinta pada negara sememangnya menjadi aspirasi untuk saling membantu antara satu sama lain. Kami di Sabihah Gold melihat ia sebagai salah satu cara untuk sama-sama membantu rakyat Malaysia mempunyai simpanan melalui pelaburan emas yang sememangnya mempunyai masa depan yang baik sebagai asas pelaburan.
Jadi, kami berharap usaha ini mendapat sambutan yang baik dari rakyat Malaysia yang melihat barangan kemas sebagai aset di masa hadapan,”ujarnya.
Sempena Promo Ambang Merdeka yang bakal berlangsung pada 3 dan 4 Ogos ini, Sabihah Gold mengaturkan beberapa program menarik antaranya termasuklah voucher bernilai RM5 per gram untuk setiap pembelian barangan kemas di Sabihah Gold, peraduan teka & menang serta hadiah-hadiah istimewa lain yang pastinya sukar untuk dilepaskan!
Dengan adanya promo ini, Sabihah Gold berharap dapat meningkatkan jualan barang kemas rekaan dan stok terkini yang sememangnya bakal menarik perhatian si penggemar barangan kemas.
Keistimewaan Sabihah Gold
Ketika ditanya mengenai keistimewaan koleksi emas di Sabihah Gold, Puan Sabihah Hashim mempunyai pandangan tersendiri mengenainya.
“Antara keistimewaan koleksi di Sabihah Gold yang tidak terdapat di tempat lain ialah rekaannya yang eksklusif. Saya amat mementingkan aspek kualiti dan rekaan setiap barangan kemas yang dihasilkan.
Jadi, saya pastikan setiap rekaan barangan kemas mempunyai ciri unik dan eksklusif. Selain itu, ia direka oleh pereka tempatan yang mempunyai kepakaran bertaraf antarabangsa, “ujar Sabihah yang mementingkan aspek kualiti dalam setiap barangan kemas yang dihasilkan.
Selain itu, Sabihah Gold menerapkan aspek khidmat pelanggan yang mesra dan professional untuk memastikan setiap pelanggan mendapat pengalaman pembelian yang memuaskan hati.Tidak cukup dengan itu, Sabihah Gold juga sering mengadakan promosi dan diskaun menarik yang berbeza untuk menarik perhatian pelanggan.
Jadi, hujung minggu ini, jangan lupa berkunjung ke Sabihah Gold yang terletak di 19, Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju Seksyen 5, 53300 Kuala Lumpur untuk mendapatkan diskaun menarik dengan setiap pembelian!
Khas untuk semua wanita yang ingin berjinak-jinak menjadikan emas sebagai pelaburan ataupun perhiasan, jangan lupa follow media sosial Sabihah Gold di Facebook dan Instagram @sabihahgoldhq.
Bila Syawal makin hampir, rasa teruja tu memang tak boleh disorok. Hati mula terbayang-bayang nak susun semula perabot, tukar langsir, atau tambah sentuhan baru supaya rumah nampak lebih segar dan selesa untuk sambut tetamu. Tapi… dalam kita sibuk fikir hiasan rumah, bajet raya dan keperluan keluarga pun tetap kena jaga, kan?
Jangan risau, ibu-ibu! Tahun ini ada berita gembira dari Astro Rewards khas buat anda sekeluarga. Menerusi kempen Dekorasi Raya Borak Seeni, anda berpeluang memenangi hadiah dekorasi rumah bernilai RM57,000 daripada Fella Design — tanpa perlu keluarkan duit poket sendiri pun!
Rumah Kemas, Raya Pun Bertambah Meriah
Bayangkan bila tetamu datang, mereka terus rasa selesa masuk ke ruang tamu yang cantik dan kemas. Sofa baru yang empuk, wing chair yang elegan, bangku storan yang bukan saja cantik tapi juga praktikal — semua ni bukan lagi mimpi!
Dan siapa tahu, mungkin anda adalah pemenang bertuah yang dapat semua ni sempena raya tahun ni?
Cara Nak Sertai? Mudah Sangat, Tak Sampai 5 Minit Pun!
Tak perlu belanja besar atau beli barang mahal. Hanya ikut langkah mudah ini:
Muat turun aplikasi My Astro App (MAA)
Klik pada banner “Dekorasi Raya Borak Seeni”
Tekan butang ‘Redeem’ dan isi maklumat peribadi anda
Siap! Anda dah pun masuk dalam senarai peserta. Pemenang akan diumumkan dalam aplikasi dan dihubungi terus oleh pihak Astro. Senang, kan?
Kalau sebelum ini ramai yang meluahkan pelbagai rasa terhadap drama rantaian viral Di Sebalik Permata, kini ramai pula yang tak sabar menanti sambungan kisah cinta penuh emosi dan ‘plot twist’ yang lebih menggila!
Mulai 6 Jun 2025, peminat setia musim pertama akhirnya boleh menarik nafas lega – kerana musim kedua Di Sebalik Permata kini sudah bersiaran di TikTok secara eksklusif, tiga episod setiap hari di akaun rasmi @tiktokdramamalaysia.
Natasya Kembali! Kisah Lebih Gelap & Emosi Mendalam
Membawa naratif kehidupan wanita yang berhadapan dalam situasi yang sama, watak Natasya yang sebelum ini berjaya menambat hati ramai wanita kini berdepan ujian lebih berat. Diuji hilang ingatan, diculik bekas kekasih yang obses, serta terperangkap dalam permainan emosi yang memeritkan menjadikan perjalanan musim kali ini lebih mendebarkan.
Dibarisi pelakon-pelakon berbakat seperti Putri Damia, Mizy Razuan, Umar Mukhtar dan Jeremy Bong, drama ini dijangka terus membuat peminat terikat dengan setiap episodnya. Watak Akmal yang manipulatif, Rayhan yang setia, dan kemunculan jejaka misteri baharu. Semuanya menambah lapisan drama yang buat kita tak senang duduk!
Menurut Pengarah drama ini, Faiz Munir, bahawa musim kedua akan membawakan elemen yang lebih gelap dan emosional termasuk tema cinta toksik, pengkhianatan, dendam dan permainan psikologi yang lebih mendalam.
“Kami tahu peminat sangat menanti sambungan kisah ini. Kali ini, setiap episod direka dengan ‘cliffhanger’ yang akan buat penonton tak sabar tunggu episod seterusnya,” katanya.
Dengan lebih 70 juta tontonan pada musim pertama, Faiz percaya sambutan kali ini akan lebih hebat. Malah katanya, “kalau musim pertama pun dah buat ruangan komen ‘berperang’, musim kedua ini pasti lebih menggila.”
Penghargaan Buat Peminat Setia
Menurut pihak produksi Mantayay Sdn Bhd, musim kedua ini adalah tanda penghargaan buat penonton yang setia mengikuti setiap babak sejak Januari 2024.
“Ramai yang jatuh cinta dengan watak Natasya dan Rayhan. Kali ini kami bawakan kisah yang lebih berani, lebih emosional dan lebih banyak kejutan. Harapan kami agar setiap episod bukan sekadar ditonton, tapi dikongsikan!” ujar penerbitnya.
Sinopsis: Siapa Yang Akan Miliki Hati Natasya?
Natasya kini hilang ingatan – dan dimanipulasi oleh bekas kekasihnya, Akmal, untuk mempercayai mereka masih bersama. Rayhan pula berjuang demi cinta sejati – untuk membawa Natasya pulang dan membongkar kebenaran.
Namun, segalanya jadi lebih rumit apabila muncul lelaki baharu dalam hidup Natasya. Siapakah yang akan menawan semula hati Natasya?
Musim kedua menyelami tema identiti baharu, luka lama dan rahsia yang selama ini tersimpan. Setiap episod bakal merobek emosi dan meninggalkan persoalan yang membuat kita berfikir – siapa sebenarnya yang layak disayangi?
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...