
Isi Kandungan
ToggleBukan mudah sebenarnya bagi seorang penjual berkongsi rahsia dan ramuan resipi yang dibuat untuk meniaga. Apatah lagi bila ia mampu menjadi sumber pendapatan sampingan. Namun keterbukaan hati wanita ini, tidak ‘berkira’ dan sudi berkongsi resipi dan ramuan Ikan Tenggiri Jeruk yang dibuat dan dijual sendiri amat dihargai.
Khas buat peminat ikan Tenggiri Jeruk, berikut merupakan perkongsian daripada Puan Yuss Aisya sebagai rujukan. Digoreng bersama cili, bawang dan diperah limau nipis, tak perlu cari lauk lain dah!
Assalamualaikum semua.
“Saya tak pernah janji nak bagi resepi ikan jeruk ni sebab saya berniaga. Ramai yang minta resepi dan saya tak reply. Namun saya fikir semula rezeki kita semua Allah yang tentukan. Saya tak akan kaya menjual ikan atau daging tetapi berkongsi rezeki buat saya rasa ‘kaya’. Dengan rendah hati saya kongsikan resepinya.
~#Tenggiri Jeruk~
Bahan-Bahan:
*Jus limau Kasturi / nipis / lemon
*Garam secukupnya
*Halia hiris halus seperti mancis
*Lengkuas hiris halus seperti mancis
Sedikit ketumbar biji
Sedikit daun sage untuk aroma, tidak wajib (herba Inggeris)
Black pepper (kisar)
Cara Membuat:
1.Bersihkan Ikan tenggiri segar.
2.Perap ikan dengan semua bahan bertanda * dan hendaklah kuantiti yang secukupnya (garam mesti bersalut ikan) untuk awet ikan supaya tak busuk & tahan lama dengan izin Allah.
3.Simpan dalam vacuum sealed untuk menjamin kesegaran pada bahagian peti bawah sahaja. Lepas 12 jam boleh goreng dengan bawang dan cili. Rasa masam, masin, wangi dan sedap.

Mengapa Daun Sage?
Daun sage ada aroma yang sangat kuat dan ada khasiat tersendiri – bersifat remedy, menenangkan, menurunkan tekanan darah tinggi. Sangat sesuai untuk orang berpantang. Rendam sage dalam sebarang minuman suam dan minum.
Boleh beli di pasaraya terpilih.
Selamat Mencuba!
Sumber: Yuss Aisya via Masak Apa Hari Ni (MAHN)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Peguam Perjelas Kes Nik Elin, “Kemenangan Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”

Isi Kandungan
TogglePeguam perjelas kes Nik Elin, “kemenangan bukan untuk menjatuhkan martabat mahkamah syariah.
Di media sosial, rata-rata bercerita mengenai kemenangan seorang peguam bernama Nik Elin yang mencabar proses dan kuasa DUN Kerajaan Negeri Kelantan berkaitan beberapa peruntukan Enakman Syariah Negeri.
Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 8-1 hari ini memutuskan bahawa 16 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.
Keputusan bersejarah itu disampaikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan anggota selepas membenarkan permohonan Nik Elin dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah enakmen tersebut.

Ia boleh menjadi modal politik bagi yang kurang faham asas tuntutan ini. Ia telah diperjelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar yang meminta semua pihak bertenang dan tidak melakukan sebarang provokasi, berkata keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid.
Kata bekas Ketua Hakim Syarie ini, kemenangan Nik Elin tidak menjejaskan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia.
“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan kepada umat Islam bahawa Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin kewujudannya selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Peguam Perjelas Kes Nik Elin
Untuk lebih beri kefahaman, dikongsikan penjelasan dari bekas Peguam Kanan Persekutuan, Liyana Marzuki yang memberikan penjelasan mengenai hal ini.
Apa yang kita semua kena tahu? Apa yang dituntut?
“Habislah, lepas ni Mahkamah Syariah buat kes nikah kahwin saja”.
“Apa nak jadi di Malaysia la ni, Mahkamah dah hilang kuasa”.
Itu propaganda yang anda baca di media sosial hari ini. Berikutan kes Nik Elin.
“Kemenangan Bukan Untuk Menjatuhkan Martabat Mahkamah Syariah…”
Kalau anda jenis membaca, anda tahu mereka melabun saja. Ini beberapa perkara yang mereka taknak anda tahu, saya senaraikan di sini.
- Ada 68 seksyen dalam Enakmen Syariah Kelantan. Ada macam2. Tak berpuasa, khalwat, minum arak dan murtad. Itu peruntukan standard. Peruntukan ini tidak dicabar oleh Nik Elin. Ni ok saja. Ada 48 seksyen Nik Elin tak masuk dalam kes dia, maknanya ini dah elok belaka.
- Yang Nik Elin cabar hanya 20 seksyen. Di mana banyaknya BERTINDIH dalam undang2 yang dikuatkuasakan di peringkat persekutuan. Itu yang dimasukkan dalam kes.
- Separuh jalan Nik Elin tarik balik 2 seksyen iaitu kesalahan mengenai (1) Orang Mengaku jadi Rasul, Imam Mahadi dan Keramat (2) Orang yang berada di tempat judi. Nik Elin keluarkan dari senarai yang dia cabar, sebab percaya DUN ada kuasa untuk buat kesalahan. Mahkamah pun sahkan.
- Dari 18 seksyen yang tinggal, Mahkamah hanya istihar 16 sahaja terbatal. Lagi 2 Mahkamah tak bersetuju dengan Nik Elin. Kerana mereka percaya DUN ada kuasa buat kesalahan itu. 2 kesalahan tu ialah mengenai larangan perkembangan agama lain ke atas orang Islam. 2 seksyen ini Mahkamah ishtihar sah.
- Seterusnya, 16 seksyen lain terbatal kerana ada pertindihan dengan undang2 Persekutuan dan DUN tiada kuasa untuk adakan. Ini 16 seksyen berkenaan.
Seksyen 11 merujuk kepada memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat,
Seksyen 14 iaitu liwat,
Seksyen 16 membabitkan persetubuhan dengan mayat
Seksyen 17 merujuk kepada persetubuhan dengan bukan manusia.
Seksyen 31 (Gangguan seksual),
Seksyen 34 (Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau pernyataan palsu),
Seksyen 36 (Apa-apa yang mengkhayalkan),
Seksyen 39 (Mengurangkan ukuran, sukatan dan timbangan)
Seksyen 40 (Melakukan transaksi muamalat yang berlawanan dengan hukum syarak).
Seksyen 41 (Melakukan transaksi muamalat secara riba dan lain-lain),
Seksyen 42 (Penyalahgunaan penandaan dan perbahasan halal),
Seksyen 43 (Menawar atau memberi perkhidmatan maksiat),
Seksyen 44 (Perbuatan sebagai persediaan untuk menawarkan atau memberi perkhidmatan maksiat),
Seksyen 45 (Perbuatan sebagai persediaan melakukan maksiat),
Seksyen 47 (Perbuatan sumbang mahram)

Seksyen 48 (Muncikari)
*******************
- Bukanlah bermaksud seksyen ini terbatal bawah undang2 syariah, di Kelantan penjenayah boleh bersuka ria. Mereka masih lagi boleh dikenakan tindakan bawah Kanun Keseksaan dan Akta yang berkenaan.
- Ironinya, hukuman bawah Kanun Keseksaan lagi berat pula. Contoh kes liwat, sumbang mahram, beastiality (hubungan seks dengan haiwan) dan hubungan seks dengan mayat boleh kena sampai 20 tahun penjara. Bawah Enakmen hanya 3 tahun sahaja.
- Seksyen lain seperti kesalahan tipu timbang dan sukat, guna benda mengkhayalkan, memiliki dokumen palsu, semua ini bawah Akta lain hukuman lebih dari 3 tahun. Tidak sama hukuman dengan Enakmen. Jadinya orang Islam dapat hukuman ringan dari yang lain pula.
- Satu saja kita kena percaya, apa pun 16 seksyen di atas. Bukan hukum hudud dan qisas yang ada dalam Al Quran atau ditetapkan oleh Tuhan. Ia kesalahan Takzir atau hukum buatan manusia. Yang boleh diperbetul jua. Tambah kalau melanggar prinsip keadilan. Lain agama jadi lain hukuman.
- Ini yang mereka taknak anda tahu. Sebab mereka nak menunggang isu. Jangan pajak otak pada mereka. Banyakkan membaca. Iqra itu ayat pertama.
BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Lelaki Dimadukan, Mahkamah Syariah Sahkan Wanita Dua Suami Masih Pasangan Suami Isteri
Berang Dipanggil Pakcik, “Baby” Mengamuk Di Restoran Kena Denda RM300 Di Mahkamah
Pasangan Curang Susah Nak Diheret Ke Mahkamah, Peguam Ini Terangkan Penyebabnya
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Biar Sama-sama Rasa..’ Pelajar Asrama Susah, Bayar Seringgit Untuk 5 Kali Makan

Isi Kandungan
ToggleKetika ada pelajar lain mudah memperoleh belanja harian ke sekolah, ada pelajar asrama yang berdepan masalah kewangan yang menghimpit. Jika dapat belanja harian ke sekolah pun tidak besar jumlahnya.
Kadang itu, ada pelajar yang keputusan duit belanja. Iyalah, walaupun dapat makan di asrama, keinginan untuk membeli makanan lain bila nampak pelajar lain makan tetap ada.
Tapi, kalau duit belanja pun tidak cukup, telan air liurlah saja. Melihat kepayahan pelajar asramanya, guru ini Muhammad Yusof usahakan ‘dana wakaf’ untuk para pelajarnya.
Bagus usaha guru ini buat dana wakaf pelajar asrama susah ini kan.
Biarpun, guru ini tidak meletakkan syarat jumlah wang yang perlu diambil. Pelajar asrama yang kesusahan ini tetap tidak ambil lebih dari sepatutnya.
Kerana mereka sedar bahawa selain mereka, ada lagi pelajar susah lain yang juga memerlukan dan mahu merasa duit dana wakaf berkenaan.
Pelajar Asrama Susah Hanya Bayar Seringgit Untuk 5 Kali Makan
Tak semua student asrama saya orang senang. Ramai juga yang parentnya orang susah. Duduk asrama ni makan bayar seringgit je sehari untuk 5 kali makan. Ya, 5 kali makan hanya bayar seringgit je sehari. Mana nak dapat kalau kat luar kan?
Kadang ada dikalangan dorang yang takde duit syiling nak telefon atau kadang ada antara dorang yang keputusan duit. Yelah, tengok kawan makan kat kantin sekolah, dorang pun teringin nak makan tapi duit takde.
Dana Wakaf Untuk Pelajar Susah
Maka, saya ada buat ‘dana wakaf’ untuk dorang. Caranya saya masukkan duit seringgit, seringgit dan duit syiling dalam bekas, lepas tu mana-mana student yang nak ambil, saya bagi ambil je berapa banyak yang dorang nak ambil. Saya cukup risau kalau student asrama kelaparan.
Dan, macam saya bagitau yang bagusnya budak-budak saya ni, dorang ambil berapa yang dorang rasa perlu je, walaupun saya tak pernah pesan apa-apa kat dorang. Pernah saya tanya, kenapa awak tak ambil lebih. Pelajar tu jawab ‘saya ingat kat kawan-kawan saya juga cikgu, biar sama-sama rasa..’.
Alhamdulillah. Benda yang suka bila jadi warden ni ialah tentang kemenjadian murid.
Dan, syukur budak-budak asrama saya semuanya baik-baik. Moga mereka jadi anak soleh, anak solehah yang membahagiakan parent mereka dunia akhirat

[Nota: saya tulis ni bukanlah nak bagitau saya cikgu terbaik ke apa cuma sekadar berkongsi tentang macamana kita nak bantu anak murid kita yang susah.
Kesusahan is real, tuan, tuan dan puan, puan.
Kalau ada manfaatnya kita sama-sama sharelah ya, moga idea untuk membantu sesama manusia ni kita suburkan, tak kira siapa pun kita.]
Sumber/Foto : Muhammad Yusof
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
IBU Tidak Putus Berzikir & Lakukan Solat Sunat, 7 Jam Syanie BERTARUNG NYAWA Jalani Pembedahan

Isi Kandungan
Toggle
Bersyukur Selamat Jalani Pembedahan

“It’s my birthday!!! Turning 46 today is a blessing. One might ask me why…let me tell you why.
Last month on the 29th of April I had to undergo a surgery, a surgery that I would have never have thought I would have to go through. I had problems with my ovaries and uterus. And it needed to be removed. Anyway, being my age and my size, I was really afraid…afraid of what could and would happen. Yes me… someone who has probably gone under the knife more than others. One would probably think…”oh she’s been there and done that” but seriously this time around it was totally different. My mindset was way at the bottom and I was thinking the worst most of the time.
“Thankfully I had my family especially my sister Ayin who kept on scolding me (her way of showing as if she is strong of which I know she was cracking inside too) and telling me to think positive and always have Allah SWT at heart. I had my mum, whom of course cried every time we spoke about surgery and all but the one thing that got me choked up was when she said “Syanie, money I can find but I can never find another daughter so don’t be sad but always think of Allah, zikir and selawat’ and of course all my other siblings bros..sis..BIL and SIL…all of them have their own way of showing their love to me and making sure I felt at ease. And my special person (u know who u are) who always makes me smile and always has something to say to ensure I felt good.
Then I have my relatives that always have their best interest for me, my close friends that constantly ask how I was doing and to stop thinking negatively.”
Antara Pembedahan Yang Sukar

“Alhamdulillah, saya selamat menjalani pembedahan buang rahim dan ovari dilakukan itu. Pembedahan yang disangka mengambil masa tiga jam, tapi selesai selama tujuh jam.
“Memandangkan hanya adik saya saja yang boleh teman di hospital dan diminta tunggu di wad, jadi seluruh keluarga amat risau dengan keadaan saya.
“Mereka kerap menghubungi dan menghantar mesej kepada adik untuk mengetahui perkembangan kerana tidak menyangka proses pembedahan memakan masa yang lama.
“Sebenarnya,ketika pembedahan berlaku beberapa komplikasi seperti darah tak cukup dan ovari saya bernanah. Malah doktor yang merawat juga memaklumkan ini antara pembedahan yang paling sukar pernah dilakukannya,” ungkapnya.
Tidak Sangka Masalah Di Bahagian Ovari 20 Tahun Lalu Berulang Kembali
“Dua minggu sebelum dimasukkan ke hospital, saya mengalami masalah senggugut teruk dan demam panas hingga nekad membuat pemeriksaan di hospital kerana bimbang dengan keadaan diri.
“Lagipun 20 tahun lalu, saya pernah menjalani pembedahan membuang nanah di ovari kanan sebanyak satu liter. Jadi secara tidak langsung saya terfikir adakah masalah lama berulang lagi.
“Namun kali ini tak sangka apabila hasil pemeriksaan doktor memaklumkan ada tiga ketulan di bahagian rahim yang perlu dibuang dan kedua-dua ovari saya dijangkiti kuman,” luah Syanie.

Pelakon ini juga menganggap segala yang berlaku adalah ujian dari Allah SWT dan reda dengan segala yang berlaku.
MW mendoakan agar Syanie segera pulih dan tabah dalam mengharungi kehidupan.
Sumber/Foto: Instagram syanie_hisham
Sumber: Harian Metro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI