mekap

Kebanyakan kaum wanita gigih pakai mekap berjam-jam sebab nak tutup cela pada wajah. Malah yang sampai nak tidur pun sempat mekap! Sebab dah rasa tak lengkap jika tak pakai mekap.

Pemakaian mekap sebenarnya membuatkan wajah nampak berbeza dan kelihatan cantik, malah buat seseorang itu rasa lebih yakin.

Tetapi penggunaan mekap setiap hari tidak baik untuk kesihatan kulit, walaupun anda perlu menggunakannya untuk menutup cela atau noda pada wajah.

Ini antara 5 sebab kukuh kenapa korang tidak patut memakai mekap setiap hari!

IKLAN

1. Ada Racun

Ada produk jika digunakan setiap hari akan beri kesan buruk pada kulit kerana mengandungi bahan beracun. Walaupun korang membeli mekap yang mahal, namun bahayanya tetap ada. Lebih selamat jika anda kurangkan memakai mekap!

2. Baik Merawat Daripada Menutup!

Yang teruknya bila ada jerawat atau jeragat, rela tutup tebal dengan mekap. Daripada berhabis duit dengan membeli mekap yang mahal semata-mata hanya untuk menutup cela pada wajah, apa kata jika anda merawat masalah kulit. Kalau kulit cantik, tak perlu pakai mekap dah! Natural beauty kan lebih cantik.

IKLAN

3. Kulit Perlukan Nafas

Beri masa beberapa hari untuk kulit bernafas jika anda tidak perlu pergi ke kerja. Mekap mampu menyebabkan liang roma tersumbat. Tambah pula kalau anda jenis malas cuci muka waktu nak tidur, akhirnya muka rosak!

4. Bau Yang Mengganggu

Tak semua bahan solekan ada bau tetapi kalau beli yang jenis ada bau, memang akan mengganggu. Sesetengah mekap mempunyai bau wangi atau bau khas tertentu. Jika anda memakai mekap setiap hari, paru-paru anda jadi tidak selesa untuk bernafas dan terganggu.

IKLAN

5. Suami Lari

Haa… jangan main-main, dah banyak kes suami tak boleh terima bila tengok wajah sebenar seorang perempuan. Memanglah tabiat memakai mekap membuatkan anda kelihatan nampak cantik dan luar biasa. Boleh tutup cela mana yang patut. Tapi kalau tebal sangat mekap, bila dah cuci lain sangat dengan muka asal! Takut-takut lepas kahwin suami lari sebab terkejut dengan wajah anda tanpa mekap.

6. Boleh Jimat

Alat solek tak murah tau. Baiklah anda beli produk yang merawat kulit dari dalam. Guna petua tradisional pun boleh, lagi selamat tanpa racun! Malah duit yang beli mekap tu boleh buat simpan kumpul beli keperluan lain.

Semoga anda mampu memilih produk kulit wajah yang tepat daripada terus meorosakkan kulit wajah dengan bahan kimia. Paling penting biar cantik dari hati, pasti air wajah nampak cantik secara semula jadi.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI