Berita baik buat wanita di Selangor! Kerajaan Selangor menerusi Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat melancarkan insentif penjagaan anak bagi wanita bekerja atau Insentif Mamakerja pada Khamis.
Menurut Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat, Anfaal Shaari berkata, ia dilancarkan sebagai pelaksanaan perkara keempat dalam Lima Tekad 100 Hari diumum Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini.
“Insentif ini bertujuan mengangkat martabat wanita bekerja yang mempunyai anak-anak serta memastikan wanita terus kekal dalam sektor pekerjaan.
“Program baharu Kerajaan Perpaduan negeri Selangor ini akan memberi manfaat berjumlah RM1,000 kepada seramai 5,000 ibu bekerja bagi meringankan beban penjagaan anak-anak terutama dari segi kos,” katanya ditemui pada majlis pelancaran Insentif Mamakerja di sebuah hotel di Seksyen 14 di sini pada Khamis.
Dalam pada itu, Anfaal ketika berucap memaklumkan statistik terkini daripada Jabatan Perangkaan menunjukkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh di Selangor adalah rendah iaitu 69.9 peratus berbanding lelaki sebanyak 83.5 peratus.
Selain itu, menurutnya, kajian Merdeka Centre dan The Asia Foundation di Selangor pada tahun 2020-2022 turut menunjukkan wanita bekerja menghadapi cabaraan kos penjagaan anak yang tinggi.
“Justeru, melalui tema ‘Selangor Penyayang: Memartabat Penjaga, Melindungi yang Dijaga’, insentif MamaKerja menjadi dorongan penubuhan kerangka ekonomi penjagaan atau ‘care economy’ yang bakal menawarkan solusi jangka panjang dan holistik khusus bagi golongan sasar iaitu penjaga, kanak-kanak, warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.
Anfaal berkata, Insentif MamaKerja juga merupakan strategi serampang dua mata bagi menyokong partisipasi wanita dalam tenaga buruh selaras dengan Rancangan Selangor Pertama (RS-1) iaitu mempertingkatkan inklusiviti sosial dan kesejahteraan rakyat di mana tumpuan khas diberikan kepada wanita dan institusi keluarga.
Ads
5,000 Wanita Kembali Bekerja Di Selangor
Gambar Hiasan
Selain itu, menurutnya, RS-1 juga menggariskan kepentingan sektor penjagaan dan penyediaan pusat asuhan yang berkualiti seperti taska, tadika dan transit yang menjadi sistem sokongan bagi wanita bekerja.
“Dengan terwujudnya pusat penjagaan berkualiti, pasti dapat menjamin keselamatan dan pembangunan kanak-kanak, dalam masa yang sama kaum ibu dapat bekerja dengan lebih tenang dan meningkatkan produktiviti mereka,” katanya.
Antara syarat kelayakan bagi memohon Insentif Mamakerja termasuklah rakyat Selangor atau yang bermastautin lebih 10 tahun, bekerja dan bermajikan, berpendapatan isi rumah berjumlah RM8,000 dan ke bawah dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang anak berumur 12 tahun ke bawah serta pengundi di Selangor.
Permohonan bagi Insentif MamaKerja akan dibuka pada 1 November menerusi aplikasi Selangkah dan pemohon perlu melengkapkan permohonan dengan memuat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
Ads
Penerima yang layak akan menerima bantuan tunai ke akaun masing-masing dalam tempoh 14 hari bekerja selepas status permohonan berjaya.
Dua puluh tahun lalu, Leslie Variyan memulakan perjalanan fesyen dengan satu visi yang jelas — memperkasakan wanita melalui gaya sederhana yang mewah, moden dan kekal elegan. Hari ini, VARIANTE bukan sekadar jenama, tetapi simbol kesetiaan, keyakinan dan komuniti wanita yang percaya bahawa kesopanan adalah kekuatan, bukan kekangan.
“Trend datang dan pergi, tetapi kecantikan abadi, nilai kesederhanaan dan rekaan yang mengangkat wanita, itulah yang kami pegang sejak hari pertama,” – Leslie Variyan, Pengasas & Pereka VARIANTE
Koleksi Ulang Tahun: Evolusi Senyap, Keyakinan Lantang
Bagi meraikan dua dekad kejayaan, VARIANTE mempersembahkan Runway Collection edisi terhad. Koleksi ini menjadi dedikasi kepada legasi terdahulu sambil mencerminkan masa depan yang lebih berani.
Dihiasi accent hues yang ekspresif, ia menghidupkan aura keceriaan tanpa meninggalkan potongan dan corak ikonik yang menjadi DNA jenama. Setiap helaian direka bukan untuk berlumba dengan trend, tetapi untuk melangkah lebih jauh. Rangkaian modest fashion yang “tidak berbisik perlahan”, tetapi berbicara lantang tentang cita rasa, substance, dan keperibadian pemakainya.
“Ia bukan sekadar pakaian, ia tentang merasa selesa dalam diri sendiri, meraikan detik anda, dan berpakaian dengan cara yang berkata ‘Ini aku, dan aku bangga menjadi siapa aku’,” – Leslie Variyan
Lebih Daripada Sekadar Fesyen
Di sebalik setiap helaian, ada nilai fashion with purpose. VARIANTE menitikberatkan ketahanan fabrik, rekaan berkualiti, serta komitmen terhadap kelestarian. Inisiatif seperti memperbaharui koleksi lama demi mengurangkan pembaziran fesyen membuktikan jenama ini serius dalam menjaga bumi sambil meraikan kecantikan wanita.
Bagi VARIANTE, pakaian hanyalah sebahagian kecil dari keseluruhan pengalaman. Daripada servis personal styling hingga kempen inspirasi, setiap interaksi dengan pelanggan adalah hubungan jujur yang membina komuniti. Di sinilah pakaian menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup wanita dari bilik mesyuarat ke malam kota yang berkilau.
Sejak awal, VARIANTE kekal sinonim dengan wanita moden yang memilih kesopanan sebagai gaya hidup. Siluetnya bukan sahaja mengekalkan feminiti, tetapi menyuntik kekuatan, karakter, dan keyakinan yang membuat pemakai berkata tanpa ragu, “Ini aku, dan aku bangga dengannya.”
Bermula secara sederhana, Variante kini berdiri sebagai salah satu jenama dipercayai
wanita Malaysia, menemani mereka dari bilik mesyuarat ke malam kota yang berkilau,
sentiasa dengan flair, keyakinan dan niat yang jelas.
Sejak penubuhannya, Variante sinonim dengan wanita moden yang memilih kesopanan
sebagai gaya hidup. Siluet yang dihasilkan tidak hanya memeluk identiti dan feminity,
tetapi menyuntik kekuatan serta karakter tersendiri kepada si pemakai.
Tak dapat menggambarkan perasaan seorang lelaki bernama suami di kala ini mengenangkan nasib yang sedang dialami oleh si isteri yang menyertai misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Nadzmi Adhwa sememangnya tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat menemani isteri tercinta, Ardell Aryana yang menyertai perjalanan berisiko itu. Namun, dia mengambil pendekatan reda dengan perjuangan Ardell yang membawa misi kemanusiaan sejagat itu.
“Doa suami untuk isteri tiada hijab kan? Ya Allah, dengarkanlah doa ini. Berikan mereka kekuatan, lindungi mereka, berkatilah mereka dan permudahkan urusan mereka untuk sampai ke bumi Gaza.
“Ya Allah, hanya pada-Mu kami berserah,”ujarnya.
Nadzmi berkongsi luahan tersebut menerusi hantaran di platform Threads pada pagi Selasa.
Nadzmi yang juga merupakan bapa kepada dua cahayamata ini turut memaklumkan aplikasi WhatsApp milik isterinya sudah tidak boleh digunakan lagi sepanjang misi tersebut dan hanya dapat dihubungi melalui signal sahaja.
Maklumat tersebut diperolehi melalui mesej daripada salah seorang aktivis yang turut serta dalam konvoi berkenaan.
Difahamkan, misi GSF dijangka memasuki zon merah pada hari ini (1 Oktober 2025) iaitu perairan berdekatan Gaza. Sementara itu, Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) menjangkakan misi GSF akan memasuki zon merah pada jam 7 malam waktu Malaysia.
Ardell merupakan antara individu yang mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza sebagai sebahagian daripada GSF dengan tujuan memecah kepungan serta menghantar bantuan makanan dan perubatan kepada penduduk Palestin.
Buat ibu bapa yang pernah risau tentang peluang anak-anak untuk cemerlang dalam pelajaran kerana kekangan kewangan, inisiatif ini pasti menyentuh hati. Dalam usaha murni menyokong pendidikan anak-anak dari keluarga berpendapatan rendah, Pusat Tuisyen PTTI telah menyumbangkan tajaan bernilai RM100,000 kepada kawasan Parlimen Muar, Johor.
Sumbangan ini diterima oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dan akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu pelajar kurang berkemampuan, terutama mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM.
Kelas Online & Bantuan Peranti Untuk Pelajar
Dengan tajaan ini, pelajar-pelajar terpilih akan diberikan akses kepada kelas tuisyen dalam talian yang dikendalikan oleh guru-guru pakar dari PTTI. Tidak terhenti di situ, mereka juga akan menerima kemudahan pembelajaran seperti komputer riba dan tablet, agar tidak tercicir hanya kerana kekurangan peralatan asas.
“Saya sangat terharu dan bersyukur. Terima kasih kepada Cikgu Farhana dan seluruh pasukan PTTI atas sumbangan ini. Pendidikan adalah pelaburan masa depan, dan tidak semua ibu bapa mampu sediakan tuisyen berkualiti untuk anak-anak mereka,” ujar Syed Saddiq dengan penuh rasa syukur.
Malah, beliau turut mengumumkan bahawa sebanyak RM20,000 dari jumlah tajaan itu akan disumbangkan semula oleh beliau dalam bentuk pembelian peranti pembelajaran kepada pelajar menjelang Hari Raya Aidiladha ini menjadikan jumlah keseluruhan bantuan kepada RM120,000.
Pendidikan Berkualiti Untuk Semua, Tak Kira Latar Belakang
Inisiatif ini memberi makna besar kepada keluarga luar bandar dan B40, terutamanya di kawasan seperti Sungai Balang, yang jauh dari pusat tuisyen fizikal. Syed Saddiq menegaskan bahawa pendidikan berkualiti seharusnya tidak hanya untuk anak-anak di bandar, sebaliknya semua pelajar harus diberi peluang sama rata.
“Dengan bantuan begini, anak-anak kita boleh ‘catch up’, terutama dalam subjek-subjek kritikal seperti Matematik dan Sains,” katanya lagi.
Gambar hiasan
PTTI Komited Angkat Potensi Anak Bangsa
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Cikgu Farhana, organisasi ini sudah lebih 10 tahun mendidik dan membimbing pelajar, membantu lebih 800,000 pelajar termasuk 400 pelajar yang mendapat straight A dalam SPM 2024.
“Kami percaya semua anak boleh berjaya, asalkan diberi bimbingan dan sokongan yang betul,” ujarnya yang juga dikenali ramai kerana pendekatan mesra dan teknik pengajaran yang berkesan, terutama dalam subjek-subjek ‘killer’ seperti Fizik, Kimia dan Matematik.
Roadtour Skor A+ PTTI Bakar Semangat Pelajar
Majlis penyerahan tajaan ini berlangsung meriah semasa Roadtour Skor A+ SPM PTTI di IDCC Shah Alam, yang menghimpunkan hampir 4,000 calon SPM dari seluruh negara.
Selain Syed Saddiq, kehadiran Bella Astillah yang tampil berkongsi kisah hidup turut menyentuh hati para pelajar. Turut memeriahkan acara adalah selebriti terkenal seperti MK K-Clique, Iman Troye, Nabila Razali, Zaki Yamani, dan ramai lagi memberikan inspirasi serta semangat kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia tahun ini.
Ibu kepada Allahyarham Mohd Fuad Fahmie berkongsi kesedihan apabila arwah yang maut ditembak di Sungai Golok tidak sempat menimang cahaya mata sulung yang dijangka lahir pada hari kelahirannya.