Wanita kecewa, tunggakan nafkah tiga anak sudah cecah RM84,000. “Semalam buat kira-kira jumlah tunggakan nafkah tiga anak saya sehingga bulan ini, rupanya dah boleh buat rumah sebiji dah.” Itulah luahan seorang wanita, Mizah, yang tidak mampu menyembunyikan rasa kecewa terhadap sikap bekas suaminya.
Wanita Kecewa, Tunggakan Nafkah Tiga Anak Sudah Cecah Lebih RM84,000 – “Dah Boleh Buat ‘Sebiji’ Rumah”
Sejak 2020, lelaki itu gagal menunaikan nafkah untuk tiga anak mereka sehingga jumlah tunggakan kini mencecah lebih RM84,000 setakat September 2025.
Menurut Mizah, angka tersebut cukup besar sehingga boleh digunakan untuk membina sebuah rumah, namun hakikatnya dia terpaksa memikul segala beban seorang diri selepas penceraian. Katanya, perpisahan itu bukan sahaja membuatkan dia kehilangan pasangan, malah turut hilang tempat bergantung.
“Pagi kena siapkan anak ke sekolah, kemudian berkejar ke tempat kerja. Ada masa tengah hari terpaksa ambil anak balik sekolah dan bawa sekali ke tempat kerja jika majikan izinkan.
Ads
“Malam pula masih gagahkan diri masak, basuh baju, teman anak belajar. Hidupnya penuh penat yang tak pernah habis,” luahnya di Facebook.
Mizah turut menegaskan, bekas suaminya seakan menganggap tanggungjawab nafkah terhenti selepas lafaz cerai sedangkan anak-anak tetap memerlukan keperluan asas.
Ads
“Ingatlah, cerai itu hanya putuskan ikatan suami isteri. Tapi tanggungjawab terhadap anak-anak tidak pernah terputus. Nafkah bukan pilihan, ia kewajipan,” katanya.
Syamel “Reda, pasrah dengan ketentuan Ilahi”, begitulah pengakuan jujur daripada penyanyi Syamel apabila menyentuh tentang arwah ibu tersayang yang telah pergi buat selamanya.
Sesungguhnya pemergian ibu tercinta, Allahyarham Wan Faaizah Karim Ogos lalu meninggalkan kesan yang amat mendalam pada pemilik nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly.
Syamel “Reda, Pasrah Dengan Ketentuan Ilahi”
Kasih ibu hingga ke syurga, kasih ayah selamanya. Bagi Syamel dia punya cara tersendiri cara tersendiri untuk mengingati ibu kesayangannya.
Syamel yang memanggil arwah ibu dengan panggilan umi, turut akui umi merupakan penyokong nombor satu dirinya dalam bidang seni.
“Saya telah kehilangan penyokong nombor satu saya iaitu umi, arwah yang selalu berada bersama saya sewaktu saya mula-mula masuk ke bidang seni selain ayah dan ahli keluarga yang lain.
Reda & Pasrah
“Lagu Bila Kau Tiada memang sengaja saya ciptakan bagi mengingati umi buat selamanya dan secara umumnya ia juga boleh ditujukan buat sesiapa sahaja seperti isteri, suami, ibu dan bapa mahupun kekasih.
“Kiranya ia juga boleh diletakkan dalam pelbagai situasi mengenai seseorang yang reda dan pasrah dengan ketentuan ilahi dan pada masa yang sama terlampau rindu dengan orang tersayang yang telah pergi buat selamanya,” ungkap Syamel seperti mana dipetik menerusi SinarPlus.
Kenangan bersama arwah ibu di majlis perkahwinan Syamel.
Bukan itu saja malah Syamel juga akui lirik lagunya itu cukup meruntun hati sesiapa yang mendengar.
“Jujur saya katakan bahawa ketika memasuki studio milik Sharon Paul, hati rasa berdebar kerana harus mempersiapkan mental serta emosi buat lagu ini, sehingga terpaksa saya ulangi beberapa kali sampailah proses rakaman selesai sepenuhnya.
“Namun Sharon mengerti dengan apa yang cuba saya sampaikan agar ada ‘jiwa’ dalam nyanyian saya,” ungkap Syamel yang tidak lama lagi bakal bergelar bapa apabila isterinya Ernie Zakri sedang sarat mengandung anak sulung mereka.
Sumber : SinarPlus
Sumber Foto: Instagram Syamel
KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Perkara pertama bila anak makin membesar adalah mengasingkan bilik tidur bukannya kongsi bilik. Mungkin masa anak masih kecil, tidak menjadi masalah tapi bila makin membesar memang kena sediakan bilik berasingan.
Ada sesetengah mak ayah mula risau nak asingkan bilik tidur, bimbang tengah malam anak jatuh katil atau menangis. Tak kurang juga mak ayah tidak tidur lena, tengah-tengah malam mesti akan ke bilik anak.
Mengasingkan bilik tidur antara mak ayah dengan anak itu memang perlu. Tapi bagaimana bila rumah yang didiami itu hnya ada satu atau dua bilik saja. Ini pun menjadi masalah.
Walau bagaimanapun, masih ada cara untuk mak ayah kongsi bilik tidur bersama anak. Ikuti panduan yang diberikan oleh Wan Nur Syakira tentang perkara ini.
Ada ibu yang bertanya seandainya mereka suami isteri masih tak mampu asingkan tempat tidur anak kerana ada dua bilik . Satu bilik tidur, satu stor.
Apa yang boleh buat ?
Jadi panduannya,
1. Asingkan tilam antara ibu bapa dan anak-anak. Bilik sama, tetapi compartment berbeza. Jika anak berbeza jantina, usahakan asingkan juga di dalam bilik yang sama.
2. Anak-anak pula , seorang satu selimut. Usah biasakan tidur satu selimut.
3. Jika anak ada di dalam bilik, janganlah tukar baju di hadapan mereka. Minta mereka keluar dahulu atau tukar baju di bilik air. Keluar dengan sudah berpakaian lengkap. Berhati-hati dengan aurat ibu ayah dengan anak-anak.
4. Berjaga-jaga dengan sentuhan suami isteri, jika anak ada, jangan dipaparkan sentuhan yang menjurus kepada keintiman seksual. Begitu juga perbuatan ibu ayah mandi bersama, jangan biar diketahui anak-anak. Jika anak tiada dalam bilik, boleh lah buat apa saja.
5. Ibu ayah dan anak-anak kena amalkan ketuk pintu sebelum masuk. Jangan terjah, kerana semua berkongsi bilik yang sama untuk segala urusan peribadi.
6. Jangan sesekali melakukan hubungan suami isteri di hadapan anak-anak meskipun mereka tidur dan sebenarnya tiada sesiapa boleh melihat atau mendengar hubungan kelamin suami isteri dilakukan, ianya aurat yang perlu disembunyikan rapi. Lakukanlah ketika mereka tiada. Sebenarnya, anak dah pandai pura-pura tidur seawal umur 4 tahun, apatah lagi yang berada di sekolah rendah.
Panduan ini terpakai selagi mana kita terpaksa berkongsi bilik tidur dengan anak.
7. Andai ada ruang untuk kosongkan stor untuk jadikan bilik, saya amat galakkan begitu. Jadi, anak boleh diasingkan bilik.
Saranan & Pendekatan
Seorang sahabat Facebook saya pernah kongsikan dia lakukan begini untuk anak-anaknya.
Beliau kosongkan stor dan dia dan suaminya tidur di stor dan anaknya di bilik satu lagi. Terpulang, boleh juga digunakan pendekatan beliau ini .
a) Disarankan paling kurang, setiap rumah ada 3 bilik. Satu bilik ibu bapa, satu bilik untuk adik beradik lelaki, satu bilik untuk adik beradik perempuan.
b) Andai ada 2 bilik, satu bilik untuk ibu ayah dan satu bilik lagi untuk adik beradik perempuan. Adik beradik lelaki mungkin tidur di ruang lain, ruang tamu sebagai contoh.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Zaman sekarang ini, milk booster untuk banyakkan susu badan pun berlambak-lambak di kedai malah siap ada yang fungsinya boleh putihkan kulit wajah. Biasalah kaum perempuan ini jenis suka puaskan nafsu membeli macam-macam tanpa ambil tahu kesannya pada tubuh badan.
Tetapi yang jadi isunya, betul ke milk booster itu boleh banyakkan susu badan? Berbaloi ke beli? Ok untuk kesedaran bersama, jom baca kupasan daripada Dr Erna Nadia ini..
Untuk membanyakkan susu badan, tak perlu pun milk booster.
Cukuplah dengan:
1. Minum air masak banyak banyak 2. Kawal stress anda (tekanan tinggi, susu kurang) 3. Minum susu 4. Makan makanan yang boleh lebatkan susu seperti lobak putih, sawi, horlicks, kurma merah. 5. Rajin pam susu 6. Jangan beli susu formula (sebab bila ada susu formula kat rumah, kita akan fikir ouh tak apalah tak cukup susu badan, nanti boleh topup) 7. Belajar teknik yang betul untuk menyusu dan pam.
Ingat, demand and supply.
Makin kerap susu badan, makin lebatlah susu badan insha Allah.
Kalau kita malas, memang semua benda tak boleh aje.
Kata kata itu doa, kalau asyik kata tak boleh atau tak ada,memang itulah yang kita dapat.
Ada yang kata, dalam milk booster ada kurma la cokelat la yadayadayada.
Saya kata, baik makan yang natural sahaja. Kan sama jugak?
Makan yang fresh kan lebih bagus.
Kalau dah berubah bentuk tu, takkanlah tak ada bahan lain kan?
Paling senang la nak ikut logik akal adalah :
Kalau ada tarikh luput tu, ada bahan lain lah tu.
Sebab kalau makanan fresh, boleh tahan sekejap aje.
Suka sangat membazir awak ni semua ya.
Milk booster Energy booster Slimming booster Whitening booster Semua nak booster.
Mati tak nak?
Hurm. Dari bazir beratus beli pelik pelik, baik beli makanan fresh. Jimat dapat, khasiat pun dapat, sedap lagi berlipat ganda.
Pesanan kali ke sejuta, tak perlu milk booster.
Nota Kaki :
Kalau orang lain boleh, kenapa anda banyak alasan?
(Lain lah jika anda ada masalah kesihatan yang doktor sendiri kata tak boleh susu badan)
Dr. Erna Nadia
Semua orang nak yang terbaik untuk anak anak mereka dan yang terbaik adalah susu badan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.