Wanita dan perhiasan tidak boleh dipisahkan. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan barang kemas. Rasa tak keruan bila ada saja patern baru di pasaran. Pasang angan-angan untuk memilikinya.
Sebetulnya, wanita yang memakai perhiasan tidak salah dan boleh pakai tapi kenalah bersederhana. Janganlah bila keluar rumah, semua jenis barang kemas dipakai. Kononnya untuk kepuasan dan nampak cantik.
Sedangkan cara ini boleh membuat pandangan mata orang lain akan kata nak menunjuk-nunjuk, walaupun pemakainya tiada niat untuk menunjuk.
Dengarlah penjelasan dan teguran yang diberikan oleh Ustazah Asma’ Harun ini. Apa yang dikatakan itu benar belaka.
Tak salah wanita memakai perhiasan. Tapi pakai itu biarlah saiz dan jumlah hiasan itu bersederhana.
Bila pakai terlalu banyak dan berlebihan, ia boleh mengundang tabaruj dan menarik perhatian. Bila dah tarik perhatian, ia boleh pula mengundang kepada perasaan hasad dengki dan cemburu.
Pakai Tanpa Niat Menunjuk
Mungkin ada sesetengah wanita memakai bukan pun dengan niat menunjuk. Tapi cra perbuatan itu seolah menunjuk.
Kononnya, ada yang pakai untuk kepuasan diri sendiri. Nak pakai dengan jumpah yang banyak, boleh saja. Pakailah di rumah. Sebaliknya, kalau di khalayak ramai , pakailah sedikit.
Ads
Kita pun bila pakai sederhana dah tentu tangan pun nampak cantik.
Kena ingat. Walaupun tiada niat tapi ia menarik perhatian. Sederhanalah.
Mingguan Wanita : Betul apa yang dikatakan. Nak pakai banyak, pakailah di rumah. Tapi di luar, bersederhana. Banyak mata memandang dan mulut berkata-kata nanti.
“Azal Bukan Gila, Jaga Ibu & Abang Azil” Zarina Sedih Tertulis Di Wikipedia Anak Istimewanya Kurang Waras. Allahu ada saja tindak tanduk yang kurang cerdik dari insan yang tidak berhati perut.
Sanggup menulis di Wikipedia dan menuduh anak kepada pelakon Zarina Zainuddin kurang waras.
Sebagai ibu yang melahirkan sememangnya berasa sedih dan kecewa. 9 bulan ibu kandungkan anak-anak, susah senang hanya ibu yang tahu, sampai hati orang nak berkata begitu.
Baru saja memuat naik sebuah video yang ditulis di Wikipedia tentang salah seorang anak kembarnya yang bernama Azal yang ditulis gila oleh individu yang tidak berperikemanusiaan.
Ibu mana yang tidak sedih apabila anak sendiri menjadi mangsa tohmahan.
“Azal hantar pada saya ibu ada orang tulis di wikipedia kata azal gila ibu tengok ni .
“Saya yang baca jadi terkedu sejejap saya peluk dia saya kata azal tak gila azil tak gila.
“azal dan abang azil anak istimewa. Anak ibu.
“Allah ada. Biar orang kata apa Allah ada.
“kalau azal sayang ibu jangan sedih tau,” luah Zarina.
Menerusi sebuah lagi video Zarina turut mencoret tentang anak kembarnya dan berharap mereka terus kuat!
“My Azal. Stay Strong my anak” #azalazil #autism #autismawareness
“Kak Ina & Azal Sayang, Sabar Tau!”
Menerusi ruangan komen rakan artis serta pengikut setia Zarina di Instagram memberikan kata-kata semangat buat Azal.
“Anak syurga Allah. Be strong sister we love u” Fashasandha
“This is horrible! Kak ina repost and cari orang yang buat ni sampai dapat!” Catrionabrianross
“Segala info wikipedia or google kebykan salah! X sangka ni yg paling jahat! Kak ina n azal syg.. sabar tau.. semoga kita dpt pelaku sbnr” jozlynnhanania
“Bukan azal.. azal x gila. Azal anak baik. Azal bijak berdikari hebat” ffatysui_
Sepanjang tiga tahun biduanita Uji Rashid mendedikasikan hidup untuk memastikan Cico sembuh, banyak perkara memilukan terjadi.
Rupanya wanita tabah ini menyimpan rapi rahsia penyakit misteri putera kesayangannya dan akhirnya membuat pendedahan mengenai kisah malang yang menimpa anaknya yang juga pelakon, Cico Harahap, 41.
Bersama anaknya Cico dan cucu kesayangan.
Biduanita Uji Rashid, Terpaksa Menjaga Cico
Begitu besar pengorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anak walaupun terpaksa menanggung derita. Malah Uji juga menyatakan kini Cico tidak lagi mampu bekerja dan Uji sendiri terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana terpaksa menjaga Cico.
“Hidup kami memang susah, hanya Allah SWT sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, pernah di halau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.
“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Bagaimanapun tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” luah Uji Rashid.
Pertama Kali Dedah Secara Terbuka Kisah Cico
Bersama Prof Muhaya
Baru-baru ini menerusi program Telekung Talk yang merungkai topik Jawapan atau Ujian?, yang bersiaran di platform Facebook Muhayya Momentum (Datuk Dr Prof Muhaya), Uji Rashid mendedahkan Cico bukanlah disihir, sebaliknya telah diracun oleh beberapa individu ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu.
“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas- desus mengenai keadaan anak saya.
“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.
“Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.
Syukur Cico Semakin Sembuh
Tambah Uji lagi, melalui cerita yang disampaikan kepadanya, Cico rebah sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan. Sehingga kini dia tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.
“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT. Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.
“Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” luahnya.
Sewaktu pogram tersebut berlangsung, Datuk Dr Prof Muhaya kelihatan sebak mendengar pendedahan Uji. Malah Prof Muhaya juga menasihati agar orang ramai sentiasa positif dalam mengharungi dugaan hidup.
“Perkongsian dari seorang ahli sufi, pesanan daripada sorang wali Allah SWT, meminta kita melakukan dua perkara di mana setiap hari kita perlu membaca dan berkaca. Membaca maksudnya di sini melihat keluar kehidupan orang lain. Satu lagi berkaca, di mana ahli sufi mengatakan seorang mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain.
“Kita membaca melihat kehidupan orang lain dan berkaca melihat diri sendiri yang kita panggil introspeksi diri. Apabila kita ada masalah banyak orang akan membaca. Saya jadi macam begini sebab orang ini atau kita panggil mangsa kehidupan.
“Dari segi saintifiknya siapa berada dalam keadaan ini, mereka berada zon sengsara. Cara untuk kita naik ke zon yang atas, kita haruslah berkaca diri di mana kita menerima ujian ini kerana takdir Allah SWT yang sudah tertulis di dalam Luh Mahfuz.
“Kita diberi dua kelebihan boleh melihat dengan mata nafsu dan mata hati. Jika dengan mata nafsu, kita akan merungut dan menyalahkan keadaan. Mata hati pula MasyaAllah, kita berdoa bagaimana ujian ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah SWT dan berakhlak baik kepadaNya,” katanya.
Dekatkan Diri Dengan Allah SWT – Prof Muhaya
Prof Muhaya menambah, apabila seseorang melangkah momen taubat, bersyukur, sabar, reda, mereka telah mencapai tahap lebih tinggi. Maka masa itu kita dapat mempertingkatkan garis sengsara kepada biasa, seterusnya produktif kepada luar biasa.
“Justeru itu bagi sesiapa yang menghadapi apa sahaja masalah anda perlu mengatasinya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.
Sumber / Sumber Foto: Facebook Muhayya Momentum (Datuk Dr Prof Muhaya)
Penyanyi yang baru saja mendirikan rumahtangga dengan Ashira, Bad Indigo memohon doa dari orang ramai agar proses pembedahan kakinya berjalan lancar dan berharap agar luka yang dialami sembuh.
Bad Indigo Mohon Doa Ramai
Baru-baru ini menerusi perkongsian sebuah hantaran video di akaun Instagramnya, Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah menerangkan tentang kesakitan yang dialami.
“Day no 3 at PPUM..still unsure..still waiting. Yang pasti dah tiga hari away from family…especially my wife @ashiraaziz … miss u like crazy sayang .
Kini masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Bad amat menghargai doa-doa dari isteri dan ahli keluarga.
“Doa-doa kalian amatlah saya hargai. Terima kasih semua. Terima kasih kepada isteri tercinta @ashiraaziz , anak2 kami, mak dan keluarga saya, mertua n ipar duai saya yg selalu mendoakan n terus memberi semangat,” ungkapnya lagi.
Sementara itu Ashira juga memberi kata-kata semangat kepada suaminya dan berharap Bad dapat sembuh dan pulang ke rumah segera!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.