
Isi Kandungan
ToggleSedapnya Sambal Belacan Cili Kering ni.Setiap daripada kita pasti ada nostalgia dengan sesuatu makanan ataupun sering kita makan atau resipi yang mak kita selalu buat masa kecil-kecil dulu. Ia pastinya suatu kenangan manis yang takkan dapat dilupakan apatah lagi jika ia air tangan daripada mak sendiri. Kesedapannya nya tu memang tak dapat digambarkan dengan kata-katalah, walaupun ia hanya resipi yang simple je.
Melalui perkongsian oleh Murni Rahmat, beliau berkongsi resipi air tangan ibunya iaitu Sambal Belacan Cili Kering yang sering ibunya sediakan buat mereka adik beradik. Berikut antara perkongsian beliau;
“Masa kecik-kecik dulu, mak selalu buat sambal belacan cili kering. Dah berbelas tahun tak makan, hari ni mak minta buatkan sambal belacan macam dulu-dulu. Dulu mak buat untuk kami. Sekarang saya buatkan untuk mak pulak. Nostalgia sungguh. Zaman kecik-kecik dulu kami hidup susah. Apa yang mak hidangkan semua kami makan tanpa rasa kekurangan. Sayang mak.”
Bahan-Bahan:
Sebiji bawang besar saiz sederhana *
Seulas bawang putih *
Seketul belacan *
Ikan bilis kalau suka *
Cili kering *
Asam jawa/limau
Garam dan gula
Cara-Cara:
1. Goreng semua bahan bertanda * sampai wangi.
2. Cili kering goreng dengan api perlahan, sebab mudah hangit.
3. Tumbuk/blend sampai hancur.
4. Sesuaikan rasa masin, masam dan manisnya dengan garam, gula dan asam jawa/limau.

5. Sedap kalau makan dengan nasi panas, sayur lemak putih n ikan masin.
Selamat Mencuba!
Kredit: Murni Rahmat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
KARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan!

Isi Kandungan
ToggleKARIPAP Kampung Cara Orang Tua Dulu-Dulu Simple Je, Confirm 3-4 Biji Sekali Makan. Kuih karipap antara kuih ‘lejen’ yang menjadi kegemaran ramai. Ada pelbagai cara dan kaedah nak buat karipap ni, namun ini resipi simple cara orang tua dulu-dulu. Memang mudah, puas hati makan.
Ikut resipi yang dikongsikan oleh Missz Amira ini sebagai rujukan;
Dah puas makan donut, karipap jerawat inti kentang+ayam tumpang lalu. Karipap kampung cara orang tua dulu-dulu. Simple je, makan panas-panas confirm 3-4 biji sekali makan. Resepi 2 cawan tepung bolehlah sekali hadap 1 family.
Bahan-Bahan (Kulit):
2 cawan tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sb gula
1/2 sk garam
1 sb marjerin
3 sb minyak masak
Cara Membuat:
1. Gaul rata-rata semua bahan kecuali minyak dan marjerin.
2. Panaskan sekejap minyak dan bagi marjerin cair, kemudian terus masukan dalam tepung tadi masa panas-panas.
3. Gaul-gaul dengan senduk sehingga sebati, jadi macam serbuk roti dan
Masukkan 1/2 cawan air sejuk daripada peti ais. Uli sebati.
4. Hasil doh yang dah siap. Saya tak perap pun.
5. Boleh lah gelek dan tekap karipap. Nak kelim guna tangan boleh, nak guna pon acuan boleh. Acuan ni beli dekat shoppe “acuan karipap/dumpling Maker”.
6.Inti dan tepung okey ngam-ngam cukup dapat banyak ni.
7.Goreng dalam minyak yang banyak dan panas. Api sederhana je.
Bahan-Bahan (inti):
1 biji bawang holand saiz kecik
3 biji kentang saiz biasa
1 ketul dada ayam saiz besar ( banyak pon boleh)
1 sudu besar rempah kari ayam/daging
2 cawan air
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak sedikit je. Tumiskan bawang, ayam dan rempah kari ayam/daging.
2. Masukkan kentang, air, gula dan garam. Biarkan mendidih dan hampir kering.Bila dah hampir kering kacau-kacau bagi rata sehingga betul-betul kering (time ni api sedahana je).
3.Hasil setelah kering. Saya suka kentang berbiji dan empuk gini je. Kalau suka lembik masak lebih lama/tambah air.
Hasilnya… Makan panas-panas sedap!

Mesti Baca: Ini Caranya Goreng KARIPAP Cantik, Kulit Elok Licin Tak ‘Berjerawat’
Baca Lagi Di sini: Penjual Karipap Tunjuk Cara Buat Kulit Rangup, Inti Kentang Sedap Dibuat Niaga!
Artikel Menarik: KARIPAP KENTANG Kulit Licin, Bakar Sekejap Dalam Ketuhar 10-12 Minit Sebelum Goreng!
Mingguan Wanita: Sedapnya makan karipap panas-panas. Memang puas hati bila buat sendiri, boleh letak inti penuh-penuh.
Sumber: Missz Amira
Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Homemade IKAN REBUS Hanya Gaul Dengan Garam , Simpan Dalam Freezer Tahan Berminggu!

Isi Kandungan
ToggleMemang ada benarnya, Ikan Rebus sebaiknya kita buat sendiri di rumah, buat banyak-banyak simpan dalam freezer boleh tahan berminggu-minggu.Bila nak makan tinggal goreng je. Bukan apa, ikan rebus yang dibeli boleh diragui tahap kebersihan dan halalnya. Buat sendiri lebih puas hati.
Ada pelbagai cara untuk buat ikan rebus. Namun cara yang dikongsikan oleh Puan Nor Azua Amlan ini tak letak asam pun, hanya gaul dengan garam.Malah walaupun nama ikan rebus, hakikatnya ia perlu dikukus.
Berikut perkongsian tersebut;
HOMEMADE IKAN REBUS. Bila pegi pasar, akak pasti akan beli ikan kembong untuk buat ikan rebus. Masa akak beli ikan kembong ni tadi, sempat akak berbual dengan orang yang jual ikan tu.
Orang Melayu kita. Orang tu kata… Kalau boleh elakkan dan JANGAN beli yang ada jual dalam RAGA ROTAN kat pasar-pasar tu. Sebab dia sendiri dah tengok cara orang-orang kat situ buat.Tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram jer dengan air.
Kalau sesiapa pegi tengak kat tempat orang tu buat, pasti tak akan beli dah sampai bila-bila. Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezer.Tahan berminggu-minggu. Nak makan/goreng ambil jer.
Yang ni akak buat sendiri Homemade habis akak buang segala isi perut dan insang ikan kembong ni. Dalam perut dia bersih dah.Ikan rebus ni sedap dimakan masa lepas goreng. Dan makan panas-panas. Akak kadang-kadang ikan rebus ni akak goreng dulu, lepas tu akak buat sambal.
Nama menu yang dalam gambar ni IKAN REBUS. Orang Perak panggil IKAN REBUS. Lain negeri, lain gelaran dia. Ikan ni sebenarnya DI KUKUS. Tak tahu dari mana boleh dapat nama IKAN REBUS. Yang akak buat ni memang tak letak asam. Ikan ni hanya gaul dengan garam semata.
Cara Membuat:
Akak buat ni ikan dia dalam 18 ekor, garam dalam 3 sudu. Gaul-gaul, susun dalam loyang rapat-rapat, perap selama 45 minit dan kukus selama 1 jam (1 jam ni sebab akak buat banyak. Kalau buat sikit, janganlah kukus sampai 1 jam… Agak-agak jerlah masa dia untuk berapa ekor yang kita nak kukus).
Org Perak memang panggil IKAN REBUS. Walaupun cara pembuatan dia dikukus. Macam suami akak asal orang Gombak, dia orang tak biasa makan.Mula-mula suami rasa pelik dengan menu ni dan sekarang, suami akak pulak yang suka makan.
Setiap kali gi pasar dia suruh beli ikan kembong atau 2kg. Buat banyak-banyak dan simpan dalam frezer. Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, JANGAN direndam, bila dah lembut, terus goreng. JANGAN DI BASUH pulak. Sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.
Info Ekstra!
- Ikan DI KUKUS ye. BUKAN DI REBUS, Letak air dalam periuklah, letak asam kepinglah, letak gula nisanlah.BUKAN…BUKAN…BUKAN ye
- Ni cara akak, cara orang lain akak tak tahu.Nama dia je IKAN REBUS. Dan ikan ni DIKUKUS. Jangan salah faham.Yang tak biasa mungkin akan kata PELIK.Tapi nilah hakikatnya, akak belajar dengan arwah ayah akak, seorang Peniaga Ikan dari rumah ke rumah. Alah…orang kata akak ni anak Taukeh Ikan secara kecil-kecilan.
IKAN REBUS ni biasa kalau kat pasar, orang jual dalam bakul rotan.
IKAN REBUS ni biasa orang Cina yang buat.
IKAN REBUS biasa dijual sekali dengan isi perut dan najis. Eeeeee… kotorrr.
Nak lebih bersih, buat je sendiri banyak-banyak, simpan dalam frezer, nak makan, keluarkan banyak mana yang perlu. GORENG.
Kalau buat banyak-banyak, asingkan siap-siap Ikan Rebus ni dalam plastik.
Keluarkan Ikan Rebus mana yang perlu sahaja. Selebihnya simpan semula dalam frezer.
Sebelum nak goreng, kalau Ikan Rebus tu masih keras beku, lembutkan pada suhu bilik (kalau ada yang tak tahu apa tu SUHU BILIK.
Contoh :- Nak goreng pukul 12 tengahhari, keluarkan ikan dalam pukul 10 pagi. Letak ikan dalam bekas yang sesuai. Biar ais ikan tu cair sendiri.JANGAN direndam Ikan Rebus dengan air.
Bila Ikan Rebus dah lembut, buang kepala dan ekor dan terus goreng. JANGAN gaul dengan serbuk kunyit pulak tau.
Cara-Cara nak simpan Ikan Rebus:
- Dalam bekas, akak alas dengan plastik.Susun ikan rebus.
2. Alas lagi dengan plastik.Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer.

3. Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.
Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.
Semoga bermanfaat! Selamat Mencuba.
Mesti Baca:Buat Sendiri JERUK IKAN MASIN Tenggiri Makan Tanpa Waswas, Dijamin Halal & Bersih!
Baca Lagi Di Sini:Resipi IKAN LENGAT GORENG Garing, Lauk Legend Nikmat Tak Terkata!
Artikel Menarik:Cara Buat Pekasam Ikan Tamban, Lepas Seminggu Dah Boleh Makan!
Mingguan Wanita: Menarik juga buat ikan rebus ni. Mudah dan sedap. Malah terjamin bersih dan halal bila kita buat sendiri. Buat banyak-banyak boleh simpan dalam freezer, bila nak makan tinggal goreng je. Senang!
Sumber:Nor Azua Amlan
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
TikTok: https://tiktok.com/@mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Agar-Agar Milo Paling Simple, Sukatan Air Kena Betul Barulah Tak Lembik, Terkeras

Resipi agar-agar milo, bukan setakat anak-anak saja suka makan, orang tua pun sama. Tak perlu hiasan lain pun, milo saja pun dah cukup sedap. Makan sejuk-sejuk.
Tapi tak semua ‘terror’ nak buat resipi agar-agar milo ini. Salah cara boleh terlembik atau kurang air pun boleh terkeras pula. Nampak simple tapi kena tahu asasnya.
Kali ini Ina Anizaina kongsi resipi agar-agar milo paling simple dan mudah untuk mak-mak buat pada anak-anak.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Sukatan AGAR-AGAR SIRAP ROS Sedang Elok Kejadiannya, Tak Keras Tak Lembik!
Agar-Agar Santan Pandan Cantik ‘Berlumut’, Biar Bancuhan Mendidih Dulu Baru Kacau!
Resipi Agar-Agar Milo Paling Simple & Mudah
Pakat mai masak agar-agar milo yang teramat simple ini. Anak-anak memag suka makan, cuma mak-mak saja rajin atau malas untuk membuatnya.
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali (25g)
4 cawan besar air
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 cawan milo + 1 cawan air panas (larutkan bahan ni)
Secubit garam halus
Caranya:
1. Basuh agar-agar tali buat seketika. Tos.
2. Kemudian, masukkan semua bahan bahan.
3. Biarkan ia mendidih.
4. Boleh masukkan susu atau gula ikut rasa yang diinginkan.
5. Biarkan ia mendidih seketika.
6. Masukkan ke dalam bekas.
7. Apabila agar-agar sedikit suam, barulah masukkan ke dalam peti ais.
.
Agar-agar ini, banyak jenis. Kalau sukatan air tak tepat, sukar untuk dapatkan agar-agar yang sempurna. Kalau agar-agar kita tepat sangat, terlembik atau terkeas, untuk buat lain kali dah boleh adjust sukatan air nanti.

Mingguan Wanita : Anak-anak memenag sukalah kalau perasa milo atau coklat, sekejap saja dah boleh habis ni. Selamat mencuba.
Sumber: Ina Anizaina
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI