Wanita kecewa JPJ rampas Alphard, “ini bukan kereta penjenayah, guna cari rezeki lepas suami meninggal. Dalam beberapa hari ini, tular sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard disita dalam Ops Luxury  di hadapan rumah pemiliknya.

Dalam CCTV yang tersebar luas di media sosial, kelihatan seorang wanita memunggah beberapa barangan niaga disaksikan anak-anaknya yang masih kecil. Kelihatan sama, anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bersedia membawa pulang kenderaan yang disita.

Selepas hal ini tular, pemilik kepada video berkenaan membuat luahan di facebook miliknya @Dblance Shop jelas kecewa dengan tindakan anggota JPJ yang tidak mempedulilkan rayuan dibuatnya sebalik terus menyita kenderaan Alphard milik arwah suaminya.

“KERETA SAYA YANG SUDAH PAYOFF TAPI JPJ RAMPAS DEPAN ANAK KECIL. 30 Ogos lepas, Alphard saya disita oleh 3 pegawai JPJ sempena Ops Luxury Car.

“Puncanya? Roadtax mati,” luahnya dalam nada kecewa.

Wanita Kecewa JPJ Rampas Alphard, “Ini Bukan Kereta Penjenayah, Guna Cari Rezeki Lepas Suami Meninggal…

Ads

Menurut wanita dikenali sebagai  Saratul Hajar Mohd Zambri, dirinya merayu agar diberikan saman malah turut menghubungi agen insuran di hadapan tiga pegawai JPJ bagi  memperbaharui cukai jalan dan insuran  serta-merta.

“Jujurnya saya saya memang terlupa untuk renew roadtax dan insuran. Ia memang khilaf saya Saya mohon disaman saja, sebab memang nak renew terus on the spot. Memang khilaf saya terlupa. Tapi rayuan langsung tak dilayan,” katanya.

“Saya mohon disaman saja, sebab memang nak renew terus on the spot. Khilaf saya betul-betul terlupa. Tapi rayuan saya langsung tak dilayan. Anak saya menangis dalam kereta, saya jelaskan itu kereta arwah suami, risau urusan nak tebus nanti jadi rumit.

Pegawai cuma jawab: “Kalau dah hidupkan roadtax, bawa geran boleh ambil balik.”

Tapi akhirnya kereta tetap juga disita.

Ads

Ekoran kenderaan mewahnya disita, jelas ibu ini semua barangan jualan hari pertama dia membuka booth di Pasar Dinda  tidak dapat dilaksanakan. Akibat sitaan itu, semua perancangan berniaga musnah sekelip mata.

“Sedihnya, masa tu Alphard penuh dengan barang niaga. Itu hari pertama saya nak buka booth di Pasar Dinda, staff dah tunggu di tapak niaga. Semua perancangan habis musnah,” ujarnya.

Lebih mengecewakan hatinya, walau cukai jalan dan insuran sudah diperbaharui namun kenderaannya masih tidak belum dilepaskan. Pihak JPHJ memaklumkan, halangan utama ialah ketiadaan dokumen sah yang membuktikan beliau sebagai pentadbir harta arwah.

Ads

“Sekarang, roadtax dah ada. Kereta tu pun dah habis bayar (payoff), bukan hutang bank lagi. Tapi JPJ tetap tak lepaskan sebab alasan SOP katanya saya tiada dokumen sah sebagai pentadbir harta arwah.

“Soalnya, SOP ni langsung tak bertimbang rasa ke? Ini bukan kereta penjenayah. Bukan kereta dadah. Ini kereta keluarga, kereta arwah suami yang saya gunakan untuk hantar 4 orang anak kecil ke sekolah, untuk berniaga, untuk urusan hidup seharian.

“Saya memang betul-betul tertekan. Hidup makin susah tanpa kenderaan utama.

JPJ Pahang, tolong bertimbang rasalah. Ke semua pegawai hanya tahu ikut SOP membuta tuli macam robot?

Kecewa dengan apa dilaluinya, dirinya berdoa agar sesiapa yang menyusahkan hidupnya disusahkan kembali.

“Saya berdoa yang susahkan urusan saya nak ambil balik hak saya dan anak-anak dengan alasan SOP ini,  semoga anak isteri dia rasa balik satu masa nanti apa yang saya rasa,” luahnya.

.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI