Adakah mak-mak alami perasaan ini, berasa sedih, tidak lagi berasa gembira dengan hidup anda? Berasa lemah dan dipinggirkan? Semakin banyak kes kes kemurungan termasuk di Malaysia yang mengakibatkan kejadian bunuh diri, sedih keterlaluan sehingga membahayakan orang lain dan banyak lagi.
Jangan ambil mudah. Apatah lagi merahsiakan. Jadi jangan risau kerana anda tidak keseorangan. Tahukah anda mengikut kajian American Psychiatric Association; 1 daripada 6 individu mengalami kemurungan atau depresi?
Lebih menyedihkan wanita lebih mudah mengalami kemurungan berbanding lelaki. Wanita dialah sahabat, isteri, kawan, ibu, multitasking. Mereka letih dengan hidup yang sentiasa menginginkan sesuatu.
Mungkinkah mak-mak termasuk antara mereka yang mengalami kemurungan. Mari kita kenali sedikit sebanyak mengenai kemurungan. Dan membantu mengatasinya kerana kemurungan boleh dirawat.
Kemurungan Pengaruhi Perasaan..
Menurut Dr. Asma Razalli, depression atau major depressive disorder ialah penyakit yang serius dan biasa dialami oleh seseorang individu.
“Ia akan mempengaruhi perasaan individu itu, perasaan sedih yang melampau dan hilang minat kepada apa sahaja yang pernah diceburi lalu menyebabkan kemerosotan prestasi di tempat kerja.
“Kemurungan mampu menganggu fungsi individu itu sebagai anak, suami, isteri mahupun sesiapa sahaja. Mereka yang mengalami depresi atau kemurungan akan selalu mengalami masalah emosi dan fizikal.”
“Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang mencabar, kompetetif di sekolah, tempat kerja, serta zaman yang sentiasa ingin ke hadapan, ramai yang terjebak. Ramai yang sengsara tanpa pertolongan,” ujarnya.
Ads
Awas Jika Ada Petanda Kemurungan
Tahukah anda apa simptom-simptom kemurungan. Nasihat Dr. Asma, jika anda mengalami simptom-simptom berikut, sila ambil perhatian.
1. Perasaan sedih sentiasa.
2. Tiada lagi minat dengan sesuatu aktiviti yang pernah diminati.
3. Sukar untuk tidur ataupun tidur yang berlebihan.
4.Berasa letih, penat, lemah sentiasa.
5. Selera yang berubah secara tiba tiba, tiada selera untuk makan.
6. Berat badan yang turun atau naik tetapi tidak berkaitan dengan pemakanan.
Ads
7. Gerak badan yang tiada tujuan atau pergerakan yang perlahan. Dan pertuturan yang perlahan
8. Berasa tidak berguna, tidak berdaya.
9. Berasa sukar untuk berfikir, membuat keputusan.
10. Paling membahayakan adalah perasaan ingin membunuh diri, berasa ingin mati, ingin menamatkan hidup.
Nasihat Dr. Asma lagi, jika wanita merasakan diri mereka mengalami simptom-simptom yang disebutkan itu bercakaplah dengan orang yang mereka percayai.
“Simptom-simptom yang dialami mestilah mengambil masa lebih dari 2 minggu untuk didiagnosdan setelah penyakit lain sudah dikecualikan.
Ads
“Oleh sebab itu hendaklah membuat pemeriksaan klinikal sebelum seseorang itu boleh didiagnos sebagai mengalami kemurungan. Wanita sekalian fitrah sebagai manusia sentiasa ingin kelihatan menawan, cantik, jelita tetapi biarlah kita cantik luar dan dalam. Paling penting kita perlu sihat emosi, mental dan fizikal.
Kemurungan selalunya menyerang wanita remaja hingga ke lewat 20-an. Dan lebih mengejutkan setiap wanita 1/3 daripadanya boleh mengalami kemurungan di dalam hidup mereka,” tambahnya.
Siapa Lebih Cenderung Alami Kemurungan
1-Biokimia
Sesetengah bahan kimia di dalam otak individu memang lebih cenderung kepada simptom-simptom kemurungan.
2-Genetik
Jika individu itu mempunyai kembar dengan depresi, peratus kembar nya ialah 70 peratus menghidapinya.
3-Personaliti
Mereka yang mempunyai keyakinan yang rendah, dan sering berasa tidak yakin.
4-Persekitaran
Mereka yang cenderung didera emosi dan fizikal, diabaikan oleh ibu bapa, suami, keluarga, dan hidup dalam persekitaran yang tidak sihat.
Kemurungan Boleh Dirawat
Kemurungan boleh dirawat dengan mengambil pelbagai ubatan antikemurungan, rawatan psychotherapy yang disyorkan oleh doktor. ECT boleh mengubati kemurungan.
Silalah mendapatkan rawatan perubatan untuk keterangan lebih lanjut. Elakkan diri dari keseorangan dalam mengatasi masalah seharian atau perhubungan, pekerjaan. Kenali diri anda. Selamatkan diri anda dari kemurungan yang melampau.
Artikel sumbangan : Dr. Asma Razalli, SkinSpa by Professional.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bila sudah berumah tangga, seorang isteri bukan akan berdepan dengan anak-anak sahaja, sesekali mungkin diuji dengan masalah mentua dan ipar duai.
Yang pening kepala bila berlaku salah faham melibatkan menantu dan menantu, orang pertama yang akan serba salah pastinya kaum suami. Salah cakap atau silap buat keputusan, akan ada hati yang terluka.
Sebelum pergi lebih jauh tentang mentua dan menantu, jemput renungkan perkongsian daripada Puan Nurulbadiah Lai ini. Moga masalah rumah tangga tak makin keruh apabila ada jawapan yang sepatutnya.
Selalu orang cakap dalam rumah tangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap-ibu hanya ada satu, isteri boleh cari lain.
Tapi mak saya pantang dengar ayat ni… mak cakap ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pun hanya ada satu kerana ibu jangan sampai buang isteri. Dan kerana isteri jangan sampai buang ibu. Kita wajib taat pada ibu kita tapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.
Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu balance kan antara dua.. mak kata kalau ada masalah dengan isteri kena baiki bukan buang dan cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga walaupun hakikatnya memang bini boleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan kain buruk, masa baru pakai mase buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.
Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka… mak saya ramai anak lelaki so mak memang tak campur urusan rumah tangga diorang sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu. Sebagai ibu kita hanya perlu bagi pendapat apabila diminta. Campur tangan kita sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Yang mok pegang-nak marah kena marah anak sendiri jangan marah anak orang.
Bagi nasihat berkenaan hal rumah tangga anak hanya bila diminta, selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik.
(Saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami)-biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumah tangga.
Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ni, sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu. Kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat.
Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu. Apa yang mak nak cakap kat menantu mak akan terbalikkan ayat tu pada diri mak dulu. Kena hati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja, ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dalam urusan rumah tangga satu perkara yang suami perlu fahamkan adalah mengenai duit dan pendapatan isteri. Lebih-lebih lagi bagi isteri yang bekerja. Perlu tahu bahawa duit isteri bukanlah duit suami, nak suruh isteri bayar itu dan ini kena tanya dulu. Jangan anggap pendapatan isteri, merupakan duit yang suami boleh gunakan sesuka hati.
Suami takde hak ke atas duit isteri, tapi isteri ada hak ke atas duit suami.
Sebelum nak suruh isteri bayar itu ini dalam rumahtangga, tanya dulu isteri, dia izinkan atau tidak duit dia digunakan oleh kita untuk meringankan beban kita.
Tanya dulu.
Jangan mempergunakan isteri dengan alasan dia bekerja, maka dia perlu bayar itu, perlu bayar ini. Setiap sen yang isteri gunakan untuk membayar apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami, perlu dia halalkan, perlu dia redha, jika tidak ianya akan menjadi haram.
Suami tak boleh guna duit isteri jika isteri tak izinkan.
Mampu Dalam Segala Segi
Sebab tu, kalau nak kahwin, kena mampu…mampu dari segala segi. Mampu tu kuncinya…bukan setakat mampu menyediakan mas kahwin dan wang hantaran, mampu buat album perkahwinan, mampu buat pelamin 3k, 4k, mampu sewa baju pengantin, mampu ambik photographer…tapi mampu memberi nafkah zahir dan batin apabila dah bergelar suami nanti.
Tempat tinggal, makan minum, pakaian dan perubatan, ini antara nafkah zahir yang seorang suami perlu sediakan tanpa sebarang syarat kepada isteri.
Guna Pendapatan Isteri Sesuka Hati
Jangan sesekali menganggap pendapatan isteri itu sebagai duit yang kita boleh gunakan sesuka hati untuk membayar hutang-hutang kita, membeli barangan-baranan keperluan dan belanja rumah, bil-bil utiliti dan sebagainya. Duit dia, is duit dia…kita takde hak, kecuali dia yang izinkan, dia halalkan dan dia redha untuk kita gunakan.
Jika tidak, kita yang jadi suami ni masih perlu gunakan duit sendiri untuk menjalankan tanggungjawab-tanggungjawab kita hatta sampai tinggal seringgit dalam dompet.Itu lebih baik daripada menggunakan duit yang bukan hak kita.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Memang ada benarnya suami perlu faham betul-betul hukum menggunakan duit isteri ini dalam menunaikan tanggungjawab rumahtangga. Namun demikian dalam perkahwinan ada tolak ansurnya, isteri tidaklah begitu kejam hanya membiarkan suami menanggung segala kesempitan bersendirian. Apa yang penting suami faham, tahu tanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan diatas ‘kemurahan’ hati isteri yang sudi membantu.
Waktu hamil ibu bukan saja perlu jaga makan. Emosi dan kerohanian juga perlu dipertingkatkan agar bayi yang dikandungkan boleh membesar dalam perut dengan tenang dan sihat emosinya. Pesanan yang dikongsikan oleh Puan Tohirah Sufi, Pengasas Rumah Anak Yatim & Miskin Dynasti ini boleh dijadikan panduan buat ibu yang sedang hamil.
Ada jiran datang nak hantar anak tuisyen di rumah saya. Dan dia tanya, waktu mengajar baby tak meragam ke. Saya kata kalau meragam-ragam kecil tu biasalah nak susu. Tapi Alhamdulillah tak terganggu saya nak mengajar. Jiran tanya, saya amalkan apa semasa mengandung.
6 Tip Yang Diamalkan Ketika Mengandung/Selepas Melahirkan/Sepanjang Membesarkan Anak
1. Amal Bacaan Ruqyah
Dari sebelum mengandung amalkan bacaan Ruqyah (semasa mengandung lagi perlu baca, moga Allah lindungi kandungan)
2. Zikir Nama Allah
Ya Badi’ Ya Jamil (Semoga Allah anugerahkan kecantikan dan keindahan anak).
Ya Latiff Ya Nur Ya Hadi (Semoga Allah memberi cahaya keimanan, petunjukNya dan kelembutan).
Ya Kholiq Ya Bari’ Ya Musowwir (Allah Yang Maha Pencipta dan membentuk rupa)
Ya Halim Ya Hamid (Semoga Allah menjadikn anak seorang yang penyantun dan memiliki sifat baik dan terpuji)
Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Salam (Moga Allah jaga, amankan dan sejahterakan anak)
3.Selepas Dilahirkan
Dalam masa yang sama, anak yang dah lahir, setiap kali kita mandikan, pakaikan pakaian, susukan, bacalah:
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma faqqiha fid din, wa’alimha fit takwil (untuk anak perempuan). Maknanya: Ya Allah, jadikanlah anakku seorang yang faqih dalam agama dan seorang yang bijak dalam ilmu takwil. Aameen..
4. Sambil Usap Rambut Dan Kepala, Bacalah
Sambil-sambil usap rambut dan kepala anak, baca juga surah Al Fatihah, surah Toha, Al Insyirah untuk anak lembut hatinya.
5. Bacakan Doa Ketenangan
Bacakan juga surah Yassin untuk ketenangannya, surah al Nahl (anak yang berdisiplin), At Taubah, Yusof, Al Luqman. Moga jiwa anak terpelihara, cantik akhlak dan mendengar kata.
6. Meriahkan Susu Ibu Dengan Surah Al Hujurat
InshaAllah, meriahkan susu ibu dengan amalan surah al Hujurat.
Sedikit perkongsian dari hamba Allah yang kerdil. Semoga dimanfaatkan bersama.
Dua beranak yang menjadi mangsa kes bunuh dua beranak di Kampung Sekolah Juru disahkan maut akibat luka parah di leher ditetak senjata tajam jenis pisau pemotong daging. Polis masih menyiasat motif kejadian tragis ini.