Masalah kesihatan seksual lelaki, termasuk fungsi ereksi (Erectile Dysfunction, ED) dan pancut awal (Premature Ejaculation, PE) bukan lagi isu terpencil. Kajian antarabangsa mendedahkan bahawa dua daripada tiga lelaki berisiko menghadapinya sepanjang hayat.
Lebih membimbangkan, masalah ini bukan sekadar menjejaskan keyakinan diri lelaki, malah turut mengganggu keharmonian rumah tangga dan kesejahteraan keluarga.
Dr. Ahmad Samhan, Pengarah Urusan HIM Wellness
Menurut Dr. Ahmad Samhan, Pengarah Urusan HIM Wellness, ramai lelaki masih memilih untuk berdiam diri kerana malu. Akhirnya, isteri pula yang mengambil langkah berani tampil mendapatkan nasihat pakar.
“Kesihatan seksual lelaki bukan isu peribadi semata-mata, tetapi mencerminkan kesejahteraan keluarga. Apabila lelaki sihat, rumah tangga lebih bahagia, dan produktiviti hidup juga meningkat,” jelas beliau ketika Seminar Pengukuhan Dan Sambutan Bulan Kesedaran Kesihatan Lelaki anjuran Klinik Kesihatan Sungai Besi bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Punca dan Faktor Risiko
Masalah mati pucuk (ED) dan pancut awal (PE) bukan sekadar berpunca daripada faktor usia. Menurut Dr. Ahmad, punca boleh hadir daripada:
Ads
Penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi dan kencing manis
Tahap hormon rendah
Gaya hidup tidak sihat termasuk stres dan tabiat merokok
Gambar Hiasan
Faktor-faktor ini sering terlepas pandang kerana masyarakat masih melihat isu ini sebagai sesuatu yang memalukan untuk dibicarakan.
Jalan Penyelesaian: Dari Gaya Hidup ke Rawatan Moden
Berita baiknya, rawatan kini semakin mudah dicapai. Antara langkah yang boleh diambil termasuklah:
Berhenti merokok dan mengawal paras gula
Melakukan senaman berkala, termasuk senaman kegel untuk menguatkan otot pelvik.
Mengamalkan teknik kawalan semasa hubungan intim
Mengambil makanan tambahan berdaftar yang selamat
Bagi kes lebih serius, rawatan moden seperti shockwave therapy membantu memulihkan aliran darah ke zakar sekali gus memperbaiki fungsi ereksi.
Ads
Menghapus Stigma, Membina Kesedaran
Seminar yang dianjurkan turut memberi fokus kepada mitos dan fakta berkaitan kesihatan seksual lelaki, pentingnya rawatan awal, serta gaya hidup sihat. Dr. Ahmad berharap usaha sebegini dapat memecahkan stigma agar lebih ramai lelaki berani tampil mendapatkan bantuan profesional tanpa rasa malu.
“Saya percaya kesihatan lelaki adalah sebahagian daripada kesihatan keluarga dan negara. Jika stigma ini berjaya dihapuskan, masyarakat kita akan menjadi lebih sihat dan harmoni,” katanya.
Ads
Sebagai sebuah pusat kesihatan lelaki di Kuala Lumpur, HIM Wellness Sdn. Bhd. komited mendidik dan meningkatkan kesedaran lelaki Malaysia mengenai kesejahteraan seksual dan fizikal mereka.
Sokongan mereka selari dengan usaha KKM untuk memperkukuh kesihatan masyarakat melalui pendidikan, konsultasi profesional, serta program kesedaran awam.
“Saya harap program ini dapat memecahkan stigma dan mengubah persepsi masyarakat bahawa kesihatan lelaki adalah sebahagian penting daripada kesihatan keluarga dan negara,” kata Dr. Ahmad.
Kesihatan seksual lelaki bukan sekadar tentang kemampuan seorang suami, tetapi tentang kebahagiaan sebuah rumah tangga. Di sinilah peranan isteri begitu besar. Bukan sekadar pasangan intim, tetapi penyokong setia yang membantu suami melangkah keluar dari rasa malu dan kembali berkeyakinan.
Ipar duai berkumpul. Perkara yang paling mengujakan dan seronok bila dapat berkumpul dengan ahli keluarga. Maklumlah lama tak jumpa dan sudah tentu masa hari raya atau kenduri pasti akan lengkap.
Berkumpul dengan adik beradik, anak buah, iapar duai dan sebagainya, memang sehari pun belum tentu habis ceritanya. Dari satu topik ke satu topik. Seronok sangat ‘membawang’, ipar duai pula satu kepala.
Namun, dalam ipar duai berkumpul, pasti ada juga yang akan berkecil hati dan terasa hati tanpa kita sedar. Walaupun rasa cerita itu anggap biasa saja. Inilah yang ingin dijelaskan oleh Kak Tam dalam video perkongsiannya bila ipar duai berkumpul.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh keberkatan, juga memberi limpahan rezeki yang tidak dijangka. Alhamdulillah, siapa sangka pada usia 60 tahun, penyanyi lagenda rock Suhaimi bin Abdul Rahman atau lebih dikenali Amy (Search) bakal menimang cahaya mata yang keenam. Lebih istimewa ia merupakan antara doa yang dimakbulkan, apabila hasrat penyanyi ini untuk menambah seorang lagi cahaya mata tatkala berusia 60 tahun bakal menjadi kenyataan.
Menerusi posting terbaru dilaman instagram, Amy mengumumkan berita gembira isterinya, Norhasniza Hassan, 37, atau Nourish disahkan hamil dan kini sedang mengandung sebulan.
Amy juga meluahkan rasa kesyukuran apabila doanya menimang anak pada usia 60 tahun dimakbulkan tuhan.
“Isteri aku mengandung sebulan yeah! Aku selalu doa apabila aku berumur 60 tahun, nak seorang anak lagi.
“Anda semua (peminat) doakan aku berjaya. Saya cintakan awak sayang @qasander,” luahnya dalam entri berkenaan.
Menerusi perkongsian itu, vokalis kumpulan Search yang memiliki seorang cucu ini memuatnaik video Norish menjalani pemeriksaan doktor dan sedang melakukan ujian ultra bunyi kandungan anak mereka bagi mengesahkan kandungan itu.
Sebelum itu, penyanyi lagu Fantasia Bulan Madu ini juga turut berkongsi video menunjukkan dua batang alat uji kehamilan menunjukkan tanda positif di Instagramnya.
Amy dan Norish mendirikan rumah tangga pada Oktober 2003 dan ia merupakan perkahwinan keempat bagi penyanyi rock ini. Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga cahayamata iaitu Alexander Zulkarnain 14, Sania Samara, 13 dan Qaqa At-Tameemi, 9. Manakala menerusi perkahwinan terdahulu Amy memilki dua anak iaitu Nabila Huda,32 dan Irisha Myra,21 serta seorang cucu Keisha Laila,8.
Tahniah buat Amy Search dan isteri yang bakal terima kehadiran ‘orang baru’. Semoga kandungan sihat sempurna dan dipermudahkan segala urusan sepanjang proses kehamilan.
Bukan saja emas, andai kata suami belum terbuka hati mahu beli, hadiahkan barangan atau emas untuk isteri. Janganlah isteri merentan, terus up status bernada sindiran di media sosial.
Kadangkala bukan semua beban suami tanggung, dia kongsi dengan isteri. Ada suami dia pendam sorang-sorang sebab tak nak isteri susah hati. Jadi, mana nak perasan yang suami itu mampu atau tak belikan hadiah. Kalau dia dapat memenuhi nafkah bulanan untuk kita, maka bersyukurlah.
Bak kata penulis ini, kisah yang dikongsikan menjentik hati untuk direnung dalam-dalam.
Kalau Suami Tak Hadiahkan, Raikanlah Diri Dengan Tenang
Dula ada senior..
Setiap kali birthday dia..
Dia akan ambil cuti..
Dan dia bagitau di hari lahir dia adalah hari dia reward diri dia.
Dia jalan sendiri. Beli apa yg dia nak walaupun mahal. Habis-habisan di hari lahir dia.
So suami nak sambut atau tak dia tak rasa sakit hati sangat
Dia borak-borak dengan saya.
Dalam hidup ni jangan mengharap suami beri itu ini.
Sampai stress dan bergaduh dengan suami.
Pendapat saya pula.
Kalau suami memang tak mampu dan dapat siapkan yang nafkah wajib pun bersyukurlah.
Ramai lagi orang nak makan pun takde.
Sekurang-kurangnya cukup makan pakai.
Emas tue bukan nafkah wajib ye.
Kalau rasa kita jenis suka berbelanja dan banyak keinginan mintakla izin kerja kalau gitu.
Online pun boleh.
Suami bagi emas sesekali pastu yang nafkah wajib tiap-tiap bulan korang kena siapkan.
Nak ke?
Ketenangan Pun Satu Rezeki
Tetapi Kalau suami mampu tapi tak nak beri kita pun,
biarkan.
Allah kan ada.
Kita ambil hati Allah, Allah ambil hati kita dengan pelbagai rezeki.
Ketenangan pun satu rezeki.
Kecukupan pun satu rezeki.
Rezeki manusia nie pada makhluk nama suami je ke?
Rezeki, Ketenangan dan kecukupan bukan datang dari suami.
Semuanya dari Allah.
Suami pun makhluk Allah.
Kalau background family suami bukan jenis memberi dan menghargai dan suami pun jenis hati keras dan tak nak belajar menghargai, dia tetap akan begitu sampai bila-bila pun.
So tak perlulah nak merentan bagai.
Bagi suami yang mampu tapi kedekut,
Biasanya rezeki suami macam nie berat dan akan ditarik dengan macam-macam kes.
Amalkan Ya Latif, Ya Shakur
Hidup ni simple.
Orang tak sayang dan tak hargai.
Allah kan ada.
Amalkan ya latif, ya Shakur.
Ada hikmahnya.
Lagi satu tips.
Kalau hati tak kental janganlah dok tengok fb orang yang asik up apa suami bagi tue.
Kang korang plak bergaduh laki bini.
Dah laki korang tercengang-cengang apa salah aku nie?
Jangan up macam nie ye kat fb korang.
Semoga Allah kurniakan menantu-menantu perempuan yang ada sifat qannah dan anak-anak lelakiku dikurniakan sikap menghargai pada isteri dan keluarga.
MW : Kadangkala besederhana dalam segala hal dan bersyukur dengan apa juga rezeki yang diterima itulah sebenar-benar ketenangan hati. Hadiahkan lah diri sendiri dengan zikir ketenangan hati.