Baru-baru ini, pada 23 Julai yang lepas buat julung kalinya telah diadakan webinar PERCUMA secara dalam talian iaitu ‘Buat Duit Bisnes Dari Rumah, anjuran Bestari FOOD dan Mingguan Wanita’.

Tujuan webinar ini dianjurkan pastinya untuk menambah lagi ilmu pengetahuan dan informasi para peserta yang menyertainya. Baik untuk memulakan bisnes ayam goreng dari rumah mahupun mempertingkatkan lagi ilmu dan kemahiran dalam fotografi makanan menerusi webinar ini.

Dua Segmen Menarik

Webinar ini mempunyai dua segmen menarik iaitu topik pertama, Jom Niaga Ayam Goreng Crispy Viral…Masyuuuk! yang disampaikan oleh Puan Azatul Izan yang merupakan Pengurus Kanan Komunikasi & Pemasaran Bestari FOOD. Puan Izan berkongsikan ilmu tentang penyediaan ayam goreng yang crispy dan juicy menggunakan tepung Bestari dengan betul untuk dibuat berniaga.

Webinar PERCUMA Buat Duit Bisnes Dari Rumah, Bestari Food X Mingguan Wanita Tambah Ilmu Peserta!
Puan Azatul Izan berkongsi ilmu tentang penyediaan ayam goreng yang crispy dan juicy menggunakan tepung BESTARI.

Topik kedua, iaitu Teori Asas Fotografi Makanan Guna Handphone yang dikongsikan oleh Encik Sharm Zin yang merupakan Mobile Photographer dan juga Food Stylist yang berpengalaman hampir 5 tahun dalam bidang ini. Banyak tip dan trik yang dikongsikan Encik Sharm bagi menjadikan gambar makanan yang diambil nampak cantik dan menarik hasilnya.

IKLAN
Webinar PERCUMA Buat Duit Bisnes Dari Rumah, Bestari Food X Mingguan Wanita Tambah Ilmu Peserta!
Encik Sharm menerangkan tip dan trik bagi menjadikan gambar makanan yang diambil nampak cantik dan menarik.

Webinar Cukup Interaktif

Ternyata, webinar ini cukup interaktif apabila berjaya mengumpulkan hampir 100 orang peserta dan mereka memang cukup bersemangat dalam mengajukan pelbagai soalan menarik berkaitan topik yang diperbincangkan.

Webinar ini dimeriahkan dengan 10 pemenang cabutan bertuah yang mendapat Apron tajaan Bestari FOOD. Manakala bagi Hadiah Utama pemenang bertuah akan membawa pulang sebuah basikal bernilai RM700!

IKLAN

Webinar PERCUMA Buat Duit Bisnes Dari Rumah, Bestari Food X Mingguan Wanita Tambah Ilmu Peserta!

IKLAN

Semoga segala perkongsian ilmu dan pengalaman para panel berkongsi ilmu di dalam webinar ini, dapat dimanfaatkan dan seterusnya dipraktikkan buat para peserta selepas ini. Diharap pihak Bestari FOOD dapat terus menjalin kerjasama dan menganjurkan lagi webinar percuma seperti ini pada masa akan datang.

Webinar PERCUMA Buat Duit Bisnes Dari Rumah, Bestari Food X Mingguan Wanita Tambah Ilmu Peserta!

#webinarpercuma
#buatduitbisnesdarirumah
#Bestarifood

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI