Wisma Jakel Shah Alam terbakar, orang ramai siar secara live di tahun baharu.
Permulaan tahun baharu yang menyedihkan buat pemilik Jakel apabila wisma Jakel yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam dilaporkan terbakar sekitar jam 8 pagi tadi.
Wisma yang sentiasa menjadi tumpuan ramai ini tidak hanya di musim perayaan tetapi juga hari biasa dilihat marak terbakar dan disiarkan secara langsung di media sosial oleh orang ramai yang terkejut dengan kejadian ini. Dapat dilihat api semakin marak membakar wisma Jakel ini.
Ads
dalam siaran secara live di fb dikenali sebagai Datin Hajah Mahidah jelas kedengaran suaranya memaklumkan Wisma Jakel sedang terbakar dan dapat dilihat dari atas rumahnya api marak membakar.
Diiktiraf antara wisma textiles terbesar di Malaysia, jelas kelihatan pihak bomba berusaha memadamkan kebakaran di lokasi kejadian. Jakel antara jenama tempatan yang sering menjadi tumpuan ramai ketika hari raya bahkan di Seksyen 7 ini antara tempat agak sesak diserbu oleh ramai setiap kali musim perayaan.
Ads
Didoakan agar tiada kemusnahan yang teruk dan moga permulaan tahun baharu ini dipermudahkan urusan rezeki pemiliknya.
Anugerah terindah. Itulah yang boleh diungkapkan bagi setiap suami isteri apabila dikurniakan cahaya mata. Zuriat yang dinanti-nantikan oleh pasangan yang berumahtangga.
Namun, di sebalik anugerah terindah ini, ada ujian yang kita tak tahu. Dialah yang merancang segala-galanya. Terima dengan penuh redha dan inilah rezeki yang Allah berikan.
Tidak terduga sama sekali, kegembiraan atas kelahiran cahaya mata kedua ini diterima dengan penuh redha bila disahkan anak ini cukup istimewa, tidak seperti anak-anak lain.
Anak kedua bagi pasangan muda Siti Aishah Noor Azlan, 23, dan Muhammad Amirul Hafiz Nazarudin, 22, ini dilahirkan dengan keadaan organ dalamam terbalik berbandingkan dengan manusia normal.
Baru berusia sembilan bulan, namun Amsyar Hadif Muhammad Amirul Hafiz yang dilahirkan tanpa bebola mata disahkan mempunyai masalah jantung yang kompleks selain kedudukan organ dalaman terbalik.
Jantung bayi berusia sembilan bulan itu tidak mempunyai saraf besar, berlubang dan kedudukan organ utama itu juga terbalik serta berada di tengah dada, manakala paras oksigen bayi itu juga maksimum 75 peratus saja.
Berkongsi cerita, Siti Aishah berkata, pada mulanya mereka tidak mengesan sebarang kelainan pada mata Amsyar Hadif ketika dalam kandungan biarpun sudah membuat imbasan terperinci.
Menurutnya, ketika berusia empat bulan, Amsyar Hadif mengalami cirit birit berdarah dan dibawa ke Hospital Kulai sebelum paras oksigen menurun dan kemudiannya ditidurkan selama tiga hari serta dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah, Johor Bharu pada Julai lalu.
Katanya, ketika itu mereka dimaklumkan mengenai masalah jantung dan keadaan Amsyar Hadif yang sangat istimewa.
“Mata Amsyar (Amsyar Hadif) juga tiada saraf dan kami diberitahu jika ada (saraf) dia berpeluang melihat sekiranya ada penderma organ itu, manakala pembedahan jantung tidak disarankan buat masa ini kerana ia berisiko tinggi.
“Ini kerana kami dimaklumkan Pengimejan Resonas Magnetik (MRI) mengesan ada dot hitam pada otaknya, membuatkan oksigen tidak sampai (ke otak). Paras oksigen Amsyar paling tinggi hanya 75 saja.
“Keadaan jantung Amsyar berlubang dan saya difahamkan jika lubang itu semakin mengecil ia memberi risiko pada anak yang berkemungkinan boleh ‘pergi’ bila-bila masa,” katanya yang tinggal di Taman Seri Muhibbah, Johor Bharu.
Bercerita lanjut, suri rumah itu berkata, doktor memberitahu Amsyar Hadif antara kelahiran yang unik dan jarang berlaku. Bagi Siti Aishah dan suami, anak lelaki mereka adalah anugerah paling berharga selain anak perempuan sulung.
“Kedudukan orgam dalam Amsyar terbalik seperti kalau organ orang normal lain berada di kiri, dia punya di kanan dan sebaliknya tetapi kami diberitahu organ lain berfungsi dan keadaan itu tiada masalah.
“Amsyar sekarang hanya menjalani pemeriksaan bayi rutin dan pakar kanak-kanak. Untuk jantung setiap enam bulan sekali bagi memantau keadaan lubang di jantungnya,” katanya memberitahu suami berkerja sebagai pemandu lori.
Menurut Siti Aishah, dia menguatkan semangat dengan sokongan suami, keluarga dan rakan untuk menjadi ibu terbaik buat Amsyar Hadif, malah mengakui biarpun dalam kekurangan anaknya tetap adalah terbaik dan sempurna.
“Suami selalu cakap ujian setiap orang berbeza dan tidak sama dengan kita dengan ada yang melalui ujian yang lebih getir dari kami.
“Sedih itu memang ada terutama memikirkan bagaimana dia bila besar nanti, tetapi kami menerima takdir ini dan akan terus menjaga amanah Allah SWT dengan baik.
“Amsyar mudah dijaga, dia hanya menangis ketika mahu susu dan dia akan bermain sendiri. Anak memang aktif dan mulutnya juga riuh. Bila panggil namanya, saya akan terus pegang tangan supaya dia tahu ibunya ada di sisi,” katanya.
Mingguan Wanita : Moga adik Amsyar Hadif terus kuat dan sihat. Buat pasangan ini moga terus kuat dalam membesarkan anak istimewa ini.
Makanan bernitrogen. Seronok bila makanan yang kita ambil keluar asap dari mulut. Seolah berada di tempat sejuk pula. Kanak-kanaklah orang yang paling teruja untuk menikmati makanan seperti ini.
Namun, di sebalik keseronokan menikmati makanan bernitrogen ini, ada kesan buruknya yang perlu kita tahu. Mungkin ada sesetengah kedai yang masih lagi menjual makanan seperti ini.
Inilah yang berlaku dan menjadi pertikaian di negara jiran yang mana cukup popular dengan makanan bernitrogen ini telah mendakwa boleh menyebabkan masalah kesihatan, lebih-lebih lagi pada kanak-kanak.
Dalam kes yang berlaku di Indonesia, beberapa kanak-kanak mengalami perut melecur selepas mengambil makanan ringan jalanan yang mengandungi nitrogen cecair yang popular dipanggil ‘chiki ngebul’.
Lazimnya, ia dikenali sebagai ‘nafas naga’ di Indonesia kerana ia mengeluarkan asap bila masukkan makanan itu ke dalam mulut.
‘Chiki ngebul’ adalah pelbagai jenis gula-gula berwarna pelangi yang disalut dengan awan awan kabud nitrogen cecair. Dikatakan, pakar kesihatan turut memberi amaran bahawa jika snek dimakan sebelum nitrogen cecair telah sejat, ia menyebabkan risiko melecur dan usus berlubang.
Setakat ini, lebih 20 kanak-kanak telah didiagnosis dengan melecur perut selepas didakwa merakam diri mereka sendiri memakan chiki ngebul sebagai sebahagian daripada trend TikTok yang berbahaya.
Ekoran daripada itu, Timbalan Gabenor Jawa Barat telah mengharamkan penjualan snek cecair nitrogen selepas lebih 12 kanak-kanak dilaporkan mengalami luka kebakaran usus akibat pengambilan chiki ngebul.
Beliau juga menggesa pihak berkuasa tempatan dan pegawai sekolah untuk memeriksa bahan-bahan yang digunakan oleh peniaga jalanan dan memastikan ia selamat untuk kanak-kanak.
Dr. Dicky Budiman, doktor Indonesia dan penyelidik keselamatan kesihatan global di Universiti Griffith mengesahkan potensi nitrogen cecair boleh menyebabkan luka bakar dan penembusan usus
Sementara itu, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Indonesia, mengatakan bahawa kulit melecur dan kesukaran bernafas yang teruk ada kaitan dengan penggunaan nitrogen cecair.
Mingguan Wanita : Rasanya snek bernitrogen ini tidaklah terlalu viral di Malaysia, Cuma kita sebagai mak ayah kena berhati-hati. Tak perlulah nak ambil makanan yang boleh membahayakan kesihatan anak-anak.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.